Gadis Berdarah Suci (C)

By Beflwrs

1M 56.4K 1.7K

Gabriella Kattyrine seorang gadis yang bernasib malang. Tinggal di Negara Swirtens. Keluarganya meninggal ker... More

new story
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
maaf.
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Sorry!
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Follow, update.
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bukan update.
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 95
sorry.
Bab 96
Bab 97
PERHATIAN!
LETS READ!

Bab 4

14.8K 751 4
By Beflwrs

Sampai sahaja di depan rumah. Alvin mematikan ejen keretanya. Dia memandang ke arah Gabriella yang nyenyak tidur sambil tersenyum. Alvin membuka pintu keretanya dan bergerak ke arah pintu Gabriella.

"Haish dia ni. Boleh pulak tidur."

Alvin melihat setiap muka Gabriella. Cantik. Manis. Nampak comel bila dia tidur. Alvin mengangkat Gabriella dengan gaya bridal style.

"Tak sangka kau berat. Nasib aku kuat" kata Alvin sambil ketawa kecil.

Ish. Mamat ni sempat lagi kata aku berat nak aja aku bangun ketuk kepala dia. Padan muka kena angkat aku. Apa? kau fikir aku tidur betul-betul ke? Huh? Memang tadi aku tidur tapi dah sedar. Saja pura-pura tidur sebab taknak hadap mamat kacak kat dalam rumah tu. Habis nanti aku kena denda. Baik aku pura-pura tidur. Haha. Gelak evil jap.

"Alvin!"

Benny yang melihat Alvin dukung Gabriella terus berlari ke arahnya.

"Kau boleh senyap tak? Kau tak nampak ke Bella tengah tidur? Tolong aku bukak pintu bilik dia."

Benny hanya tersengih.

Dia terus melangkah menuju ke bilik Gabriella dan membukakan pintu.

Alvin meletakkan Gabriella di tilam dan menarik selimut menutup separuh badan Gabriella. Sebelum Alvin bereda, Alvin sempat membisik ke telinga Gabriella.

"Aku tau kau pura-pura tidur Gabriella."

Alvin melangkah keluar dari bilik Gabriella dan menutup pintu.

Aku terus membuka mata. Terkejut weh! Dia tau aku pura-pura tidur. Nasib dia baik. Huh. Selamat lah kau Gabriella. Setelah itu aku terus menyambung tidur. Kali ni tak pura-pura. Kali ni betul-betul. Sebab aku letih hari ni. So nak rest.

"Macam mana?" soal Benny.

"Apanya macam mana?" soal Alvin pula.

"Ish. Kau ni. Kau tau tak.."

Belum sempat Benny menyambung ayatnya Josh keluar dari biliknya.

"Mana Bella?" tanya Josh.

Alvin hanya buat tidak endah dengan pertanyaan Josh. Dia masih lagi sakit hati dengan sikap Josh yang selalu ambil berat tentang Gabriella. Alvin memusingkan badannya dan masuk ke biliknya. Cemburu? mungkin?

"Bella ada kat bilik dia. Tadi waktu balik Bella tertidur kat kereta." kata Benny.

"Sapa angkat dia? Kau?" tanya Josh lagi.

"Alvin lah. Gila ke kau aku yang angkat. Aku taknak cari mati weh."

Benny tersengeh.

Josh memandang Benny dengan pandangan menyampah.

"Dah lah. Aku nak masak dulu."

Benny pergi tinggalkan Josh sendiri. Josh masuk ke biliknya semula.

Aku duduk di tepi katil. Aku menutup muka dengan kedua tapak tangan aku. Masih geram lagi dengan kejadian pagi tadi. Sedang aku mengawal emosi, terdengar seseorang membuka pintu bilik dan menutupnya semula.

"Kau dah kenapa?" tanya Kevin
sambil melabuhkan punggungnya di sofa.

Aku hanya diam.

"Pasal tadi pagi huh?" tanya Kevin sekali lagi.

Aku mengangkat muka memandang ke arah Kevin. Kevin tersenyum sinis apabila tekaannya betul yang Alvin tengah cemburu.

"Come on. Alvin. Josh takkan rampas Bella dari kau punya. Lagi pun Bella nanti jadi milik kau jugak kan. Dia cuma risau je. Kalau aku pun marah kau kata macam tu. Lagi-lagi kalau Eric. Rasanya kalau Eric ada kau dah kena belasah habis-habis dah dengan dia." kata Kevin.

"Apa kau merepek ni?" soal Alvin.

"Kau ni bengap lah. Aku tau kau cemburu pasal tadi pagi kan?" kata Kevin sambil tersengeh-sengeh.

