The Second Warriors [C]

By yuyun309

361K 21.9K 523

-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tah... More

PROLOG
Episod 1: The normal day.
Episod 2: Something weird.
Episode 3: Her birthday
Episode 4
Episode 5
Episode 6
Kayna's new friend
Episode 7
Episode 8
Episode 9
Episode 10
Episode 11
Episode 12
Episode 13
Episode 14
Episode 15
Episode 16
Episode 17
Episode 18
Episode 19
Episode 20
Episode 21
Episode 22
From Yuyun
Episode 23
Episode 24
Episode 25
Episode 26
Episode 27
Episode 28
Episode 29
Episode 30
Episode 32
Episode 33
Episode 34
Episode 35
Episode 36
Episode 37
Episode 38
Episode 39
Episode 40
Episode 41
Episode 42
Episode 43
Episode 44
Episode 45
Episode 46
Episode 47
Episode 48
Episode 49
Epilogue : EXTRA

Episode 31

6K 385 11
By yuyun309

Bam...

Bam...

Bam...

Batang pokok yang keras menjadi sasaran untuk tumbukannya. Tanpa menghiraukan rasa sakit ditangannya, Kayna tetap menumbuk batang kayu yang pernah dia panjat sebelum ini.

"Tak guna.."

"Tak guna.."

"Tak guna.."

Ayat yang sama keluar setiap kali penumbuknya hinggap di batang pokok itu.

Dia teringat kejadian pagi tadi. Kejadian dimana Ariel menciumnya.

"Kyaaaaa." Kayna menghentikan tumbukannya. Dia terduduk mencangkung sambil menutup mukanya yang memerah.

"Kenapa~~" Kayna teringat hal tadi.

Ariel memeluk badan Kayna supaya Kayna tidak melihat senyumannya. Dia mendekatkan mulutnya ditelinga Kayna.

"Terima kasih. Sebab hadir dalam hidup aku." Dia membisik ditelinga Kayna.

Wajah Kayna semakin merah. Detak jantungnya semakin lama semakin laju. Dua kali lebih laju dari yang biasa.

Ariel melepaskan pelukannya dan memandang wajah Kayna lagi. Wajah Kayna yang memerah dan malu-malu membuatnya gembira.

Dia mencium bibir Kayna untuk kedua kalinya. Namun hanya untuk sesaat. Selepas itu dia terus melangkahkan kakinya menjauh dari Kayna.

Kayna yang masih terkejut terkaku ditempat. Otaknya kosong. Perasaannya bercelaru.

"Kyaaaaaaa!" Kayna menjerit sambil menutup mulutnya. Dia tidak mahu jeritannya mengganggu tidur lena sahabatnya yang lain.

"Kenapa dia terus pergi tanpa cakap apa-apa?" Kayna menanya dirinya sendiri.

"Kenapa aku tak bergerak waktu tu?"

"Kenapa.."

"Kenapa.."

Air mata hampir sahaja menitis dari mata Kayna.

"Tak boleh. Aku tak boleh menangis." Kayna bangun dari duduknya. Dia mengumpulkan semangat.

"Tapi kenapa aku nak nangis?" Sekali lagi dia terduduk sambil menutup mukanya

"Um...Kayna." Suara Reyra dari tingkat atas mengejutkan Kayna.

"Eeee... Aku bukan nak menggangu... Tapi... Kau kenapa?" Reyra dari tadi melihat gelagat Kayna. Dan dia fikir Kayna mula hilang akal.

"Oh, Reyra!.. aku tak apa-apa." Sekali lagi dia bangun dari duduknya. Dia tersenyum kearah Reyra untuk meyakinkan Reyra bahawa dirinya tak apa-apa.

"Kau.. yakin?" Reyra masih tidak percaya

"Yup." Kayna mengangguk.

"Kalau macam tu.. apa yang berlaku antara kau dengan Ariel tadi pagi." Pertanyaan Reyra membuat Kayna terkejut. Dia terlompat sedikit.

