Rindu Dendam [Completed]

By maslily

654K 10.8K 738

[Sambungan RINDU] Mula-mula kita kenal.. Setelah itu kita berkawan.. Kita berjumpa.. kau ajak bercinta. Kau c... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
#UPDATE
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
#UPDATE
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
#UPDATE
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
Epilog

BAB 15

12.9K 232 6
By maslily

"Woww you got Audi huh?" Kataku setelah melihat kereta nya. Ammar membuka kan pintu kereta nya untuk aku.

"Thank you tapi lepasni saya boleh buka sendiri." Kataku bersahaja lalu memboloskan diri ke dalam perut kereta. Bukan sombong tetapi aku segan apabila terdapat banyak mata-mata manusia memandang ke arah kami. Walaupun obviously pandangan mereka lebih tertumpu kepada Audi kepunyaan Ammar.

"Audi pinjam je ni." Kata Ammar. Dia menghidupkan enjin kereta nya. Menderum bunyi kereta itu apabila Ammar menekan pedal kuat.

"Your dad punya ke?" Soalku sambil memasang seatbelt di badan.

"Err kind of." Kata Ammar. Aku mengerutkan dahi.

"Eh awak nak makan apa?" Soal Ammar.

"Saya ikut driver je." Kataku malas mahu memberi kata putus. Sesungguhnya aku hanya mengikut sahaja orang yang membawa aku. Sudah lah dia yang belanja takkan nak mengada pula kan?

"Okay sampai dah." Kata Ammar setelah beberapa minit masa perjalanan di ambil. Dia memberhentikan kereta di sebuah restoran. Reka bentuk restoran itu daripada luar kelihatan mahal. Aku menelan liur.

"Lia okay? Nak turun ke tak ni?" Soal Ammar yang sudah membuka seatbelt nya.

"Err are you sure kita nak makan dekat sini?" Kataku.

"Lah tadi awak kata awak ikut driver je kan? Betul lah ni kita makan dekat sini." Kata Ammar lalu menekan button seatbelt aku. Aku membuka pintu kereta perlahan-lahan lalu keluar daripada kereta itu. Kami berjalan beriringan menuju ke dalam restoran.

Ammar memilih tempat yang agak tersembunyi. Hahaha typical novel bawa pergi kedai makan mesti nak cari tempat tersembunyi.

"Awak order jelah. My treat." Kata Ammar lalu tersenyum. Aku menjadi serba salah pula kerana meminta dia belanja aku. Lagi serba salah apabila melihat harga makanan yang setanding hotel 5 bintang.

"Order sir?" Kata seorang wanita yang bekerja di situ.

Ammar mula memesan makanan nya. Apa yang dia pesan pun aku tak tahu. Nama makanan di restoran ini pelik sungguh. Berbelit lidah nak menyebutnya. Macam mana lah Ammar boleh sebut dengan lancar.

"Awak nak makan apa Lia?" Soal Ammar. Aku masih lagi memandang menu di tangan.

"Emm saya tak tahu lah nak makan apa." kataku perlahan.

"Order je Lia.. just forget the price." Kata Ammar lembut seakan memahami apa yang bermain di benakku.

"Saya nak ni dengan ni." Aku menunjuk sahaja menu itu tidak mahu menyebut nya. Boleh malu sepuluh keturunan kalau salah sebut.

"That's all." Kata Ammar kepada pelayan itu lalu menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya. Wanita itu menggigit sedikit bibirnya memandang Ammar dan perlahan-lahan beredar daripada situ.

Aku tergelak kecil melihat gelagat pelayan itu. Siapa saja yang tidak cair apabila melihat senyuman Ammar? Kalau lah aku ni sejenis lilin, dah lama anggota badan aku bertukar-tukar tempat.

"I miss you." Kata Ammar membuatkan aku tergamam lalu tergelak kecil.

"So.. apa je yang awak buat dekat Melaka sepanjang cuti sem ni?" Soalku sengaja menukar topik.

