Bab 23

10K 547 7
                                    

"Josh. mana Gabriella ni? Dah pukul berapa ni? Jom jelah kita pergi sekolah balik. Aku risau lah." kata Benny.

Josh hanya mengeluh sahaja. Ni bukan sekali je dia cakap benda yang sama tapi dah banyak kali. Risau betul dia dengan Gabriella. Aku yang dengar ni nak je baling buku kat kepala dia tu.

"Sabar lah. Dieorang balik punya. Yang kau nak risau sangat ni apasal? Alvin kan ada."

"Hish. Kalau Gabriella tak jumpa Alvin macam mana? Kalau dia balik jalan kaki macam mana? Kalau dia.."

Pakk!

"Sakit lah!" rungut Benny apabila Josh menghentak kepalanya dengan buku yang di bacanya.

Kan dah kena.

"Aku lagi sakit tahu tak? Sakit telinga aku dengar soalan kau tu. Mulut kau tu boleh diam tak?"

bengang Josh di buatnya. Benny mengeluh. Belum sempat Benny bersuara Kevin pula datang.

"Woi. Pahal muka monyok je?" soal Kevin lalu melabuhkan punggungnya di sofa.

"Ni ha. Si Benny risau dengan Gabriella." kata Josh.

Kevin memandang Benny dengan pandangan pelik.

"Apahal? Apa yang jadi? Aku tertinggal cerita gempak ke sekarang ni?" soal Kevin dengan sedikit nada bergurau.

Josh hanya diam dan teruskan sahaja membaca. Malas dia melayan si Kevin.

"Gab.."

tiba tiba Benny melihat Gabriella sedang berjalan beriringan dengan Alvin.

"Gab.. Apa kau ni?" soal Kevin apabila Benny tidak menyambung ayatnya.

Malah matanya seolah olah sedang memerhati sesuatu. Kevin memandang ke arah yang di lihat Benny. Baru dia paham apa yang di pandang Benny. Kevin mengalihkan semula pandangannya ke arah Benny.
"Woi!" sergah Kevin.

Pakk!

Pakk!

"Tak guna sakitlah!" marah Kevin sambil menggosok kepalanya.

"Jangan menjerit."

"Bising."

Josh dengan Benny kata seretak tapi berbeza ayat. Kevin hanya merungut kesakitan sahaja apabila kena pukul dan hentakkan buku dari Josh.

"Apa yang kau nak cakap tadi. Tak elok kalau tak habiskan ayat tu." kata Kevin apabila sakitnya sudah reda.

"Aku cuma nak kata Gabriella dah balik." kata Benny.

Kevin hanya mengangguk angguk.

"Oh ya. Mana Marsha? Asal kau ada kat sini? Kau tak jaga Marsha ke?" soal Benny.

"Dia ada dekat bilik. Aku nak jaga. Tapi, nanti dia pelik pulak aku terlalu care sangat pasal dia. Sebab tu aku ada dekat sini."

"Ouh. Hari kelahiran dia bila?" sampuk Josh.

Kevin berfikir seketika.

"Eh kau ni. Hari kelahiran dia pun kau tak ingat. Teruk betul." kata Benny sambil menggelengkan kepalanya.

"Diam lah kau."

Kevin menjeling ke arah Benny.

"Tak silap aku... Weh?!"

Josh dan Benny terkejut apabila Kevin menjerit tiba tiba.

"Kau apahal?!" marah Josh dan Benny.

Mana tak marah tetiba je menjerit. Fikir tak terkejut ke. Kevin sudah tersengih. Sengaja dia mengusik mereka berdua.

"Jangan lah marah. Hari kelahiran dia minggu depan." jawab Kevin selamba.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now