"A-Ariel? M-ma-mana ada. T-tak ada a-apa-apa p-pun. Bi-biasa je. Ah.aha.ha."

'Yup. Memang ada kaitan dengan Ariel.' Reyra yang melihat gelagat Kayna sudah dapat agak. Reyra mendesah perlahan.

"Kalau tak ada apa-apa, baik kau tidur. Aku rasa kesihan kat pokok yang dah ada cap penumbuk kau tu." Reyra menunjuk pokok yang baru sahaja Kayna tumbuk.

"Oh. Aahahaha. Ini? Aku cuma berlatih je.. haha." Kayna tertawa kekok. Dia menyembunyikan kesan tumbukannya yang berada dibatabg pokok itu.

"Kalau nak berlatih, esok pun boleh. Dengan aku. Sekarang baik kau pergi tidur."

"O-ok."

Kayna berjalan untuk masuk kebiliknya seperti yang disuruh Reyra. Tapi dia masih tidak dapat melupakan hal Ariel tadi

Dia menutup mukanya kerana mukanya memerah. Tanpa dia sedar, dia berjalan menghala kearah dinding
Dang

Kayna terlanggar dinding dihadapannya.

"Aduh." Dahinya yang terlanggar diusap perlahan dengan tangannya.

"Kau tak apa-apa ke Kayna."

Kayna menoleh kearah suara. Tidak jauh disisi kirinya, Ariel sedang berdiri sambil melihat Kayna dengan pelik.

"A-ah.. A-aku okay. Ye. Aku okay. Okay sangat. Jangan risau lah. Setakat dinding je." Melihat wajah Ariel membuatkan Kayna gelabah. Dia berjalan senget untuk mengelak dari Ariel.

Kayna terus berlari menuju kebiliknya. Dia malu. Bukan malu kerana Ariel nampak dia terlanggar dinding. Tapi dia malu melihat wajah Ariel.

Ariel masih berdiri ditempatnya. Pelik dengan perlakuan Kayna.

Dibiknya, Kayna bersusah-payah untuk menutup matanya. Kejadian tadi pagi masih segar diotaknya.

SATU cubitan dibahu membuatkan Kayna terkejut. Kayna melihat Reyra yang berada di sebelahnya.

"Masih mengantuk ke?"

"Ye." Sehabis menjawab, Kayna menguap lagi.

"Tak cukup tidur ke Kayna?" Laura yang berada disebelah Reyra pula yang menanya Kayna.

"Aah. Susah sangat."

"Apa yang kau buat sampai susah sangat nak tidur?" Reyra menanya lagi.

"Itu... um... tak perlu tahu lah ye." Kayna senyum senget kepada dua sahabatnya itu.

"Suka hati kau lah Kayna." Reyra mengangkat bahunya.

"Reyra, kau nampak Ariel tak?" Suara Xoel menyergah mereka. Dibelakangnya Leo berjalan selamba.

"Oh. Dia kata nak Raja Ivan nak jumpa dia. Nanti datang la tu."

"Ok." Mereka berlima duduk bersama menunggu Ariel tiba.

Setelah hampir dua puluh minit, akhirnya orang yang mereka tunggu-tunggu tiba juga.

"Ah. Dia dah sampai." Xoel menunjuk Ariel. Mereka berlima bangun dari duduk mereka.

"Kenapa tuanku nak jumpa kau, Ariel." Leo menanya mereka sebaik sahaja Ariel berada dihadapan mereka.

"Dia nampak aku semalam. Kat taman. Jadi dia tanya lah."

Mendengar apa yang Ariel katakan, Kayna menjadi terkejut.

'Taman? Semalam? Tuanku nampak ke?' Kayna mula risau. Perasaan malunya menjadi lebih besar.

"Apa yang kau buat kat taman semalam?" Laura sebagai wakil yang tidak mengetahui apa-apa menanya Ariel.

"Sesuatu." Ariel menjawab dengan ringkas.

"Ok. Kitorang tak kan tanya." Xoel tahu yang Ariel tak jawab soalan mereka.

