Me vs You

By fvrvhlee

123K 3.9K 216

Barangkali ini kisah cinta yang biasa atau boleh jadi paling luar biasa yang pernah anda baca. Siapa tahu pen... More

1 // Birthday
2 // Angan-Angan
3 // Kisah Dulu
4 // Nombor Telefon
5 // Family A
6 // Plan
7 // Kisah Ting. 6
8 // First Day
9 // Akmal
10 // Gay
11 // Nombor
12 // Saudara Jauh
13 // Call
14 // Baran
15 // Nekad
16 // Suprise!
17 // Kantoi
18 // Date
19 // Janji
20 // Saingan
21 // Partner
22 // Berubah
23 // Terakhir
24 // Malam Graduasi
26 // Hati
27 // Rancangan
28 // Kucar-kacir
29 // Rahsia
30 // Separuh Rela
31 // Kebenaran
32 // Hati Yang Terusik
33 // Confession
34 // Esok
35 // Penentuan
36 // Air mata
37 // Seorang Diri
38 // Noktah
39 // Terkejut
40 // Hilang
41 // Berpisah
42 // Buku Baru
43 // Sunyi
44 // Geram
45 // Mimpi Ngeri
46 // Penjelasan
47 // Biarkan
48 // Impian
49 // Rumah
50 // Permulaan

25 // Permulaan

2.2K 69 6
By fvrvhlee

Afiq memandang tenang wajah Datuk Amrizi yang kelihatan terkejut dengan keputusannya. Begitu juga dengan Datin Arisah.

Biarlah. Dia sudah nekad.

Dia tahu Datuk Amrizi tidak akan menolak permintaannya. Malah, papanya akan menyokong keputusannya 100%. Lagipun, bukankah selama ini Datuk Amrizi sendiri yang meminta dia berbuat sebegitu? Justeru itu, tidak ada sebab untuk lelaki itu marah dengan tindakan drastiknya.

​Datuk Amrizi bertukar pandangan dengan isterinya yang duduk di sebelah. Ternyata, Datin Arisah turut terkejut selepas mendengar kata-kata anak sulungnya. Akhirnya, dia mengeluh kecil selepas lama mendiamkan diri.

Pandangannya beralih pada Afiq semula. Perlahan-lahan, bibirnya menguntumkan senyuman.

​"Betul ni? Afiq tak menyesal?" Datuk Amrizi bertanya. Cuba untuk menguji keputusan Afiq. Afiq menggelengkan kepalanya sambil tersenyum nipis.

​"Taklah papa. Fiq lagi rasa menyesal sebab sekarang baru Fiq ada kesedaran nak buat semua ni. Patutnya dari dulu lagi Fiq dengar cakap papa," jawabnya.

​Lega hati Datuk Amrizi mendengarnya. Dikerling sekilas wajah isterinya yang masih lagi kaku. Dia menepuk lembut bahu Datin Arisah. Bergetar sedikit tubuh badan wanita itu. Terkejut dengan sergahannya barangkali. Berkerut dahinya melihat sikap Datin Arisah itu.

​"Awak ni kenapa? Senyap je dari tadi," soalnya pelik. Datin Arisah mengeluh kecil.

​"Fiq dah fikir masak-masak?" Datin Arisah memandang tepat wajah anaknya itu. Afiq tersenyum lalu mengangguk yakin.

Sedikit sebanyak renungan mummynya membuatkan hati kecilnya mula berdegup kencang.

​"Awak tak suka ke dengan keputusan anak kita?" kendur suara Datuk Amrizi kedengaran. Datin Arisah yang terkesan dengan perubahan nada suara suaminya itu pantas menjawab.

​"Eh, taklah. Risah terkejut ke bang. Tiba-tiba je anak kita buat keputusan macam ni. Sekejap betul rasanya dia jadi cikgu. Tapi, saya sokong apa je keputusan dia kalau dia rasa ni yang terbaik," ujarnya sambil tersenyum.

