Bab 69

8.1K 491 10
                                    

Pagi pagi lagi Raja di setiap kerajaan telah berkumpul untuk menyiasat tentang kehilangan pengawal pengawal sebelum ini.

"Kita akan mula mencari punca kehilangan pengawal kita. Jadi, saya akan bahagikan beberapa kumpulan untuk mencari di setiap tempat bagi memudahkan kita mencari punca sebenar." kata Raja Hendri lalu melihat kertas di tangannya.

"Kumpulan pertama, Saya, Raja Fabian, Raja Norish dan Raja Darwin. Kumpulan kedua, Raja Adrian, Raja Justin, Raja Vernon dan Raja Stefhan. Manakala kumpulan tiga Prince Eric, Prince Alvin dan Princess Gabriella. Kumpulan pertama akan menjaga kawasan di sini, kumpulan dua pula akan meronda di kawasan bukit yang ada di sekitar kawasan ini. Manakala kumpulan tiga kawasan perhutanan." kata Raja Hendri panjang lebar.

"Kenapa mereka bertiga di kawasan perhutanan? Itu kan bahaya." kata Raja Norish.

"Saya sebenarnya memang tidak ingin mereka pergi ke kawasan hutan tapi ini permintaan dari Princess Gabriella." jawab Raja Hendri.

"Raja raja sekalian tidak perlu risau terhadap kami bertiga. Kami akan kembali dengan selamat. Yang penting pastikan Raja raja sekalian sudah berada di sini semula sebelum matahari terbenam. Dan jangan pergi kemana mana jika di antara Raja raja sekalian melihat sesuatu yang pelik." kata Gabriella.

Sebabkan tiada bantahan, mereka semua mula bergerak ke tempat yang telah di tetapkan.

Raja Jason melangkah ke penjara bawah tanah untuk melihat keadaan Marsha hari ini. Sampai sahaja di penjara, Raja Jason melihat Marsha sedang termenung.

"Apa khabar Marsha? Macam mana? Kamu dah buat pilihan." kata Raja Jason dengan menggunakan bahasa sopan.

Marsha memandang ke arah Raja Jason.

"Apa kau buta? Kau nampak aku dalam keadaan baik ke?" soal Marsha sinis.

Raja Jason tersenyum.

"Saya akan melepaskan kamu jika kamu ingin bekerjasama. Dan saya tak akan meletakkan kamu di ruang seperti ini. Malah saya akan sediakan bilik yang selesa untuk kamu."

Marsha berfikir sejenak tentang kata kata Raja Jason.

"Aku akan bekerjasama dengan kau. Tapi kau perlu tunaikan satu permintaan aku terlebih dahulu."

"Apakah permintaan kamu?"

Gabriella, Alvin dan Eric mula menyusuri semak samun yang tebal itu. Eric yang dari tadi melihat Gabriella seperti mencari sesuatu, menegurnya.

"Bella sebenarnya cari apa? tak habis habis cari dekat sini je." soal Eric.

Gabriella berhenti dari pencariannya lalu memandang Eric.

"Semalam Bella nampak sesuatu dekat sini, sebab tu Gabriella cari dekat sini je." jawab Gabriella lalu menyambung semula pencariannya.

"Nampak sesuatu? Apa dia?" soal Eric ingin tahu.

Alvin hanya mendiamkan dirinya saja. Kalau tak di sebabkan dia masih kecewa dengan Gabriella dia takkan senyap saja.

"Ia pusaran yang mengeluarkan cahaya putih."

"Bella yakin ke dekat sini?" soal Eric ingin kepastian.

Gabriella menganggukkan kepalanya.
"Hish. Bosan pulak aku. Nak cari tempat lain lah." rungut Alvin lalu pergi meninggalkan Gabriella dan Eric.

"Alvin! Kau nak pergi mana!" jerit Eric kemudian mengejar Alvin.

Tinggal Gabriella bersendirian.

Gabriella mengeluh apabila dirinya di tinggal. Dia menyambung semula pencariannya. Sedang dia berjalan, Gabriella seperti mendengar sesuatu bunyi seperti pusaran angin. Bila dia cuba mencari asal bunyi pusaran itu, semakin lama semakin kuat bunyinya.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now