"Jangan nak merepek lah. Aku.. Aku mana ada cemburu. Aku.. Aku cuma geram je dengan dia sebab dia sorang je nak emosi lebih-lebih." kata Alvin sedikit gagap.

Sejak bila pulak aku gagap ni. Hish!

"Al. Aku tau lah kau cemburu. Aku dah kenal kau lama weh. So, aku boleh tau lah kau cemburu ke tak. Tengok dari muka je pun aku dah dapat teka." kata Kevin.

Alvin hanya membisu dia tidak tahu ingin menjawab apa dengan saudara kembarnya. Sejujurnya dia sendiri pun tidak paham dengan perasaannya sama ada dia dah jatuh cinta atau pun tak dengan Gabriella.

"Al. Aku harap kau takkan berkasar dengan dia lagi. Jaga dia elok-elok kalau kau tak nak Bella jatuh kat tangan saudara kau yang lain. Buat kan Bella jatuh cinta kat kau sebab nanti kau akan kahwin dengan dia. Kalau Bella suka kat orang lain, susah nanti nak jalankan wasiat dari ayahanda dan bonda. Kau taknak kan kalau ayahanda dan bonda sedih tengok kau dengan Bella tak jadi kahwin? Aku harap kau ubahlah sikap dingin kau tu pada dia."

panjang lebar Kevin menasihati Alvin. Baru pertama kali dia menasihati saudaranya ini.

"Aku cuba. Tapi kalau suruh buang sikap dingin aku kat dia, aku tak janji." kata Alvin.

Kevin hanya mengeluh. Setidaknya dia nak lah jugak mencuba walaupun susah nak buang sikap dinginnya.

Aku mula tersedar dari tidur. Perut aku sudah bernyanyi. Ah! Laparnya! Aku melihat jam di dinding. Pergh! Patutlah lapar. Dah malam. Aku belum makan malam lagi. Gila lah dieorang ni. Tak bangun kan aku ke apa. Kejamnya! Aku turun dari katil dan terus menuju ke bilik mandi. Setelah bersihkan diri aku membuka langkah keluar dari bilik. Sunyi? Mana dieorang pergi? Aku turun satu persatu anak tangga dan menuju terus ke dapur. Aku melihat sehelai kertas di atas meja. Aku mengambilnya dan membacanya.

'Bella! Aku ada simpankan makanan untuk kau. Jangan lupa makan tau! Aku,Josh,Kevin dan Eric ada hal kejap. Mungkin kiteorang balik lambat. Sorry tadi tak bangun kan kau. Aku nak bangunkan tapi Alvin tak bagi dia kata kau penat sangat sebab tulah aku tak bangunkan. Jangan risau kau tak duduk sorang-sorang pun. Ada Alvin temankan kau. Ok bye! Jangan lupa makan!'

Apa?! Biar betul? Aku dengan Alvin je dekat rumah ni? Aduh! Macam mana nanti aku nak berhadapan dengan dia. Malu weh! Ah! Peduli apa aku sekarang ni aku lapar nak makan. Now let's eat babe. Aku buka tudung saji, aku melihat spaghetti yang masih panas. Walaupun nampak simple tapi tetap mengiurkan. Aku mula menarik kerusi dan memakan dengan agak gelojoh.


"Ehem!" batuk seseorang.

Aku memandang ke arah empunya suara sambil tersengeh. Siapa lagi kalau bukan Alvin. Aku dengan dia je ada kat rumah. Alvin mengambil tempat di hadapan Gabriella sambil mengangkat kening sebelah.

"Apa?" soal Gabriella.

"Gelojoh." Alvin tersenyum sinis.

Aku hanya membisu.

Malas nak bertekak. Yang penting aku dapat isi perut aku ni.
Aku mula menyambung makan tanpa memandang mamat di depan aku.

Alvin hanya memerhati Gabriella makan sambil tersenyum.

Comel.

Lapar sangat lah tu. Kesian. Gabriella yang perasan Alvin memandangnya dari tadi terus tidak senang duduk. Mana taknya dia pandang tak berkelip kut. Seram sejuk je aku rasa.

"Kenapa tengok aku makan? Nak?"

Gabriella menghalakan garfunya ke arah Alvin. Alvin memandang garfu yang di pengang Gabriella sambil mengangkat keningnya.

"Suapkan."

entah kenapa tiba-tiba saja terpancul perkataan suap di mulut Alvin membuat Gabriella terbeliak besar matanya. Alvin sendiri pun tidak menyangka dia akan berkata seperti itu.