Hambar.

Datuk Amrizi mengangguk. ​"Bila nak start masuk office? Tak sabar rasanya papa nak terima orang baru," Datuk Amrizi berwajah ceria.

​Sudah lama dia begitu menginginkan Afiq turut serta membantunya menguruskan syarikat yang dibina olehnya sejak 15 tahun lepas. Impian yang ditanam sejak Afiq memulakan pengajiannya di Universiti Malaya terkubur selepas mendapat tahu anaknya menukarkan kos perniagaan yang diperolehinya dengan kos pendidikan. Luluh hatinya apabila mendengar pengakuan Afiq pada ketika itu.

​Walau bagaimanapun, keputusan Afiq tetap dia hormati. Dia menerima seadanya. Tambahan pula, Afiq pernah berkata ini cuma untuk sementara waktu, bukan untuk selama-lamanya. Katanya hanya ingin sekadar mencuba nasib. Sampai satu saat nanti, pasti dia akan menerajui syarikat milik papanya juga.

​Dan kini, dia akui dia sebenarnya sedikit terkejut apabila mendengar keputusan Afiq walaupun seharusnya dia bergembira. Hairan juga dia. Afiq yang memulakan kariernya sebagai guru Pengajian Perniagaan di Gillian High School akan meletakkan jawatannya tidak lama lagi. Walhal, dia baru mengajar dalam tempoh kurang dua bulan. Dia cuba membuang rasa aneh yang bertamu di dalam hatinya.

​"Start awal tahun depan nanti la pa. Bagi Fiq rest dulu. Penat. Layan karenah budak-budak kat sekolah tu. Tension jugak," jawabnya sambil ketawa kecil.

​"Baguslah kalau macam tu. Terpulanglah dekat Fiq nak masuk bila. Pintu office tu sentiasa terbuka untuk Fiq," lembut suara Datuk Amrizi berkata.

Dia tidak mahu memaksa Afiq memulakan tugasnya terlalu cepat. Biarlah anaknya mengambil masa selama mana yang diperlukan. Asalkan Afiq sudah bersetuju untuk berkerja dengannya, itu sudah dikira berita baik baginya.

​"Kalau macam tu, tahun depan lagi satulah pa," selorohnya.

​"Amboi, melampaulah tu,"

​Tersengih Afiq seketika. "Tapi, start awal tahun depan pun Fiq tak naklah serius lagi. Fiq nak belajar dulu sistem, organisasi dan cara pentadbiran syarikat kita. Kalau boleh, Fiq nak mula dari bawah. Macam papa. Of course it will take some time. Plus, Fiq ni kan bekas cikgu. Tiba-tiba, jadi businessman pula,"

​"Papa faham. Takpe. Just go slowly," perbualan mereka terganggu apabila telefon bimbit Datuk Amrizi berbunyi. Satu keluhan kecil terluah dari bibirnya.

​"One more thing, Fiq. Inilah hidup businessman. Dah duduk kat rumah pun, still dapat call. Padahal boleh je bincang kat pejabat esok," rungut Datuk Amrizi. Afiq sekadar tergelak sahaja. Datuk Amrizi beredar ke satu sudut ruang tamunya untuk menjawab panggilan.

​"Mummy ni dari tadi senyap je. Kenapa?" Afiq melihat Datin Arisah yang membatukan diri sejak dari tadi. Air kopi yang terhidang di atas meja diangkat dan dihirupnya.

​"Fiq frust ke?" soalan yang terpancul dari bibir Datin Arisah hampir membuatkan air kopi yang diminumnya tersembur keluar. Pantas dia mengambil sehelai tisu lalu mengelap bibirnya. Wajah Datin Arisah direnung pelik.

​"Kenapa mummy tanya macam tu pulak?"

​"Fiq tak jawab pun soalan mummy," tekan Datin Arisah. Ada ketinggian nada suara sedikit pada bicaranya.

