Bab 81

9.2K 560 31
                                    

"Sebab Rine dengan Gabriella ni macam langit dengan bumi. Berbeza sangat perangai dieorang." jawab Tristan.

"Apa yang beza? Gabriella ni siapa korang?" soal Rossa.

Dia sengaja soal seperti itu supaya yang lain tidak curiga. Benny, Kevin dengan Josh hanya diam saja.

"Bezanya dulu Rine ni jenis yang sangat sangat lemah lembut dan senang terpengaruh dengan orang. Dia ni terlalu baik sangat dengan orang sampaikan ada yang senang buat jahat dengannya. Dulu Alvin memang tak suka dia. Tak suka Alvin ni lagi teruk tak sukanya terhadap Gabriella. Betul tak Al?" kata James lalu memandang Alvin.

Alvin pula hanya buat muka kosongnya saja.

"Hah diam tu betul lah. Lepastu, sampai lah satu hari ni keluarga dia ada masalah dengan musuh dan ramai musuh mencari Rine ni untuk di buat tebusan. Tetapi musuh tak berjaya sebab Alvin selalu lindungi dia. Nak tak nak Alvin terpaksa melindungi dia. Rine sangat lemah dalam kuasa dia sebab tu Alvin tak suka dia. Alvin benci orang lemah. Kiteorang pun sama. Tapi tak bermaksud kiteorang benci Rine kiteorang cuma benci sikap lemah dia tu je. Jangan salah faham pulak." kata James.

Rossa hanya mengangguk saja.

"Nak tau lagi satu tak? Pasal kenapa Alvin dengan Rine boleh di satukan oleh keluarga dieorang sedangkan jodoh di tentukan oleh kitab suci."

"Kenapa?" soal Rossa ingin tahu.

"Sebab dulu umur dieorang masih mentah. Nama dieorang masih lagi tak tertulis di buku kitab suci tu lagi. Jadi, keluarga dieorang pun mencuba untuk satukan dieorang. Tapi malang tak berbau. Rine terbunuh masa peperangan." kata James.

"Kalau Gabriella pulak, dia lain. Yang ni biar Alvin ceritakan awal dia." kata Roy pula.

"Aku? Kenapa aku? Suruh lah Kevin ke Benny ke hah Josh tu ada dekat sebelah kau kenapa aku pulak." bantah Alvin.

"Alaa. Cerita je lah. Kau kan rapat dengan dia. Macam ni je. Kau cerita pertama kali kau jumpa dia. Kiteorang semua nak tau. Yang lain nanti kiteorang yang cerita. Okayh?" kata Roy.

Alvin mengeluh.

"Yelah. Pertama aku kenal dia dekat Negara Switerns. Waktu tu orang ilusi aku ambil dia dekat sekolah. Sebelum orang ilusi aku ambil dia, aku, Benny, Kevin, Josh dengan Eric ada pergi ke sekolah dia untuk jumpa dengan pengetua. Selepas tu, kiteorang dah nak balik. Tapi aku nak pergi tandas. Dieorang pulak tunggu aku kat kereta. Lepas pergi tandas, aku nampak dia tengah jalan tapi waktu tu dia kena baling sampah sarap dengan budak budak sekolah dia." kata Alvin.

"Ouh. Jadi sebab tu lah kau kasar dengan dia?" soal Josh.

Alvin mengangguk.

"Kenapa kau tak bagi tau kat kiteorang?" soal Kevin tak puas hati.

"Kalau aku bagitau pun kau nak buat apa?"soal Alvin pulak.

"Kiteorang boleh marah budak budak tu." jawab Benny.

"Dah lah. Lepastu?" kata Tristan.

"Bila dia sampai rumah kiteorang beli tu, aku keluar, sebab aku nampak dia macam takut. Dia cuba nak lari, jadi aku halang dia. Aku heret lah dia masuk. Dari situ mulanya aku tak suka dia. Tapi, aku punya tak suka kat dia ni tiba tiba berubah jadi suka."

"Kenapa tiba tiba kau suka? Bukan kau punya tak suka ni ambil masa lama ke nak suka orang?" kata William.

"Memang. Tapi sikap berani dia lawan aku balik tu yang penyebabnya berubah menjadi suka. Aku fikir dia macam Rine. Rupanya tak. Ayat dia lagi berbisa dari aku. Dari situ aku selalu cuba buat dia naik marah dengan aku."

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now