"Tangan ada nak suap pulak. Gila eh?" kata Gabriella.

"Taknak aku nak kau suapkan aku." kata Alvin.

Dah alang-alang terkata kena lah terus kan. Kah kah kah.

"Kalau aku kata taknak? Kau nak buat apa?"

Gabriella tersenyum sinis.

Ceh! Dia pikir dia siapa hah? Nak suap-suap bagai.

"Cium." kata Alvin sepatah.

Apa?! Dia ni gila ke apa? Aduh. Teringat pulak pasal siang tadi. Tak boleh jadi ni. Ok! Aku kalah.

"Nah."

Gabriella menghalakan garfunya ke Alvin. Seperti mana Alvin hanya memandang garfu dan memandang ke arah Gabriella semula. Aduh. Mamat ni. Apa yang tak kena lagi ni. Geram Gabriella di buatnya.

"Tak sweet. Aku nak kau suap aku dengan cara sweet. Bukan macam ni." kata Alvin sambil menyilangkan tangan di dadanya.

Aku mengulingkan anak mata. Menyampah pulak aku dengan mamat ni. Aku bangun dari tempat duduk dan berpindah ke sebelahnya. Alvin menyengetkan sedikit badannya supaya boleh melihat Gabriella. Gabriella tersenyum manis semanisnya di depan Alvin.

"Ahhh... Bukak mulut i nak suapkan u ni.." kata Gabriella.

Bandannya mula terasa geli. Tak sangka dia boleh buat macam ni. Alvin yang melihat gaya Gabriella terus ketawa lepas. Sungguh lawak. Gabriella sudah malu terpaksa tebalkan mukanya. Gabriella meletakkan garfunya semula di pinggan sambil membuang nafas geram. Alvin tak habis-habis ketawakannya. Suka sangat kenakan aku.

"Lawak lah kau ni. Meh sini aku tunjukkan cara yang betul."

Alvin mengambil garfu sambil menyenduk spaghetti dan menghalakan ke arah Gabriella.

"Aah.." kata Alvin sambil tersenyum manis.

Gabriella terkebil-kebil melihat Alvin menyuapkan nya. Bukan tu ja buat dia terkejut. Jarak dia dengannya hanya beberapa cm sahaja. Tanpa basa-basi Gabriella membuka mulutnya. Alvin memasukkan spaghetti ke dalam mulut Gabriella yang sudah terbuka.

Setelah sesi suap menyuap selesai. Alvin mengusap kepala Gabriella. Eh. Mamat ni dah kenapa pulak tiba-tiba usap kepala aku ni. Seram siut.

"Sorry. Tadi aku gelakkan kau." kata Alvin.

Aku hanya mengangguk.

Entah kenapa sikap Alvin hari ni sweet semacam. Macam bukan diri dia yang sebelum ni yang selalu dingin. Dengki. Annoying. Ah! Tak boleh jadi ni. Aku kena tanya jugak!

"Alvin?" panggil Gabriella.

Alvin memandang ke arah Gabriella selepas mencuci pinggan.

"Kau okay tak ni. Aku.. Aku rasa.. Kau lain lah." kata Gabriella sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Kenapa dengan aku? Aku rasa okay je."

Alvin menyandarkan dirinya di belakang singki.

"Takda lah. Maksud aku. Sikap kau tak macam ni. Selalunya kau dingin. Annoying. Muka ketat. Takda perasaan. Selalu buli aku. Tapi hari ni kau lain." kata Gabriella panjang lebar.

Alvin memandang Gabriella tanpa berkelip sehingga Gabriella merasa kekok.

"So, kau tak suka lah aku jadi macam ni? Kau nak aku jadi macam kau cakap tu? Okayh. Aku buat." kata Alvin.

Senyuman nya hilang.

Gabriella mula rasa bersalah. Belum sempat Gabriella ingin berkata Alvin memotongnya.

"Dah lah. Aku nak tengok tv."

Alvin berlalu pergi.

Tinggal Gabriella sendiri di ruang makan. Ish! Mulut ni memang nak kena lah. Dia baru nak berbaik dengan kau, kau pulak rosakkan. Tak boleh jadi ni. Aku kena mintak maaf. Tak tahan weh bila dia dingin dengan aku. Lagi-lagi bila bertekak dengan dia. Lagi aku tak sanggup.

Gabriella mula bangun dari kerusi dan menuju ke ruang tamu. Gabriella melihat Alvin sedang menonton tv. Terasa takut pula nak mendekat. Gabriella tetap berusaha untuk bertegur dengan Alvin.

Gabriella mengambil tempat di sebelah Alvin. Alvin hanya memandangnya sekilas dan terus pandang ke tv semula.