​Afiq menarik nafas. Dia tersenyum nipis. "No. I'm not. Kenapa?"

​"Then, tiba-tiba je nak kerja dengan papa. What's wrong?"

​"Mummy tak suka?"

​Pantas Datin Arisah menggeleng. "Bukan tak suka. Cuma pelik. Mummy makin tak faham dengan perangai Fiq sekarang ni,. You look... Different,"

​"Maksud mummy?" soal Afiq. Dia masih tidak dapat menangkap sebenar Datin Arisah.

​"Yalah. Mummy tengok perangai Fiq makin pelik. Macam dah berubah 100%. Fiq dah jarang bercampur dengan orang. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Fiq pun lebih suka duduk berkurung dalam bilik sekarang dari berbual dengan mummy. Fiq tak sayang mummy, papa dengan Qash dah ke?" tanya Datin Arisah sebak.

Sedih hatinya melihat perubahan ketara Afiq. Afiq seolah-olah hidup di dalam dunianya sahaja.

Afiq bingkas bangun dan duduk di sebelah mummynya. Tangan Datin Arisah di genggam erat.

"Mummy, please don't cry. Please don't. I'm so sorry,"

​Air mata mula mengalir di pipi wanita itu. Afiq merasa serba salah. Lantas, dia mengubah kedudukannya dan melutut di hadapan Datin Arisah. Diseka air mata dengan tangannya. Datin Arisah memandang sayu wajah anaknya itu.

​"Kalau mummy terasa dengan perangai Fiq, Fiq minta maaf ya. I didn't mean it. Tapi percayalah. Demi ALLAH, Fiq tak pernah ada niat untuk membelakangkan mummy. In fact, I'll always love and care each one of us no matter how hard things get," terangnya sambil merenung tepat anak mata Datin Arisah.

​"Fiq kecewa dengan Lin?" soal Datin Arisah. Afiq tersentak mendengarnya.

​"Dia... Dia takde kaitan dengan Fiq pun," balasnya perlahan. Mendengarkan nama gadis itu, hatinya terikut sebak. Sudah lama dia tidak mendengar khabar gadis manis itu. Kali terakhir dia berjumpa dengan Adlina sebelum cuti sekolah dan peperiksaan STPM belum bermula. Selepas itu.... Kosong. Tiada berita.

​"Fiq sayang dia?" desak Datin Arisah lagi.

​"Mengarutlah mummy ni. Taklah. Macamlah mummy tak tahu si Qash tu tengah angau dengan Lin," ujarnya sambil ketawa berpura-pura. Datin Arisah mengetap lembut bibirnya.

​"Mummy tanya pasal Fiq, bukan Qash,"

Afiq mengeluh kecil. Untuk apa mereka berbicara tentang perasaanya pada Adlina lagi sedangkan Aqash sedang berbahagia dan dilamun cinta dengan gadis itu?

Untuk apa tanya soalan jika jawapannya sudah tersedia di hadapan mata semua orang?

​"Dahlah mummy. Tak penting pun kan. We should be happy for Qash now," jawabnya ringkas. Dia mahu bangun namun ditahan Datin Arisah.

​"Sebab tu Fiq tak pergi majlis graduasi malam ni kan? Mummy dengar Qash bagitahu kat Fiq yang dia nak ajak Lin jadi date dia malam ni. Fiq frust kan?"

​Afiq tersenyum hambar mendengar soalan Datin Arisah. Dia bingkas bangun dan meninggalkan Datin Arisah yang masih sarat dengan 1001 soalan di dalam benak fikirannya.

Namun begitu, langkahnya terhenti seketika. Dia memusingkan badannya dan memandang Datin Arisah yang dalam keadaan termanggu-manggu dan sedang memandangnya.

