Rindu Dendam [Completed]

By maslily

654K 10.8K 738

[Sambungan RINDU] Mula-mula kita kenal.. Setelah itu kita berkawan.. Kita berjumpa.. kau ajak bercinta. Kau c... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
#UPDATE
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
#UPDATE
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
#UPDATE
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
Epilog

BAB 14

11.8K 252 17
By maslily

"Lia hari ini kau ada nak pergi mana-mana ke?" Soal kakak ketika aku melintas di hadapannya yang sedang menikmati pisang goreng

"Emm yeap. Nak pergi library. Why?" Soalku pula lalu mengambil pisang goreng yang masih panas itu dan suakan ke dalam mulut. Sedap.

"Rajin pula kau nak pergi library? Selalu tu terperap je dalam bilik." Kata kakak seakan menyindir.

"Haaaa sebab aku dah lama terperap dalam bilik lah harini aku nak keluar pergi library.. Aku duduk dalam bilik tu sebulan pun belum tentu prince charming nak datang selamat kan aku." Kataku lalu menuang teh'o panas ke dalam cawan.

"Nak selamat kan kau kenapa pula? Selamat kan dari siapa?" Soal kakak bertubi-tubi.

"Dari kau." Jawabku ringkas lalu menyisip teh'o panas di dalam cawan.

"Setan kau. Nak cakap aku ahli sihir lah tu." Terhambur tawaku mendengar kata-kata kakak. Mujur sempat telan teh'o tadi. Kalau tidak pasti sudah mereciks hawau akibat tawa yang terhambur.

"Aku tak cakap.. haa kau yang mengaku sendiri hahahaha." Kakak hanya membalas dengan jelingan nya.

"Kak."

"Oo kak"

"Kau nak apa?" Soal kakak apabila aku asyik memanggil nya.

"Nak...pinjam...duit...boleh..tak..? hehehe " Aku menayangkan sebaris gigi kepadanya.

"Sorry ahli sihir takde duit. Epal je banyak."

"Alaaa aku tak cakap pun kau ahli sihir.. aku nak cakap benda lain lah tadi.. Kau yang mengaku sendiri hmm boleh lah..." Aku cuba memujuk lagi. Bahunya aku kuis-kuis menggunakan hujung jari.

"Bla..bla..bla.." Kakak mengendahkan pujukanku.

"Kau suruh aku blah kak? Okay fine." Aku mengambil beg yang berada di atas meja dan memulakan langkah ke pintu.

"Toksah nak merajuk bagai lah... Buruk tahu tak?" Kata kakak yang sudah berada di belakangku sementara tangan nya menghulurkan sekeping not 50.

"Yeayyyy thank you.." Aku lantas mengambil duit itu dan memeluknya sekejap.

--------------------

Aku menyelak-nyelak buku yang berada di atas rak itu. Satu persatu tajuk aku baca untuk mencari yang sesuai dengan jiwa aku. Kebanyakan nya novel cinta yang pembaca sudah tahu ending nya. Aku ingin mencari sesuatu yang lain daripada yang lain. Meliar-liar mata aku melihat atas ke bawah.

Ramlee Awang Murshid - Ungu Karmila.

Aku menarik keluar novel berwarna ungu itu. Kulit hadapan nya menayangkan sebuah rumah agam yang kelihatan usang.
Aku membalikkan buku itu untuk membaca sinopsis di bahagian belakang.

Atas nama cinta... mahligai impian itu dibina. Vila Sunyi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.

Menarik.

Aku membawa novel itu bersamaku.  Aku melabuhkan punggung di atas sofa empuk yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan.

'Ah selesa nya.' Aku memejamkan mata sekejap.

Belum sempat aku membuka muka surat pertama, handfone di dalam poket sudah berbunyi sakan.

Ting! Ting! Ting!

Pengunjung yang berada di hadapan, belakang, kiri dan kanan semuanya sudah menjeling kepada aku. Ada yang seperti tercari-cari dari mana datang nya bunyi itu. Aku segera mengeluarkan handfone yang berada di dalam poket.

Button di bahagian tepi handfone aku turunkan ke bawah untuk mengaktifkan mood silent.

3 new message from Whatsapp

Ammar: Hello Sweetie.

Ammar: How are u today my dear :)

Ammar: Awak tengah buat apa tu?

aku: Hello Ammar Izham. I'm fine... Takde buat apa pun. Why?

Ammar: Hahahaha my full name.

Ammar: Yeke tak buat apa tu? Nak kacau boleh?

aku: Emm tengah busy ni.

Ammar: Busy buat apa?

aku: Saya dekat library Negara.. tengah membaca and  I'm so busy.

Ammar: Alone?

aku: Yeap alone :)

Ammar: Nak teman boleh?

Aku mengeluh perlahan.

aku: Kalau awak boleh sampai ke sini, meh lah apa salahnya.

