Rindu Dendam [Completed]

By maslily

654K 10.8K 738

[Sambungan RINDU] Mula-mula kita kenal.. Setelah itu kita berkawan.. Kita berjumpa.. kau ajak bercinta. Kau c... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
#UPDATE
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
#UPDATE
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
#UPDATE
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
Epilog

BAB 20

10K 199 4
By maslily

"Lia! Lia!" Aku melajukan langkah di saat terdengar suara Ammar memanggil aku. Sengaja aku melarikan diri daripada dia. Kalau boleh, aku nak cipta jurang buat kami. Keadaan kami yang terlalu rapat telah disalah anggap oleh orang sekeliling dan aku sangat tidak sukakan publisiti murahan.

No! No! and No!

"Lia stop." Ammar sudah berdiri di hadapan aku dengan tangan nya di depakan. Nafas nya kedengaran tidak teratur. Ammar memegang dadanya seraya membongkokkan badan. Setelah nafasnya mula teratur, dia mengangkat mukanya memandang aku. Aku berdiri kaku di situ melihat dia.

"Kenapa Lia?" Soal Ammar melihatkan aku yang hanya berdiam diri tidak beriak.

"Kenapa apa Ammar?" Soalku pula sengaja ingin menduga benda yang aku sudah tahu akan ditanya.

"Kenapa larikan diri dari saya?" Itulah dia, aku dah agak soalan itu akan terpacul daripada mulut dia.

"Mana ada saya larikan diri daripada awak. Saya nak cepat ni naik bilik." Aku memulakan langkah tetapi di tahan sekali lagi dengan tangan Ammar. Aku mendongak melihat Ammar. Shit! That blue eyes..

"Saya tahu awak cuba larikan diri daripada saya.. dari pagi tadi saya cuba tegur awak tapi awak buat tak endah je. Kalau saya ada buat salah, saya minta maaf." Perlahan suara Ammar menuturkan nya. Membuatkan hati aku dipagut rasa pilu. Aku sendiri pun tidak pasti sama ada dia bersalah ataupun tidak. Aku masih mendiamkan diri. Pandangan juga sudah dari tadi aku alihkan ke lantai.

"By the way, ini pencuci muka awak. Maaf saya lambat pulangkan. Mungkin awak marah saya pegang pencuci muka awak lama-lama, tu yang awak larikan diri dari saya kot?"

Aku menggigit bibir untuk tahan diri daripada ketawa. Tak bermoral betul alasan dia. Takkan lah aku nak marah sebab dia tak pulangkan pencuci muka aku. Pencuci muka itu aku ambil dan masukkan ke dalam beg. Setelah itu aku memulakan langkah tanpa menoleh ke belakang.

--------------------------------------------

"Bodoh lah kau ni Lia. Kau sepatutnya tanya dulu betul ke perempuan tu 'awek' dia? Betul ke dia dah berpunya?" Aku menghempaskan beg di atas katil.

"Bukannya buat konklusi sendiri. Lepastu kenapa kau perlu layan dia macam tu? Korang kan kawan.. kenapa kau macam cemburu bila perempuan tu mengaku Ammar Izham tu dia punya? Kau dengan dia tu kawan je kan?" Aku berbaring di atas katil. Beg itu aku tolak ke tepi sedikit. Lama aku terdiam merenung siling bilik sebelum aku terduduk di birai katil.

"Ke.. kau dah anggap dia lebih ni hati? Dah terbuka ke hati ni untuk dia?" Aku memegang bahagian dada.

"Mengarut jelah! Aku dah nekad taknak bercinta sebagai pakwe makwe lagi. Aku dah cakap dengan dia aku taknak couple dengan dia. Jadi perasaan cemburu ni semua mengarut. Aku cuma rasa marah sebab di herdik dan di tuduh tanpa sebab yang kukuh. Yes! Betul." Aku membuka pakaian dan mengambil tuala di belakang pintu lalu menuju ke bilik air.

Seperti orang kurang siuman sahaja bercakap seorang diri. Tetapi dengan cara itu sahaja aku boleh berfikir secara rasional.

Setelah selesai membersihkan diri, aku menunaikan solat fardhu. Aku berdoa kepada Allah agar di tetapkan hati ini hanya kepada-Nya. Aku sudah tidak mahu lagi merasa sakit bercinta pada yang tidak halal. Aku hanya seorang insan yang lemah, yang terlalu taksub dengan cinta. Sehinggakan, orang itu yang aku puja dan aku sanjung. Aku lupa Allah dan aku tidak merindui-Nya. Terlalu jahil aku ini. Hidup di muka bumi ini hanya berdasarkan belas ihsan Allah. Hidup di muka bumi yang sementara ini hanya sebagai penumpang. Tetapi masih aku memuja cinta manusia.Oleh itu Ya Allah, kau tetapkan lah hati aku ini agar sentiasa berada di jalan mu yang benar. Amin.

Aku melipat telekung dan sejadah lalu mengambil handfone yang berada di atas katil.

1 new message from Whatsapp

Ammar: Lia, if something happened atau kalau saya ada buat salah pada awak, let me know okay?

aku: Nothing happened.

Aku mengeluh kecil. Patut ke aku tanya je terus daripada dia? Aku ni dah lah negative thinking lagi kuat dari positive. Daripada aku buat andaian yang bukan-bukan, baik aku tanya je kan?

Ammar: Sure?

aku: Erm Ammar, boleh saya tanya sikit?

Ammar: Boleh.. nak tanya apa tu?

aku: Sorry lah kalau soalan ni nampak macam kebudak-budakan sikit. Tapi.. awak ada girlfriend?

Lama aku menunggu Ammar membalas chat itu. Aku perhatikan saja perkataan Online itu. Sekejap Online, sekejap Last Seen. Tiada satu pun perkataan Typing...

Sudahnya aku membiarkan sahaja chat itu dan terus mematikan handfone.
'Mesti dia tengah fikir ayat nak cover en? Terkejut lah tu aku tanya soalan macam tu.' Getus hatiku sendiri. Tiba-tiba sahaja hati aku dipagut rasa sayu.

Jam di dinding menunjukkan pukul 2:25 petang. Aku membaluti tubuh dengan selimut dan memejamkan mata untuk merehatkan badan buat seketika.

Continue Reading

You'll Also Like

23.3K 1.1K 38
𝐈𝐫𝐬𝐲𝐚𝐝 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 × 𝐇𝐮𝐬𝐧𝐚 𝐑𝐚𝐢𝐡𝐚𝐧𝐚 Irsyad Mikael jejaka tinggi lampai yang berumur 24 tahun, salah seorang tentera dari Grup Gera...
721K 23K 75
"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. Kisah...
15.9K 2.1K 12
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
209K 6.9K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...