​"Fiq harap mummy tak cerita about ni kat sesiapa pun. Terutamanya kat Qash. Fiq tak nak dia terluka. Everything will be fine after this, mummy. I promise you," katanya lalu berjalan semula menaiki tangga rumahnya. Setitis air mata keluar dari tubir matanya. Hatinya sendiri sakit selepas berkata sebegitu kepada Datin Arisah.

​Ah, persetankan! Kebahagian Aqash perlu diutamakan. Dia tidak sepatut mementingkan diri sendiri. Tambahan pula, jika dia meluahkan perasaannya pada Adlina, mampukah Adlina menerimanya? Mampukah Adlina mencintai dirinya seperti dirinya yang mencintai gadis itu separuh mati?

Lemah langkahnya ketika menuju kedalam biliknya. Dibiarkan suasana biliknya gelap. Dia baring di atas katilnya sambil menekup mukanya dengan bantal.

​Kau tewas Fiq. Tewas dengan perasaan kau sendiri, gumamnya. Air matanya semakin laju menitis.

*****

Nazri tersenyum meleret ketika melihat Sarah yang tampak khusyuk merenung bintang-bintang di langit. Mujurlah Sarah masih tidak sedar dengan kehadirannya. Sengaja dia meletakkan keretanya jauh dari rumah Sarah agar tidak menganggu ketenteraman gadis itu. Dia menoleh sekilas ke arah beg kertas berwarns putih yang dibawanya. Perlahan-lahan, dia mengatur langkah dengan penuh keyakinan menghampiri Sarah.

​"Hai," tegurnya. Sarah kaget seketika selepas mendengar suara itu. Pandangannya beralih pada Nazri yang sedang tersenyum memandangnya. Gugup dia seketika. Lidahnya seolah-olah kelu untuk membalas sapaan jejaka itu.

​"Kenapa? Oh lupa. Assalammualaikum," Nazri memberi salam lalu duduk di sebelah Sarah yang tampak kehairanan dengan kehadirannya. Sarah menjawab huluran salam di dalam hatinya.

​"Best jugak berkelah kat depan rumah kau ni. Sejuk je," selorohnya sambil memerhatikan keadaan sekeliling mereka berdua. Meskipun hanya duduk di atas tikar yang mungkin dibentang oleh Sarah sebentar tadi, duduknya selesa. Dia sempat mengerling sekilas segelas jus oren dan sepinggan biskut chipsmore yang hampir habis di hadapan Sarah.

​"Kenapa... kenapa kau kat sini? Bukan kau sepatutnya pergi majlis graduasi tu ke? Adhia macam mana? Kau tinggalkan dia ke?" soal Sarah bertalu-talu tanpa memberi peluang untuk Nazri menjawabnya. Nazri tertawa kecil sebelum mencuit nakal hidung Sarah. Termangu Sarah jadinya.

​"Ish, banyak betul soalan. Kejap lagi jawab boleh tak? Pergilah tolong ambilkan jus oren ni dulu ke. Haus ni," katanya selamba.

Sarah menjenggilkan matanya namun dia patuh pada arahan Nazri. Dia mengambil gelas dan pinggan yang dibawa keluar tadi lalu masuk ke dalam rumahnya. Diisi segelas jus oren untuk Nazri dan untuknya juga. Puan Azean memerhati tingkah anaknya hairan di dapur.

​"Siapa datang tu? Riuh rendah je," soal Puan Azean pelik.

​"Nazri, mama," jawab Sarah ceria. Tersenyum Puan Azean mendengarnya. Dia melihat sahaja gelagat anak bongsunya yang sudah berubah riak wajahnya.

​"Patutlah happy semacam je," usiknya. Sarah tersengih malu. Dia mengangkat dua gelas berisi jus oren itu ke luar rumah semula. Lantas, segelas jus oren itu dihulurkan kepada Nazri. Nazri menyambutnya lalu mengucapkan terima kasih. Jus oren itu diminum sedikit gelojoh kerana tekaknya benar-benar haus.

