Bab 38

8.8K 516 3
                                    

"Prince Alvin. Lagi tiga hidangan biar kami je yang buat. Lagi pun Prince Alvin sudah siapkan tiga hidangan yang lain. Mesti Prince penat lagi pun dekat sini panas." kata tukang masak.
Alvin berhenti dari buat kerjanya lalu memandang ke arah tukang masak. Belum sempat Alvin bersuara muncul Gabriella.

"Biar saya tolong dia." sampuk Gabriella.

Tukang masak itu menoleh.

"Tapi..."

"Tak apa. Jangan risau. Saya dah biasa buat kerja dapur." kata Gabriella sambil senyum.

"Baiklah kalau macam tu. Saya pergi dulu." kata tukang masak lalu beredar.

Alvin menyambung semula kerjanya. Gabriella berdiri di sebelah Alvin.

"Em. Ada yang boleh aku tolong?" soal Gabriella.

Alvin berhenti membuat kerjanya sekali lagi lalu menghadap Gabriella. Alvin memandang matanya lama membuatkannya tidak selesa.

"Apa? Kenapa pandang aku macam tu?" soal Gabriella.

"Kau nak tolong aku?" soal Alvin pula.
"Nak." kata Gabriella sambil tersengih.

"Aku nak kau pergi duduk kat kerusi tu kejap." arah Alvin sambil menunjuk kerusi yang berada tidak jauh dari mereka.

Gabriella mula menuju ke kerusi itu lalu duduk. Alvin juga turut pergi ke arah Gabriella. Dia membungkuk lalu memegang bahu Gabriella.

"Aku nak kau duduk sini diam diam. Kerja kau cuma teman aku kat sini je. Jangan buat apa apa okayh?"

Gabriella membuat muka monyoknya.

"Alah. Nak tolong." rengek Gabriella.

Alvin tergelak.

"Mengada eh? Tak payah. Kau tolong tengok dan teman aku je. Dah aku nak sambung buat kerja nanti tak siap pulak." kata Alvin.

Gabriella pasrah.

"Yelah."

Alvin tersenyum sambil menggosok kepala Gabriella sehingga rambutnya rosak lalu dia menyambung semula kerjanya.

"Hish rosak rambut aku." kata Gabriella perlahan sambil membetulkan rambutnya semula.

Alvin yang mendengar Gabriella merungut hanya tersengih sahaja.

Semua sudah berkumpul di meja makan. Pelayan mula menghidangkan makanan yang di masak oleh Alvin.

"Woah. Macam sedap je." kata Kevin dengan matanya yang bersinar sinar.

"Macam je. Belum tentu sedap." sampuk Benny.

Alvin menjeling ke arah Benny.

"Dah jom makan." kata Eric.

Mereka semua mula makan.

"Wow. Sedapnya. Tak sangka Alvin pandai masak." puji Jessica.

"Betul tu. Aku yang adik dia pun tak pandai masak. Kalah lah kau Benny." kata Kevin sambil tersengih.

Benny membuat muka menyampah.

"Gabriella? Macam mana? Sedap tak? Tak nak puji Alvin ke?" soal Hendri.

Gabriella yang kusyuk makan terus mengangkat mukanya.

"Er.. Nak kena puji eh?" soal Gabriella selamba.

Mereka semua tergelak.

"Kena lah. Kiteorang semua nak tahu pendapat Gabriella jugak." sampuk Eric.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now