The Second Warriors [C]

Von yuyun309

361K 21.9K 523

-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tah... Mehr

PROLOG
Episod 1: The normal day.
Episod 2: Something weird.
Episode 3: Her birthday
Episode 4
Episode 5
Episode 6
Kayna's new friend
Episode 7
Episode 8
Episode 9
Episode 10
Episode 11
Episode 12
Episode 13
Episode 14
Episode 15
Episode 17
Episode 18
Episode 19
Episode 20
Episode 21
Episode 22
From Yuyun
Episode 23
Episode 24
Episode 25
Episode 26
Episode 27
Episode 28
Episode 29
Episode 30
Episode 31
Episode 32
Episode 33
Episode 34
Episode 35
Episode 36
Episode 37
Episode 38
Episode 39
Episode 40
Episode 41
Episode 42
Episode 43
Episode 44
Episode 45
Episode 46
Episode 47
Episode 48
Episode 49
Epilogue : EXTRA

Episode 16

6.4K 392 5
Von yuyun309

Perlawanan pertama pada hari kedua hampir bermula. Xoel dan Leo berjalan bersama ketengah stadium. Mereka berdua tidak memegang apa-apa senjata.

Ahli Elementalist yang lain melihat dari atas, ditempat yang disediakan untuk mereka.

"Korang rasa siapa yang akan menang?" Kayna menyoal sahabanya. Dirinya merasa agak risau.

"Selama dua tahun, Leo tak pernah kalahkan Ariel dan Xoel. Tapi, kita tak tahu untuk tahun ni pula." Reyra menjawab. Dia juga merasa agak risau. Tangannya disilang.

"Kita tengok je lah." Laura mengajak mereka duduk dikerusi. Ketiga-tiga mereka sememangnya sangat risau.

Pertandingan dimulakan. Xoel dan Leo mula membangkitkan kuasa mereka sendiri.

Xoel memecahkan tanah disekitarnya dengan menghentakkan kakinya. Kemudian tanah itu terapung di hadapannya.

Manakala Leo, dia mengalirkan petir diseluruh badannya. Bunyi dari petir itu sangat kuat.

Kedua-dua mereka menunggu masa yang sesuai untuk menyerang. Setelah berdiam untuk beberapa saat, akhirnya Leo memulakan serangan.

Dia menyerang menggunakan petirnya. Dengan kelajuan sepantas kilat petirnya sampai ke Xoel. Namun Xoel masih dapat menahan serangannya dengan tanah yang terapung dihadapannya.

Kerana tanah yang melindunginya, Xoel tidak dapat melihat hadapan. Leo mengambil peluang itu dengan berlari ke arahnya. Dia berlari dengan laju.

Entah bagaimana, Xoel dapat mengesan kehadiran Leo. Tanahnya digunakan untuk menyerang Leo pula. Tanah disekeliling pecah dan dijadikan senjata olehnya.

Leo yang mempunyai kuasa petir dapat bergerak dengan laju. Oleh itu dia dapat mengelak serangan Xoel.

Dengan kelebihannya, Leo sampai di hadapan Xoel. Dia berusaha menumbuk Xoel secara bertalu-talu. Xoel hanya dapat mengelak beberapa serangan Leo.

Dengan sekilas, Xoel terus menendang perut Leo sehingga badannya terpelanting dan bergolek.

Laura yang melihat dari jauh menjadi kerisauan. Dia menggigit bibir bawahnya. Jari-jarinya dimainkan olehnya untuk menghilangkan rasa risau.

Mereka selalu berlatih bersama, jadi segala corak pertarungan mereka kenal. Dan itu akan membuatkan pertarungan ini jadi lebih sukar.

Sudah lebih 30 minit mereka berlawan. Peluh telah membasahi pakaian mereka. Nafas juga menjadi berat. Namun tanda-tanda untuk menyerah tidak terlihat.

Luka dibadan Leo lebih banyak berbanding Xoel. Leo bertahan manakala Xoel menyerang. Berbalik dengan apa yang berlaku awal tari.