​"Ish, comotlah," selamba sahaja tangan Sarah mengelap sisa jus yang keluar dari bibir Nazri. Terpaku mereka berdua seketika. Senyuman nakal yang diukirkan oleh Nazri membuatkan Sarah tersipu-sipu. Tangannya dialihkan.

​"Sorry," Sarah meminta maaf. Tangannya sedikit menggigil akibat perlakuannya sebentar tadi.
​Malunya, desis hatinya.

​"Ececeh macam tak biasa. Dulu kat sekolah bukan selalu macam ni ke," kata Nazri bersahaja. Sarah tersenyum hambar.

​Ya, dulu kita memang macam ni. Sebelum kau jatuh cinta dengan Adhia, hatinya berbisik sayu.

​"Comellah kau pakai baju macam ni," tambah Nazri lagi sambil mulutnya dimuncungkan ke arah pijama bergambar kartun Hello Kitty yang dipakai oleh Sarah. Sarah tergelak kecil.

​"Macam budak-budak kan? Buat malu je kau tengok aku pakai macam ni. Kaulah! Bukan nak cakap nak datang rumah aku. Kalau tak, dah lama aku tukar baju,"

​"Takpelah. Aku suka," mati ketawa Sarah serta merta. He said what?

​"By the way, kenapa kau tak pergi majlis tu?" soal Nazri sambil memandang wajah Sarah yang mula berubah.

​Sarah tampak gelisah. Takkan aku nak cakap sebab dia, aku tak pergi majlis tu. Tak sanggup tengok dia dengan Adhia jadi couple. Cari nahas namanya tu, bisik hatinya.

​"Aku... Err, aku malaslah. Baik lepak rumah," bohongnya sambil tersenyum. Ikutkan hati, dia sememangnya mahu pergi ke majlis itu, menikmati saat-saat terakhir bergelar pelajar Gillian High School dan bergembira. Namun apakan daya. Dia tidak sanggup melihat akan kemesraan Adhia dan lelaki yang duduk di sebelahnya sekarang.

​Nazri mengangkat keningnya. Dia tahu Sarah sedang menipunya.

​"Tak payah tipulah. Aku kenal kau dah lama. Kau memang tak reti nak menipu orang kan," ujarnya. Sarah sekadar tersengih.

​Sepi seketika suasana di halaman rumah mewah milik Sarah itu. Masing-masing sedang sibuk melayan perasaan walaupun pada mata kasarnya, penglihatan mereka tertumpu ke arah langit yang dipenuhi bintang pada malam itu.

Nazri mengerling ke arah Sarah melalui ekor matanya. Entah mengapa bila dia duduk berdua-duaan dengan gadis itu pada malam ini, hatinya bahagia. Lupa dia seketika perihal Adhia.

​"Oh ya. Kenapa kau datang sini? Bukan kau sepatutnya pergi hotel ke?" Sarah mengulangi pertanyaannya. Nazri yang sedang merenungnya kelihatan tersentak. Mukanya yang merah sempat dilihat Sarah.

​"Bosan takde kau,"

​"Eleh, Adhia kan ada," sindir Sarah. Nazri tersenyum hambar. Dia sedar perhatiannya selama ini hanya untuk Adhia. Bahkan, setiap kali dia duduk berdua-duaan dengan Sarah sebelum ini, cuma nama Adhia yang keluar dari bibirnya. Pasti Sarah pun sudah muak mendengar ceritanya yang sama sahaja.

​"Aku dah buat keputusan. Aku nak give up,"

​"Give up?" hati Sarah berdebar-debar. Nazri menganggukan kepalanya. Perlahan-lahan, dia menarik nafas panjang dan menghembuskannya. Seolah-olah satu masalah sudah selesai.