"Alvin." panggil Gabriella.

Alvin tidak menjawab.

"Alvin." panggil Gabriella sekali lagi.

Seperti biasa.

Alvin membuat tidak tahu. Sedikit pun tak memandang ke arah Gabriella.

"Alvin" kata Gabriella lagi.

Kali ni Gabriella memegang tangan Alvin. Alvin memandang ke arah tangannya yang di pengang Gabriella beberapa minit. Kemudian dia memandang semula ke tv. Gabriella berasa geram. Tapi ni tetap salah dia. Orang nak berbaik dengannya dia pulak yang rosakkan. Nasiblah bila dah rosakkan. Pandai buat pandai tanggung.

"Alvin. Sorry."

Gabriella tetap tidak putus asa. Gabriella masih lagi memegang tangan Alvin.

Alvin mematikan tv dan mula bangun tinggalkan Gabriella di ruang tamu. Gabriella terkejut. Dia merasa dia ingin menangis.

Akhirnya tangisannya lepas. Entah kenapa dia berasa sedih bila Alvin tidak melayannya. Kerana terlalu sedih. Akhirnya Gabriella tertidur di sofa.

Selepas setengah jam Alvin berada di bilik, Alvin mengambil keputusan untuk keluar. Semasa dia berada di ruang tamu, dia melihat Gabriella tidur di sofa. Alvin mengeluh. Alvin melangkah ke arah Gabriella yang sedang tidur. Muka Gabriella di tutup dengan rambutnya. Alvin mengalihkan sedikit rambut Gabriella supaya dia dapat melihat muka Gabriella.

Alvin sedikit terkejut kerana mata Gabriella agak bengkak di sebabkan menangis. Alvin mula timbul rasa bersalah. Tak sepatutnya dia bersikap dingin tadi. Alvin menggendong Gabriella dengan gaya bridal style dan membawanya ke biliknya.

Alvin menyelimutkan Gabriella. Alvin memandang muka Gabriella lama. Dia mengamati setiap muka Gabriella. Selepas itu dia mencium dahi Gabriella sambil berbisik di telinganya.

"Sorry. Good night. Sweet dream." bisik Alvin lalu meninggalkan bilik Gabriella.

Sewaktu Alvin ingin melangkah ke biliknya. Alvin mendengar beberapa suara bising di bahagian luar. Alvin memusingkan langkahnya dan menurun anak tangga satu persatu.

"Hai bro. Tak tidur lagi ke?" soal Kevin.

Josh,Benny dan Eric hanya memandang ke arah Alvin.

"Taklah tengah tidur ni." perli Alvin.

Kevin hanya tersengeh mendengar jawapan Alvin.

"Bella tadi bangun? Dia dah makan belum?" soal Eric.

"Tadi dia dah bangun. Dah. Dia dah makan." jawab Alvin.

"Sekarang ni dia mana?" soal Josh pula.

Alvin hanya memandang Josh.

Kemudian dia memusingkan badannya dan melangkah kebiliknya semula meninggalkan mereka berempat di bawah.

"Dia masih marah kan aku ke?" tanya Josh.

Kevin dan Benny hanya mengangkat bahu.

"Kau gaduh dengan dia ke Josh?"

asudah.

Eric tanya pulak. Boleh pulak lupa Eric ada.

"Eh tak lah. Biasa lah dia cemburu dengan Josh sebab Josh terlebih care pasal Gabriella." kata Kevin selamba.

Josh pula tergelak mendengar jawapan Kevin.

"Dah lah. Jom tidur aku dah penat ni. Esok kita kena bincang pasal rantai tu lagi. Dah jom masuk tidur." kata Benny lalu pergi tinggalkan mereka bertiga.

Mereka bertiga pun mula pergi ke bilik masing-masing.

Continue Reading

You'll Also Like

748K 16.7K 20
Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah hingga dia mencatat segalanya di setiap...
94.2K 3.9K 40
[COMPLETED] Si jejaka yang agak kasar. "What's wrong with you? Lain kali jalan, tengok sekeliling. Please la jangan langgar orang sesuka hati." "Same...
239K 15.4K 44
#10 IN TEEN FICTION (25/01/2018) Perempuan memang pantang jumpa lelaki handsome dan hot ni. Mulalah mereka jerit meroyan jatuh pengsan dan seumpamany...
1.6M 68.6K 41
"Jangan harap aku layan kau macam bini aku. Kau takpe ar dah lama suka kat aku en? Aku ni yg seksa kena hadap kau!" -ZIYYAD MAZRUL Hati perempuan man...