Leo sekali lagi mencuba untuk menyerang Xoel. Dia berlari dengan laju dan mencuba untuk memegang tangan Xoel.

Xoel mengelak namun pergelangan tangannya dapat digenggam oleh Leo. Sejurus itu, Leo mengalirkan petir melaui badannya sehingga ia juga mengalir kebadan Xoel. Xoel menjerit.

Xoel berjaya melepaskan tangannya dari genggaman Leo dan terus melompat jauh ke belakang. Dia menyeringai kesakitan.

"Heh." Xoel tersenyum senget melihat kawannya yang menjadi lawannya sekarang. Dia mengaku, Leo menjadi lebih kuat dari sebelum ini. Namun dia juga.

Xoel menegakkan badannya. Nafas ditarik. Dia melihat Leo dengan mata tajamnya. Dia berlari kearah Leo yang masih kaku.

Dia melompat dan menendang Leo. Leo menahan serangan itu denagn tangannya. Sekali lagi dia mengalirkan petir. Xoel dapat membaca apa yang hendak dilakukan Leo. Dia melompat kebelakang sekali lagi namun tidak jauh.

Xoel menghentakkan kakinya ketanah. Tanah yang berada dibawah Leo terangkat sehingga dia sekali terbawa keudara. Xoel terus menurunkan tanah itu semula dengan cepat. Badan Leo jatuh terhempas ke tanah dengan kuat. Darah menguar dari mulutnya.

"LEO." Laura terkejut. Kerisauan dihatinya menjadi lebih besar.

Leo bangun lagi. Walaupun badannya sakit, dia tidak akan menyerah.  Badannya lemah.

Xoel menghentamkan sebuah tanah keperut Leo. Badan Leo terpenlanting lagi. Kali ini, dia tidak dapat bangun lagi. Dia pengsan.

"LEO." Laura berlari kearah Leo yang tidak sedarkan diri. Diikuti dengan tim healer. Dia melihat luka-luka dibadan Leo.

Badannya diusung ke bilik kesihatan oleh tim healer. Xoel berjalan kearah Laura.

"Maafkan aku, Laura." Xoel meminta maaf kepada Laura sebaik sahaja dia berdiri dihadapan Laura.

"Tak apa. Bukan salah kau. Inipun pertandingan." Laura mengusap matanya yang berkaca.

"Pergilah temankan dia. Perlawanan kau lambat lagi." Laura mengangguk dan pergi mengikuti tim healer. Diikuti dengan Xoel dibelakang.

Reyra dari jauh melihat Xoel. Dia menuju ke bilik kesihatan untuk berjumpa Xoel.

"Giliran aku." Ariel berjalan menuju ketengah gelanggang. Dia melihat lawannya Ryan dari sekolah lain turut turun dari tempatnya.

"Semoga berjaya, Ariel." Ucap Kayna sebelum Ariel turun. Dan hanya dibalas anggukan oleh Ariel.

Pedang Ariel tersisip kemas dipinggangnya. Dia turun dengan bergayanya. Para gadis yang menonton menjeritkan namanya. Kayna yang melihat mereka merasa tidak suka.

Ariel tiba di tengah stadium bersamaan dengan lawannya itu. Senjatanya juga sebilah pedang. Pedang lawan pedang.

"Semoga yang terbaik menang." Dia tersenyum sehabis sahaja berkata. Namun Ariel hanya membalas 'hm' sahaja. Seperti biasa yang dilakukannya.

Pedang ditarik bersamaan. Ryan mulakan serangan dahulu. Kelajannya tidak boleh dilihat oleh Kayna bahkan penonton yang lain juga.

Tetapi Ariel, masih tidak bergerak dari posisinya. Dia bagaikan patung. Namun matanya dapat mengikuti pergerakan Ryan.

Ryan menyerang Ariel. Walaupun kelajuannya tidak dapat dilihat, Ariel masih dapat menahan serangan pedang Ryan. Dan itu membuatkan Kayna kagum. 'Hebatnya.'

