Bab 52

7.9K 511 0
                                    

"Macam ni jelah. Lebih baik kita tunggu sehingga matahari terbit. Kalau Gabriella tak balik bila matahari terbit baru kita cari dia. Lagi pun dia dah kata dia akan balik sebelum matahari terbit." kata Clara.

Alvin memandang Clara tak puas hati.

"Kalau kita tunggu,Gabriella dah nyawa nyawa ikan macam mana?" soal Alvin dengan nada dinginnya.

Clara tersenyum.

"Dia tak akan apa apa. Percayalah. Gabriella boleh jaga dirinya." jawab Clara dengan yakin.

"Okayh. Eric setuju. Kita tunggu Gabriella sampai matahari terbit." kata Eric.

"Mana ni Aden? Jauh lagi ke?" soal Gabriella.

"Tak. Kita akan sampai kejap lagi. Tapi aku rasa ada seseorang bersamanya."

"Siapa?"

"Aku tak tahu."

Aden memberhentikan langkahnya lalu merendahkan badannya.

"Turun." kata Aden.

Gabriella hanya menurut saja.

"Cuba ngintip." kata Aden lagi.

Gabriella mengangguk lalu dia mengintip di sebalik semak. Gabriella melihat seseorang sedang terbaring di salah satu pokok sambil memegang perutnya. Gabriella memandang semula ke arah Aden.

"Dia ke yang kau cari?" soal Aden.

"Aku tak pasti. Aku tak nampak muka dia. Aden. Aku rasa...aku tak..."

belum sempat Gabriella menghabiskan ayatnya, mereka berdua telah di serang oleh seseorang.

"Gabriella! Lari!" jerit Aden.

Gabriella cuba untuk lari namun kakinya telah di tarik oleh sesuatu sehingga dia keluar dari semak samun itu.

"Argh!"

Gabriella meraung kesakitan akibat lilitan akar duri di kakinya.

"Kau manusia." kata lelaki itu.

Gabriella tidak dapat melihat muka lelaki itu kerana matanya penuh dengan air mata.

"Kau budak yang duduk dekat istana Crown kan?" soal lelaki itu lagi.

"Kau....nak...ap...a?" soal Gabriella tersekat sekat akibat menahan sakit.

Lelaki itu tersenyum sinis.

"Mesti kau cari perempuan tua tu kan?" soal lelaki itu lalu menunjuk ke arah perempuan yang sedang bersandar di pokok.

Gabriella memandang ke arah yang di tunjuk. Walaupun dia tidak nampak tapi dia yakin itu Maria.

"Le...pas..kan di...a"

lelaki itu tersenyum sinis.

"Tak semudah tu aku nak lepaskan dia." kata lelaki itu.

Gabriella mengelap air matanya lalu tersengih.

"Kenapa kau senyum? Ada yang lawak ke?" soal lelaki itu apabila melihat Gabriella tersenyum.

"Orang bodoh." kata Gabriella perlahan tapi dapat di dengari lelaki itu.

"Apa kau cakap?!" marah lelaki itu.

Lelaki itu mula mengikat Gabriella dengan akar duri di sekeliling badan Gabriella. Gabriella cuba menahan rasa sakit di setiap badannya. Aden yang sedang menyorok di sebalik semak mula merasa marah. Dengan pantas dia menyerang lelaki itu dari belakang. Akar duri yang mengikat Gabriella terus saja terlepas.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now