Rindu Dendam [Completed]

maslily द्वारा

654K 10.8K 738

[Sambungan RINDU] Mula-mula kita kenal.. Setelah itu kita berkawan.. Kita berjumpa.. kau ajak bercinta. Kau c... अधिक

PROLOG
BAB 1
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
#UPDATE
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
#UPDATE
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
#UPDATE
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
Epilog

BAB 2

20.1K 324 5
maslily द्वारा

Aku meletakkan beg baju di atas katil. Aku perhatikan sekeliling bilik. Bilik yang mempunyai 2 bilik di dalam nya dan di setiap satu bilik menempatkan dua katil size single. Sesuai untuk pelajar.

Aku mengeluarkan baju yang berada di dalam beg untuk di susun ke dalam almari. Baju kurung yang masih di dalam plastik aku pandang sekilas. Baju orientasi.

Buk!

Bunyi sesuatu jatuh ke lantai menyentakkan aku. Terus aku memusingkan badan ke belakang.

"Hai." Sapa seorang gadis yang sudah terbaring di atas katil.

"Err hai." Jawab ku kekok. Aku terus menyambung kerja yang tergendala tadi.

"Kau dari mana?" Soal gadis tadi. Dia sudah pun terduduk di atas katil.

"Dari Shah Alam." Jawabku lalu tersenyum sedikit.

"Ohh aku dari Perak. Nama kau apa?"  Soal gadis itu lagi.

"Kamelia Aqila. Boleh panggil Lia." Aku tersentak sedikit. Terasa seperti dejavu.

"Ouh nice name. Kau panggil aku Lin je. Nama full kau nak tahu juga ke? tak payah lah ek?" Aku hanya tersenyum dan menggeleng sedikit.

Berdasarkan apa yang aku lihat, Lin merupakan seorang gadis yang slumber. Lihat saja cara dia menegur, aku sudah tahu.

"Kau tak habis kemas lagi ke? Aku ingat nak turun pergi cafe ni kau nak ikut tak?" Aku hanya memandang Lin tanpa jawapan.

"Aku ajak sebab bosan lah nak menapak sorang-sorang pergi sana. Jom lah?". Sambung Lin.

"Boleh juga. Sekejap eah." Aku memperkemaskan apa yang patut. Beg dompet yang berada di atas katil aku capai.

Bagus juga awal-awal dah jumpa kawan ni. Selalu nya aku lah manusia yang paling susah nak jumpa kawan. Sebab aku tak pandai nak tegur orang and mostly orang cakap muka aku nampak sombong bila tak senyum lol. Tapi bila dah senyum nampak sweet pula chiaaa.

"Kau datang sini naik apa Lia? Shah Alam dengan Putrajaya kan jauh." Soal Lin memulakan bicara.

"Eh bukan kau lagi jauh daripada aku ke?" Aku tersengih memandang nya.

"Aku naik kereta je.. Family hantarkan." Sambungku lagi.

"Oh begitu ceritanya.. Lia, kau nak beli apa-apa kau beli lah dulu nanti kita jumpa dekat sini. Aku nak jumpa jantan tu kejap." Kata Lin lalu menunjuk ke arah sekumpulan lelaki. Jantan yang mana satu pun aku tidak tahu.

"Eh tapi aku datang sini pun sebab nak teman kau je?" Aku menarik hujung baju Lin apabila dia mahu memulakan langkah. Lin lantas pusing memandang aku.

"Okay kalau macam tu kau ikut aku jumpa diorang sekali lah." Lin menarik tangan aku. Aku mengikut langkahnya tanpa sebarang bantahan.

"Hai geng." Sapa Lin kepada sekumpulan lelaki yang sedang rancak berbual di meja makan cafe itu. Semua mata tertumpu ke arah kami berdua. Aku hanya menunduk ke bawah dan bersembunyi sedikit di belakang Lin.

"Ya cik adik cari siapa?" Soal seorang lelaki daripada kumpulan itu.

"Kau tak payah nak cik adik kan aku. Kau sini kejap." Jawab Lin. Lelaki tersebut terus tergelak lalu menapak ke arah kami.

"Kau nak apa Lin?" Lelaki itu menyoal lagi. Aku mengangkat kepala kerana terasa lenguh di bahagian tengkuk akibat terlalu lama menunduk. Aku memandang lelaki yang sedang berdiri di hadapan Lin ketika ini. Mata kami bertembung buat seketika.

"Saja datang nak jumpa kau." Jawab Lin berserta dengan senyuman riang.

"Ek elehh kau ni ye pun nak datang jumpa aku tak payah lah bawa member."

"Lah apesal pulak tak boleh? Aku yg ajak dia temankan aku."

"Okay kalau aku ajak dia threesome dengan kita kau nak?"

"Eh bodoh kau ni kan!" Lin menepuk dahi lelaki itu menggunakan tapak tangan. Aku berpura-pura tidak dengar sahaja perbualan mereka walaupun hakikat nya aku dengar semuanya.

Aku terus melarikan pandangan kearah sekumpulan lelaki tadi. Mereka semua sedang berbual rancak. Aku perhatikan seorang lelaki yang sedang duduk di atas kerusi.

Berkulit putih. Dada bidang. Tinggi dan.. manis.

Dia membongkok sedikit sedang galak berbual dengan rakan-rakan nya. Sesekali dia tertawa riang. Sementara aku mencuci mata memandang lelaki itu, Lin masih lagi rancak berbual dengan lelaki di hadapan nya.

"Err Lin." Aku menarik baju Lin sedikit. Dia terus memusingkan badan nya ke belakang.

"Ya?" Soal Lin.

"Aku nak pergi beli air jap. Kau nak apa-apa tak?"

"Boleh juga. Belikan aku air mineral satu. Dekat bilik nanti aku bayar balik eah?" Aku hanya mengangguk dan terus melangkah menuju ke cafe.

'ramainya.' Getus hatiku. Tanpa berlengah aku terus menuju ke peti ais di sebelah kaunter pembayaran.

"Hai awak. Best tak dapat cuci mata?"

Aku pantas menoleh ke belakang apabila terasa seperti ada seseorang berdiri di belakangku. Muka aku terus bertukar rona merah. Ini lelaki yang aku usya tadi! Dan dia perasan aku perhatikan dia?!

"Err excuse me?" Tanyaku bersahaja. Mana lah tahu kot-kot dia tanya seronok cuci mata tengok air ke.. kan?

"Awak kawan Lin kan?" Soal lelaki itu.

"Ya saya." Jawabku perlahan.

"Nama awak apa?"

"Emm Lia." Jawabku terus mencapai dua botol air mineral dan menuju ke kaunter pembayaran. Tidak selesa apabila di tanya sebegitu dengan orang asing.

"Lia ambil kos apa?" Soal lelaki itu lagi. Dia mengikuti langkahku. Aku mengendahkan soalan nya dan terus berjalan laju ke arah Lin.

"Lamanya kau beli air ke buat air?" Soal Lin setelah melihat aku . Aku hanya tersengih memandang nya. Kami terus bergerak menuju ke bilik.

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

771K 31.6K 90
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
2.8M 256K 88
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
1.9M 86.5K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
37.9K 2.6K 38
CRUSH! Siapa ja yang tak crush kalau lelaki itu adalah Syed Putra Ehan Khairul bin Syed Hakim. Jejaka dingin, tinggi lampai, badan tegap dan yang pa...