Bab 26

9.1K 532 3
                                    

"Gabriella. Hati hati dengan cikgu Goro. Dia ni lain sikit dari pada cikgu yang lain." bisik Benny kepada Gabriella.

Gabriella memandang ke arah Benny dengan dahi berkerut. Ya. Aku tahu muka dia garang dan aku dapat rasa aura yang amat lain daripada dirinya. Ceh. Aura konon. Semua itu dusta.

"Err. O.. Kayh."

"Gabriella ke depan." kata cikgu Goro dingin.

Tiada satu pun senyuman di bibirnya. Gabriella dengan teragak agak ke arahnya.

"Pantas!" jerit cikgu Goro sehingga Gabriella jadi kalut.

"Baiklah. Dengar baik baik apa yang saya nak cakap. Kamu hanya boleh guna tiga unsur asas sahaja. Iaitu air, api dan angin selain dari pada itu saya tak nak. Kalau kamu keluarkan kuasa lain kamu di kira gagal. Faham? "

Gabriella mengangguk paham.

"Bagus. Cabarannya senang sahaja. Kamu perlu kalahkan saya. Jika kamu berjaya kamu lulus." sambungnya lagi.

"Okayh baiklah. Mari mulakan." kata cikgu Falian.

"Eh. Sebelum itu. Kamu kena buat pilihan. Sama ada saya serang kamu dulu atau kamu nak serang dulu?" soal cikgu Goro.

Gabriella berfikir seketika.

"Suruh dia dulu Puteri." kata Clara di dalam minda Gabriella.

"Err. Cikgu Goro dulu."

ahli tahap tinggi tercengang dengan pilihan Gabriella.

"Bagus pilihan kamu budak." kata cikgu Goro sambil tersenyum sinis.

"Baiklah. Mulakan!" jerit cikgu Falian.
Cikgu Goro mula mengeluarkan tiga raksasa tanah. Gabriella terkejut. Raksasa yang sangat besar. Gabriella menelan air liurnya.

"Habis lah."

"Kau rasa dia boleh ke?"

"Weh aku tak nak tengok."

"Hish seram doh."

Ahli tahap tinggi berbisik antara satu sama lain. Mereka bersembilan memasang reaksi muka yang berbeza beza.

"Serang dia!" jerit cikgu Goro.

Raksasa mula menyerang Gabriella dengan beberapa tumbukkan. Gabriella pula hanya mampu mengelak sahaja.

"Puteri gunakan unsur air!" arah Clara.

Gabriella dengan pantas mengeluar tiga bebola air lalu bebola itu mengelilingi Gabriella.

"Muncullah wahai raksasa Air!" jerit Gabriella lalu tiga bebola itu berubah menjadi tiga raksasa air.

Yang lain terkejut.

"Tak sangka dia boleh wujudkan raksasa air." kata cikgu Ken.

"Haah. Ini boleh jadi perlawanan yang hebat." kata cikgu Falian.

"Hancurkan raksasa tanah!" jerit Gabriella lagi.

Raksasa air itu mula menyerang raksasa tanah itu bertubi tubi sehingga raksasa tanah itu hancur.

"Ceh. Tak sangka kau hebat budak." kata cikgu Goro.

"Cikgu apa kurangnya." kata Gabriella pula sambil tersenyum.

"Jangan seronok dulu. Itu baru permulaan." kata cikgu Goro.

"Angin taufan!" jerit cikgu Goro.

Muncul taufan yang sangat besar. Cikgu Falian dengan pantas membuat dinding perlindungan kepada ahli tahap tinggi supaya mereka tidak di tarik oleh angin taufan.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now