"Oh! Macam-macam saya buat. Ada sekali tu saya jelajah satu Melaka dengan kawan-kawan lama hahah dah lama tak buat macam tu. Dulu selalu lah masa zaman sekolah menengah. Lagipun Melaka takdelah besar mana." Aku hanya tersengih mendengar ceritanya.

"Lia buat apa masa cuti?" Soal Ammar pula.

"Saya.. Oh--" Aku memberi ruang kepada pelayan tadi untuk meletakkan air di atas meja.

"Thank you." Kata Ammar. Pelayan itu hanya mengangguk dan tersipu malu.

"Cuti saya boring.. Saya duduk dalam bilik je hahaha sebab yeah.. takde apa lah nak buat. Hari ini baru saya ada peluang nak keluar jalan-jalan." Aku menyedut air di dalam cawan. Cehh air epal hijau je rupanya.

"Ala kesian nya dia.. jadi saya lah penyelamat awak?"

"Penyelamat?"

"Penyelamat masa cuti awak heheh."

"Ee perasan lah awak ni."

"Lia.. awak dah fikir?" Soal Ammar mematikan senyumanku.

***************
NU's Cafe

"Lia dah fikir ke pasal permintaan Ammar tempoh hari?"

"Dah."

"So?"

"Macam ni lah.. kita duduk dulu. Saya ada 20 minit sebelum papa sampai." Kataku. Kami mengambil tempat duduk di dalam cafe.

"Ammar, saya bukan taknak tapi.. Okay look. Awak betul nak saya? Awak ikhlas ke?"

"Saya--"

"Shhtt bagi saya habis cakap dulu." Aku memintas percakapan Ammar.

"Saya bagi awak dua minggu bermula daripada hari ini. Awak fikir balik. Awak sanggup tak tengok saya menangis satu hari nanti bila awak tinggalkan saya? Awak sanggup tak nak tengok senyuman saya hilang? Awak sanggup tak nak tengok saya gagal dalam pelajaran semata-mata kecewa dengan percintaan? People change Ammar.. dan people cepat rasa bosan. Saya taknak nanti bila awak dah bosan, awak tinggalkan saya. Kita berkawan sahaja saya rasa itu sudah memadai. Saya taknak nanti saya akan benci dekat awak bila awak tinggalkan saya."

Ammar mengetap bibir bawahnya. Dia memandang aku lama.

"Tak.. saya tak sanggup dan saya takkan biarkan perkara itu terjadi Lia.. believe me." Kata Ammar.

"Why me? Ramai lagi perempuan yang cantik dekat luar sana Ammar.. saya cuma gadis biasa yang.. yang takde apa-apa."

"Cantik ke tak cantik ke saya tak kisah Lia.. sedangkan yang cantik boleh jadi buruk dalam sekelip mata kalau Allah nak tarik nikmat tu jadi kenapa saya perlu kisah?"

Aku menundukkan kepala. Tidak mahu memandang Ammar ketika ini. Kata-kata dia begitu menyentuh hati aku.

"Lia.. jangan senyap macam ni." Kata Ammar. Aku mengangkat kepala memandang nya.

"Awak solat istikharah dulu okay? I got to go.. papa dah sampai." Kataku lalu beredar daripada situ.

"Kirim salam Papa."

'Allah.. berat betul lah kiriman awak ni Ammar. Papa dah lah jenis banyak tanya.' Aku mengeluh perlahan.

********************
"Emm pasal tu.. saya--"

Sekali lagi percakapan ku dipotong oleh pelayan restoran itu. Pelayan itu meletakkan sepinggan Spaghetti Bolognese di hadapan aku. Seriously Spaghetti je? Nama dia ya ampun.

El mains spaghettineon with red sauce and onion.

"Saya nak--"

"Kita baca doa dulu." Kata Ammar. Aku terus menadah tangan mengaminkan doanya.

"So saya--"

"My rules" Kata Ammar lagi. Aku menunduk malu.

"Ya.. sorry."

Hanya bunyi sudu dan garfu berlaga. Sudu dan pinggan berlaga. Garfu dan pinggan berlaga. Sudu, garfu dan pinggan berlaga. Sudu dan gigi berlaga sahaja di meja itu. Tiada sebarang suara yang keluar.