​"Aku malas nak fikir pasal dia lagi. Buat apa? Aku tunggu dia dekat tujuh tahun. Since Aqash takde lagi kat sekolah tu. Tapi Dhia tak pernah pandang aku. Bila aku fikir balik, menyesal gila aku," Nazri meratapi kebodohannya. Sarah cuma diam sahaja.

​"Jadi, aku rasa nilah waktu yang sesuai untuk aku lepaskan dia. Sama ada lepas ni dia dapat miliki Qash atau tak, aku dah tak nak masuk campur. Biarlah dia," tambahnya lagi.

​"Kau tak menyesal?" duga Sarah.

"I am but aku bukan menyesal sebab lepaskan dia. Tapi aku menyesal sebab aku dah bazirkan waktu yang cukup lama untuk mencintai seorang perempuan macam dia. Bila fikir balik, bodoh jugak aku kan," Nazri ketawa sinis selepas berkata. Kepalanya digelengkan berulang kali. Sarah merenung wajah Nazri yang nampak tenang.

​Jika benarlah apa yang Nazri perkatakan, hatinya sedikit lega. Sekurang-kurangnya Nazri sudah sedar dan tidak lagi hidup dalam angan-angan yang belum pasti dia dapat mengapainya.

Dan dia.... Dia juga sepatutnya berhenti berharap.

​"Baguslah. Aku akan support kau tak kira apa jua keputusan yang kau ambil," ujar Sarah sambil tersenyum manis. Nazri mengangguk.

​"Hai, nampaknya kau kena kerja lebih kuatlah lepas ni,"

​"Kenapa pulak?"

​"Yalah. Kena cari calon makwe yang baru untuk aku," seloroh Nazri sambil mengenyitkan matanya. Spontan tangan Sarah menolak lembut bahu Nazri.

​"Teruklah kau," Sarat terjerit kecil. Tangannya ingin mencubit lengan lelaki itu pula tetapi Nazri sempat menahannya. Tangan Sarah dipegang erat sambil matanya memandang wajah Sarah yang mula merah padam menahan malu. Nazri menyeluk poket blazernya lalu mengeluarkan sebentuk cincin. Terkesima Sarah seketika.

​Nazri tersenyum melihat Sarah yang kelihatan sudah kaku. Cincin yang bertatahkan batu permata yang berwarna merah jambu dan berbentuk hati itu dipakaikan di jari manis tangan kanan Sarah yang digenggam erat. Cantik.

​Sarah terkesima melihat tingkah laku dan cincin pemberian Nazri malam ini. Hampir sahaja dia mengalirkan air mata kegembiraan. Seolah-olah mimpi menjadi realiti. Nazri menarik Sarah supaya mendekatinya lalu bahu gadis itu dipeluk. Sarah membiarkan sahaja. Mulut Nazri menghampiri telinga Sarah untuk membisikkan sesuatu.

​"Bersaksikan bulan dan bintang, saya Ahmad Nazri Ahmad Qushairy akan berjanji mencintai dan menempatkan Sarah Elliyana Mohd Azam di dalam hati saya selama saya boleh mempertahankan cinta kami. Saya juga akan berjanji akan cuba membahagiakan, menggembirakan dan membuat hatinya senang sewaktu bersama dengan saya," bisiknya dalam nada romantis.

​Akhirnya, mengalir juga air jernih dari kelopak mata Sarah. Pantas, jari jemari menyekanya.

​"Hey, jangan menangis. Bukan you sepatutnya happy ke?" soalnya nakal.

​"Aku...," jari telunjuk Nazri melekap di bibir merah Sarah.

​"Apa guna aku kau lagi. Cuba guna bie, sayang ke. Kan comel," usiknya. Sarah mencubit lembut lengan Nazri. Sedikit pun Nazri tidak merasa sakit malahan dia masih mampu untuk ketawa. Dengan manja, dia melentokkan kepalanya di bahu Nazri. Lincah sahaja tangan Nazri menggosok rambutnya.

​"Boleh percaya ke ni?" duga Sarah sambil tersenyum.