"Hari ni kita tak perlu buat latihan. Kita kena bersiap untuk esok. Ikut aku pergi ke pelabuhan."

"Ok."

Mereka bersama-sama pergi ke kandang untuk mengambil kuda mereka.

Kemudian mereka pergi ke pelabuhan seperti yang diarahkan Ariel. Ariel menanya penduduk Dorwall tentang pemilik kapal dipelabuhan.

Ariel menanya beberapa penduduk Dorwall tentang pemilik kapal dipelabuhan itu. Mereka menunjuk seorang lelaki tua yang sedang memerhati kapal berdekatan dengan pelabuhan itu.

Ariel turun dari kudanya dan dia memimpin kudanya diikuti dengan yang lain. Mereka berjalan mendekati lelaki itu.

"Pak cik?"

"Oh ye. Ada apa?" Lelaki itu menoleh kearah mereka.

"Pak cik ke pemilik kapal di pelabuhan ini?" Ariel menanya lelaki itu.

"Ah ye saya. Ada apa?"

"Kami nak tanya. Ada tak kapal yang pergi ke Stonecrystal?"

"Stonecrystal?" Pak cik itu terkejut mendengar nama tempat itu.

"Ye."

"Maaf lah nak. Tapi tak ada. Stonecrystal tu tempat yang bahaya. Jadi tiada siapa yang berani hendak pergi kesana."

"Oh. Ye ke." Wajah Elementalist yang lain menjadi muram.

"Tapi sekiranya anak mahu meminjam kapal, boleh sahaja."

"Ada ke Pak cik?"

"Ada. Tapi anak tahu ke cara mengemudi kapal?"

"Tidak pak cik." Ariel menggelengkan kepalanya.

"Tujuan anak kesana buat apa?" Pak cik itu menanya Ariel.

"Kami ingin mencari The Guardian pak cik."

"The Guardian. Apa tu?"

"Pak cik tidak tahu?" Ariel pula yang menanya. Pak cik yang ditanya pula hanya menggelengkan kepalanya.

"Tidak mengapalah pak cik." Ariel baru sahaja ingin memusingkan badannya sebelum pak cik itu memanggil mereka lagi.

"Sekiranya tujuan anak muda kesana adalah penting, pak cik sendiri boleh menghantar anak kesana."

"Boleh ke Pak cik?" Xoel pula yang menggantikan Ariel untuk menanya.

"Tentu boleh. Bila anak semua hendak benda bertolak?"

"Esok pagi."

"Baiklah. Esok pagi pak cik akan berada disini."

"Terima kasih Pak cik." Ariel membongkokkan badannya sambil mengucapkan terima kasih. Yang lain juga membuat benda yang sama.

Mereka menunggang kuda mereka semula untuk ke istana. Dalam perjalanan, Leo menanya Ariel.

"Kenapa tak guna kapal diraja Ariel. Kan senang?"

"Kapal diraja digunakan untuk hal lain. Lagi satu ianya terlalu besar dan mencolok."

"Ouh." Jawapan dari Ariel membuatkan yang lain faham.

Mereka balik ke istana dan mengemas barang yang akan mereka bawa untuk esok harinya

Continue Reading

You'll Also Like

119K 12K 75
Manis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagia. Mereka kehilangan segala-galanya. Du...
32.7K 2.6K 7
FudinguFamiliaChallenge Tema:Buku Dia dipulau oleh orang kampung hanya disebabkan ibu bapanya... Dari kecil hingga dewasa tomahan, hinaan, dan makian...
34.4K 3.4K 50
CRYSTAL QEY QUIN adalah seorang wanita berkulit semula jadi cerah dan memiliki sepasang mata berwarna keemasan mampu menarik perhatian sesiapa saja...
258K 23.1K 40
"Aku tak kisah pasal hal lain, Vlad. Aku nak Lycans! Aku nak bunuh dia dengan tangan aku sendiri!" -Aiden Lycans, The Hunter- "Ayah percaya saya akan...