Bab 11

11.1K 668 15
                                    

"Alvin. Kau nak bawak aku kat mana ni?" soal Gabriella.

Alvin yang sedang drive hanya menjongket bahu.

"Eh dia ni kang. Cubit baru tau."

Alvin yang mendengar ugutan Gabriella pun ketawa.

"Taknak lah cubit. Nak cium."

Alvin memandang Gabriella sambil tersengeh lalu memandang kedepan semula. Gabriella sudah buat muka muntah.

Miang gila laki ni.

"Lebih rela aku cium tingkap ni daripada cium kau." kata Gabriella lalu melihat pemandangan di luar.

Alvin hanya ketawa saja.

Dia taknak merosakkan suasana bersama dengan Gabriella. Entah kenapa dia merasa bahagia bila bersamanya. Mungkin hatinya dah mula terbuka untuk Gabriella.

Kereta yang di pandu Alvin pun berhenti. Alvin mematikan enjen keretanya lalu keluar dari kereta. Gabriella yang melihat Alvin juga turut keluar.

"Kau bawak aku kat hutan Alvin?"

di depan Gabriella sekarang adalah hutan. Dia merasa hairan kenapa dia di bawa ke hutan.

"Jom jelah ikut aku. Kalau kau ikut aku confirm kau tak nak balik."

"Taknak. Entah entah kau nak culik aku. Atau pun kau nak bunuh aku."

Alvin yang mendengar ayat Gabriella terus menjentik dahinya. Gabriella merintih kesakitan.

"Sakit lah!"

"Sape suruh fikir macam macam. Aku ni takda lah sekejam tu. Lagi pun aku masih waras okayh."

Gabriella hanya tersengih.

Tangannya tetap menggosok dahinya yang sakit.

"Sudah sudah lah tu gosok kau punya dahi. Bukan sakit sangat pun. Dah jom."

Alvin menghulurkan tangannya ke arah Gabriella. Gabriella yang melihat tindakan Alvin terus berkerut.

"Apa? "

"Pegang aku. Aku taknak kau hilang nanti aku yang susah. Kat dalam tu bahaya sikit. Kalau tak nak aku tak paksa dan kalau kau hilang aku tak tanggung."

Alvin mula menarik tangan nya semula.

"Aku tak nak pegang kau. Aku nak peluk lengan kau. Baru betul rasa selamat." kata Gabriella sambil memeluk lengan Alvin.

Eh, Gabriella sejak bila pulak kau jadi gatal ni.

"Kenapa tak peluk pinggang aku je terus." kata Alvin sambil tersenyum sinis.

"Dah lah. Nak bawak aku masuk hutan ke tak? Kalau taknak jom balik."

Gabriella mula ingin melepaskan pegangannya tapi perbuatannya terhenti kerana di tahan oleh Alvin.

"Mengada. Tapi.. Kau tak takut ke kalau aku buat macam macam?"

Gabriella diam sejenak.

"Aku percaya kau."

Alvin terus tersenyum apabila Gabriella berkata seperti itu.

Mereka mula masuk ke dalam hutan bersama sama. Gabriella yang merasa sedikit takut cuba mengeratkan lagi pelukkannya. Oh come on Gabriella. Siang kut takkan takut. Di sebabkan Gabriella sebuk layan fikirannya dia tersandung membuatnya terpeluk badan Alvin. Terpeluk okayh terpeluk. Alvin yang terkejut terus memandang ke arah Gabriella. Gabriella hanya menayangkan giginya saja apabila Alvin membuat muka.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now