Ammar: Okay.. Be right there in a few minutes.

'Ammar...Ammar... mengarut je.'

Aku menggeleng kecil. Chat Ammar aku biarkan tidak berbalas.

----------------------

Karmila dan Jainab tergamam di muka pintu apabila melihat Arif mengamuk, menjerit-jerit sambil memecahkan pasu-pasu bunga ros. Rumah kaca itu bersepah. Bunga-bunga ros yang mekar kembang habis berselerak.

Kemudian Arif menghampiri Ungu Karmila. Mukanya tegang membengis. Nafasnya turun naik dengan cepat sekali. Arif berteriak. Memegang pasu Ungu Karmila dan mengangkatnya sampai melepasi paras kepala. Dia mahu merosakkan tanaman bunga-bunga ros di situ. Namun, belum sempat Arif berbuat demikian, Karmila terlebih dahulu menjerit nyaring.

"Jangan bang!" Karmila berlari menghampiri suaminya. Jainab mengekori. Dia bimbang nyonyanya itu diapa-apakan. Arif sudah kelihatan tidak siuman.

Psstt

"Bunga ini hantu!" pekik Arif.

"Bunga ini hasil usaha abang selama ini." Karmila merayu agar suaminya tidak meneruskan hajatnya itu.

Psstt

"Aku dah tak tahan lagi!" Arif histeria. Karmila tidak menunggu lama. Suaminya dihampiri berhati-hati agar tidak memusnahkan bunga Ungu Karmila.

"Bu Jainab!"

[Petikan diambil daripada Ungu Karmila oleh Ramlee Awang Murshid]

Psstt

"Ish apa benda lah dari tadi psstt psstt." Aku mengomel perlahan lalu mengalihkan novel itu daripada muka aku.

Sofa yang bertentangan dengan aku kini sudah diduduki oleh seorang lelaki yang aku tidak kenali.

Aku melihat sekilas lelaki itu. Sebahagian daripada muka nya dilindungi dengan topi. Telinga nya disumbatkan earphone.
Setelah aku amati betu-betul, aku mengambil keputusan bahawa aku akan mengabaikannya sahaja.

Mungkin dia sedang miming lagu yang sedang bermain di gegendang telinganya.
Aku melihat semula novel yang berada di tangan. Aku menyambung pembacaan yang tergantung sebentar tadi.

Psst Psst

"Ehem, awak"

"Awak yang tengah baca novel tu"

"Awak yang duduk depan saya"

Psst

"Ungu Karmila"

Aku mengalihkan novel itu kasar.
Lelaki di hadapan aku kini sudah tersenyum sedikit.


'Macam kenal' getus hatiku.

"Err awak panggil saya ke?" Tiada sahutan. Hanya senyuman yang meniti dibibirnya.

"Excuse me sir?"

Lelaki itu menaikkan topi nya ke atas. Aku terkesima melihat permandangan ini.

MasyaAllah indahnya.

"Ammar!" Aku menjerit kecil lalu menekup mulut seakan tidak percaya. Jantung aku mula berdetak laju.

'Chill Lia. Please control yourself'

"Hey sweetie." Ammar menggerakkan badannya ke hadapan.

"Hey awak buat apa dekat sini?" Soalku.

"Temankan awak?"

"Hahh so funny Ammar." Aku menutup muka ku dengan novel. Bukan baca pun. Buat cover blushing.

"Hahah betul lah.." Ammar menarik buku itu daripada mukaku. Kini dia sudah berdiri dihadapan aku.

Aku menolak Ammar ke tepi. Dia langsung duduk di bahagian tepi sofa.

"Dah makan?" Soal Ammar.

"Emm nope. Tunggu Ammar belanja." Aku menayangkan sebaris gigi. Ammar lantas mencuit hidung aku. Aku tergamam.

"Kemas lah barang. Jom kita pergi makan." Kata Ammar lalu mengibas baju nya perlahan. Kolar kemeja nya diperbetulkan sedikit. Aku hanya memerhatikan dia tidak berkelip.

"So.. awak nak makan ke atau nak pandang saya je?" Soal Ammar lalu tersengih.

"Ehem emm mana ada saya pandang awak. Perasan!" Aku mula mengemas barang yang berada di atas meja dan kami mula bergerak keluar daripada perpustakaan itu.


Okay siapa dah atau pernah baca Ungu Karmila? Angkat tangannnn hehehe kita geng! Cerita ni best untuk pembaca yang suka cerita jenis trill dan mahukan kelainan. I don't know.. I just love Ramlee Awang Murshid. I mean, dia punya karya.

Continue Reading

You'll Also Like

2.8M 257K 88
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
209K 6.9K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...
720K 22.9K 75
"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. Kisah...
180K 8.8K 64
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir telah pertemukan Syed dan Raisya...