Setelah habis makanan di dalam pinggan, Ammar menyedut habis air di dalam cawan nya. Dia mengelap mulutnya perlahan menggunakan tisu. Ammar menolak pinggan nya ke tepi. Dia memandang aku yang masih menikmati hidangan.

Aku memandangnya. Baru sahaja aku ingin bersuara untuk bertanya kenapa, Ammar terlebih dahulu meletakkan jarinya di bibir menyuruh aku agar tidak bersuara. Aku hanya mengangguk perlahan.

Habis sahaja makanan di dalam pinggan itu, aku mengelap mulut dan menyedut baki air di dalam cawan.

"Kenapa pandang macam tu?" Soalku kepada Ammar.

"Suka tengok awak makan." Kata Ammar.

"Suka kenapa?" Soalku hairan.

"Sebab bila awak makan, pipi awak menggelembung macam chipmunk hahahah"

"Eew biadap lah Ammar." Aku merengus kecil

"Eh no lah.. it's mean, you look cute."

"Tipu."

"Tak percaya pula. Okay so awak nak cakap apa tadi? Teruskan." Kata Ammar.

"Okay so.. saya nak tanya awak. Awak dah fikir ke semua yang cakap tu?"

"Dah fikir sehabis baik. Solat Istikharah pun sudah and the result is.." Kata Ammar tergantung.

"Is?"

"Mana boleh bagitahu awak."

"Alaaa tak suka betul lah cerita sangkut-sangkut ni." Bentakku.

"Lia.. nak couple dengan saya tak?" Ammar bertanya lagi soalan itu. Soalan yang aku sendiri tidak tahu jawapannya. Aku menarik nafas dalam sebelum bersuara,

"Okay macam ni Ammar. Saya.. saya taknak couple dengan awak sebab saya tahu bila kita couple, saya akan sayang awak sangat. Dan kenapa saya perlu sayang awak padahal yang utama itu Allah? Sangat sakit bila saya dah betul-betul sayang kan awak, lepastu Allah tarik awak daripada saya.

Saya sudah bercinta selama tiga kali. Tiga kali tu yang saya fikir we can made it. I mean, in a serious relationship lah konon. Yang tukar-tukar tu saya tak kira pun berapa kali. Sebanyak tiga kali tu saya kecewa a lot. Jadi kenapa saya perlu couple dengan awak? Saya rasa saya dah tak perlu untuk rasa nikmat bercouple. Tak nikmat mana pun because I can read the flow.

Kita kenal, awak suka saya, saya suka awak, hari-hari texting, hari-hari call, hari-hari cakap rindu, then nak jumpa, after that kita couple, lepas couple dah kurang texting, alasan busy, lama-lama hubungan semakin renggang dan kita putus.

See?
Nothing change.

Sebab itu saya decide, kita kawan. Kalau awak betul-betul nak saya, awak hantar terus rombongan meminang."

Aku memandang Ammar di hadapanku lama. Ammar diam membisu.

"Wait for me." Kata Ammar perlahan.
"Wait what?" Soalku.

"Wait for me okay? Habis je study saya masuk meminang awak." Kata-kata Ammar membuatkan aku tergamam dan baru sahaja aku ingin bertanya, dia sudah bersuara.

"I'm serious."

"Er-- o-okay"

Muka merajuk Ammar bila Lia taknak couple dengan dia hahahaha. Aww he's so cute.

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 60.1K 72
Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazi...
768K 31.5K 90
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
716K 22.9K 75
"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. Kisah...
56K 2.7K 26
πŸ₯€π’΅π“Žπ’Άπ“ƒ ℛ𝒢𝒻𝒢ℯ𝓁 x π’œπ“π“Žπ’Ά π’¬π’Άπ’Ύπ“ˆπ’Άπ“‡π’ΆπŸ₯€ _ℛℯ𝓁𝒢 π’¦π“Š π’Ÿβ„―π“‡π’Ύπ“‰π’Ά π’Ÿβ„―π“‚π’Ύ ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒢𝓉 β„³π“Š β„¬π’Άπ’½π’Άβ„Šπ’Ύπ’Ά_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...