​"Mestilah. Kalau tak, belahlah jatung I ni," seloroh Nazri.

​"Ayat basi," templak Sarah. Nazri tersengih sahaja. Sarah menaikkan sedikt tangan kanannya, melihat cincin yang baru diberi oleh Nazri.

​"Thanks sayang. Comel sangat cincin ni. But lain kali, janganlah membazir. Macam mahal je," ucap Sarah.

​"Haha. It's not. Tak mahal punlah. Kejap-kejap," Nazri melepaskan pautan pada bahu Sarah dan mengambil bungkusan plastik berwarna putih itu. Sarah yang tampak hairan melihat sahaja. Tangan Nazri mula menyeluk kedalam plastik tersebut. Alangkah terkejut Sarah apabila melihat gambar mereka berdua sewaktu bercuti ke Genting Highland pada tahun lepas dibingkaikan oleh Nazri.

​"Bila buat semua ni? Beli cincin, frame gambar lagi,"

​"Frame ni dah lama dah. Nak bagi-bagi tak sempat pulak. Ingatkan nak bagi sempena hadiah graduasi tapi sayang tak datang pulak. Itu yang angkut ke sini tu. Cincin ni baru beli tadi. Resit pun ada lagi,"

​Sarah membulatkan matanya tidak percaya.

​"Serius?" Nazri mengangguk sahaja.

​"Anything for you, sweetheart," luahnya nakal sambil tersenyum.

​"Berbaloi jugaklah eh kita tak pergi majlis malam ni," kata Sarah sambil menggelengkan kepalanya.

​"Mestilah! Tuan muda Nazri turun padang tau demi Cik Puan Sarah. Terharu tak?"

​"Terharu sangat,"

​Nazri memeluk semula bahu gadis itu. Begitu juga dengan Sarah melentokkan semula kepalanya pada bahu lelaki yang amat dicintainya. Mereka duduk dan bergelak ketawa di bawah bulan dan bintang yang semakin bersinar di atas langit. Bagaikan turut bergembira apabila satu kisah cinta termeterai sekali lagi.

*****

Adhia merengus kasar. Malam ini dirasakan sungguh jahanam! Semua orang seperti tidak membenarkan dirinya mengecapi kegembiraan. Kenapa? Kenapa semua orang menjadi sebegitu? Kenapa cuma Adlina yang diberikan perhatian? Kenapa Aqash melebihkan gadis itu daripada dirinya? Kenapa?

​Adhia menghempas kuat stereng kereta Mercedes Benz milik papanya. Dia sendiri tidak tahu kemana dia harus pergi sekarang. Untuk pulang ke rumah, tidak mungkin. Tambahan pula, hatinya sedang panas. Nescaya apabila melihat wajah Suraya, marahnya akan bertambah. Tidak mustahil jika wanita itu menjadi mangsa kemarahannya.

​Ke rumah Sarah, dia sudah malas. Sarah sudah jarang menemaninya. Entahlah, dia sendiri tidak mengerti dengan perubaha sikap Sarah. Sarah seolah-olah menjauhkan diri daripadanya dan Nazri. Merajukkah Sarah, marahkah Sarah, dia tidak ambil peduli. Lantaklah, desisnya.

​Cuma satu tempat yang berada di fikirannya sekarang, kelab malam. Ya, kelab malam. Cuma tempat itu yang dapat merawat hatinya yang sedang sakit. Apabila berada disitu, hatinya menjadi tenang tatkala mendengar alunan muzik yang keras dan minuman yang disajikan.

​Satu senyuman sinis terukir di bibirnya. Here I come, jeritnya keriangan. Makin laju kereta yang dipandunya itu membelah kesibukkan kota raya walaupun pada waktu malam.

Continue Reading

You'll Also Like

126K 8.6K 32
Adam Hirdy | Azalea
26.1K 2.4K 28
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
5.5M 301K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
923K 30K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...