Bab 45

8.4K 517 6
                                    

"Kevin. Dah boleh bukak ke?" soal Marsha.

"Bila saya kira sampai tiga baru awak bukak. Okayh?"

Marsha menganggukkan kepalanya.

Kevin mula mengira sampai tiga lalu Marsha membuka kain di matanya.

"Surprise!"

Marsha terkejut melihat mereka semua.

Kevin pula sudah tersenyum. Air mata Marsha sudah bergenang di tubir matanya. Terharu. Marsha tak sangka mereka akan menyambut hari kelahirannya. Ini kali pertama dia menyambut hari kelahirannya secara besar besaran. Maria datang ke arah Marsha lalu memeluknya.

"Selamat hari kelahiran Asha." bisik Maria di telinga Marsha.

"Terima kasih ibu." kata Marsha sambil teresak esak.

Air matanya pun sudah mengalir deras. Maria yang masih memeluknya, menepuk badan belakang Marsha dengan perlahan.

"Mulai dari hari ni, kamu bukan lagi tanggungjawab ibu." bisik Maria.

Air mata Marsha semakin deras apabila Maria berkata begitu. Dia ingin bersuara namun dia merasakan mulutnya taknak bergerak. Maria melepaskan pelukannya lalu mengelap air mata Marsha sambil tersenyum.

"Nikmati hari ini. Bergembira lah. Semua orang ada dekat sini untuk meraih hari kelahiran kamu. Berhenti menangis. Seluruh rakyat dunia wingstone akan berada di sini kejap lagi. Oh tak lupa juga Raja dari setiap kerajaan juga akan turut hadir. Jadi, tersenyumlah." kata Maria.

Marsha mengangguk lalu tersenyum. Maria mengalihkan pandangannya ke Kevin pula.

"Prince Kevin. Saya harap Prince dapat menjaga anak saya dengan baik." kata Maria.

Kevin tersenyum sambil mengangguk.

"Maria adalah ibu kepada Marsha bermakna Maria adalah ibu mertua saya. Boleh saya panggil Maria ibu?" soal Kevin sambil tersengih.

Maria tersenyum sambil mengangguk.

"Kalau macam tu, ibu tak perlu panggil saya Prince lagi. Panggil sahaja saya Kevin. Boleh?"

Maria diam sejenak. Lalu dia mengangguk.

"Makna nya Maria dah jadi ahli keluarga kita. jadi, Maria juga tak perlu panggil kami dengan panggilan Prince atau Princess. Okayh?" sampuk Josh.

Maria menoleh ke belakang.

"Tapi saya rasa..."

"Betul kata Josh. Kamu tak perlu panggil mereka dengan nama Princess atau Prince. Hanya bila ada acara penting sahaja baru mengguna gelaran itu. Dan korang pula harus memanggil Maria dengan panggilan Permaisuri Maria manakala Marsha, Princess Marsha." potong Raja Hendri.

Maria hanya akur saja.

"Okayh. Dah nak pukul 830 ni. Kejap lagi dieorang dah datang. Jom lah kita berkumpul dekat meja kek sana." kata Kevin.

Mereka semua mengangguk lalu bergerak ke arah meja kek yang bertingkat tingkat itu.

Beberapa minit kemudian, istana Crown sudah di penuhi banyak rakyat. Ada yang datang dari kerajaan rosetland iaitu kerajaan paling jauh. Ada juga dari kerajaan kristal. Raja dengan Permaisuri dari kerajaan lain. Setelah semua sudah berkumpul mereka mulakan acara memotong kek. Kemudian mereka boleh menjamu semua makanan yang sudah di sediakan dan juga ada acara berdansa. Suasana di istana Crown sangat meriah. Marsha berasa sangat sangat bahagia.

"Terima kasih korang." kata Marsha sambil memeluk mereka bertiga.

Mereka bertiga membalas pelukan Marsha. Kemudian mereka berempat melepaskan pelukan.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now