Ariel masih dalam posisi bertahan. Kehebatannya terserlah. Dia mula menggunakan kuasanya. Api merebak kepedangnya.

Dia menghayunkan pedangnya kearah Ryan. Ryan yang menahan menggunakan pedangnya tertolak kebelakang kerana kekuatan Ariel.

Sekarang, Ariel yang menyerang. Fia memunculkan sepuluh bebola api diatas Ryan. Bentuknya tidak terlalu besar. Dengan sekali gerakan, semua bebola api itu menyerang Ryan.

Ryan lari. Walaupun dia berlari dengan sangat laju, badannya terkena sedikit percikan dari bebola api tadi. Badannya melecur.

Tiada ekspresi diwajah Ariel. Adakah dia tidak rasa bersalah walaupun sedikit? Jawapannya, tidak.

Sekali lagi dia mencipta sepuluh bebola api namun kali ini semuanya mengepung Ryan.

Ryan terperangkap. Dia tiada tempat untuk lari lagi. Badannya berpeluh. Belum sempat dia bergerak atau berkata, bebola api itu mara ke arahnya lagi.

Kali ini semuanya mengena. Para penonton terkejut. Letupan yang berlaku agak kuat.

Selepas beberapa saat, api itu hilang. Menampakkan Ryan yang masih selamat dilindungi oleh air disekelilingnya. Tangan kirinya diangkat keatas menandakan dirinya menyerah kalah. Sekali lagi penonton terkejut.

Ariel melihat Kayna. Tangannya menghala kearah Ryan. Air itu dicipta oleh Kayna untuk melindungi Ryan. Kayna mendesah lega. Nasib baik dia sempat.

Pengadil menetukan Ariel sebagai pemenang. Ariel berjalan ketempat Elementalist. Kayna terus berjalan ke arahnya.

"Kau hampir bunuh dia tau tak." Kayan bercekak pinggang.

"Aku tahu."

"Habis tu. Kau memang nak bunuh dia ke?"

"Aku tahu yang kau akan selamatkan dia sebab tulah aku buat macam tu."

"Kau..." Kayna mengeluh.

"Tolong jangan buat macam tu lagi. Aku tak nak kau membunuh sesiapa." Kayna melanjutkan kata-katanya dengan wajah memohon.

Ariel melihat wajah Kayna untuk beberapa saat. Sebelum dia menjawab.

"Hm." Hanya itu sahaja jawapan yang diberikan.

"Pergilah bersedia. Lepas ni giliran kau dan Laura." Sambungnya lagi.

"Oh yelah. Aku nak pergi panggil Laura dulu." Kayna bangun ingin menuju ke bilik kesihatan.

"Tak perlu. Aku dah ada kat sini." Suara Laura mengejutkan Kayna. Dibelakangnya pula, Reyra yang mengikuti.

"Oh Laura. Macam mana keadaan Leo dan Xoel?"

"Leo belum sedar. Xoel pula masih berehat. Tim healer akan uruskan diorang." Laura dan Reyra menuju ketempat duduk mereka.

Laura mengambil kipas besarnya yang disimpan dikerusi yang didudukinya tadi.

"Dah sedia Kayna?" Senyuman Laura mencabar Kayna.

"Tentulah." Kayna membalas senyuman itu.

Nama mereka dipanggil.

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

89.9K 3.6K 40
Mereka menyerahkan kuasa kerana ingin melindungi yang tersayang. Mereka membawa diri ke Light Kingdom. Setelah 4 tahun peristiwa tersebut berlalu, me...
34.4K 3.4K 50
CRYSTAL QEY QUIN adalah seorang wanita berkulit semula jadi cerah dan memiliki sepasang mata berwarna keemasan mampu menarik perhatian sesiapa saja...
343K 33.3K 112
(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua...
119K 12K 75
Manis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagia. Mereka kehilangan segala-galanya. Du...