Bab 2

18.6K 874 22
                                    

Sampai sahaja di depan pintu bilik, aku memusingkan tombol pintu dan melangkah masuk ke dalam. Aku terpukau dengan kecantikan bilik ini. Walaupun lebih kepada warna putih, tetapi tetap menarik. Aku menutup pintu bilik dan menguncinya. Bahaya kalau tidak di kunci nanti ada yang masuk. Aku meletakkan beg sekolah aku di kerusi dan melangkah ke arah tingkap. Aku melihat pemandangan diluar, ia membuatkan hati aku merasa tenang. Setelah beberapa minit aku melihat pemandangan di luar, aku mula membuka langkah untuk membersihkan diri. Setelah mandi, aku menuju ke pintu yang bertandakan bilik pakaian.

 Setelah mandi, aku menuju ke pintu yang bertandakan bilik pakaian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terkejut beruk aku bila tengok semua baju ni. Biar betul mamat ni. Banyak betul dia beli. Nasib tak seksi. Macam tau-tau je aku ni lebih suka pakai jeans and t-shirt. Aku mula memilih baju yang sesuai untuk aku. Aku mula-mula ragu nak memakainya tapi akhirnya keraguan aku hilang kerana baju yang aku pakai muat-muat dengan aku. Aku memakai baju berlengan panjang berwarna hijau tourqoise,seluar jeans hitam dan aku menggulung rambut aku yang terjurai.

 Aku memakai baju berlengan panjang berwarna hijau tourqoise,seluar jeans hitam dan aku menggulung rambut aku yang terjurai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sedang aku menggulung rambut aku, aku mendengar bunyi ketukan di pintu. Aku dengan pantas melangkah ke pintu dan membukanya. Argh! Mamat poyo ni lagi.

"Hah. Ada apa?" tanya aku tak puas hati.

Aku tak tahu dari mana datangnya perasaan berani kat mamat ni. Sedangkan aku ni jenis penakut dengan orang. Maklumlah orang lemah katakan. Aish. Mamat ni dah lah tak jawab soalan aku lepas tu usha aku sampai atas ke bawah pulak tu. Apa? Fikir aku ni tak cantik ke? Perasan jap.

"Hello Mr. Alvin Ada apa ketuk bilik aku?" tanya aku lagi sekali sambil melambai di depan mukanya.

Kalau boleh nak ketuk je kepala dia tapi, aku ni kan baik. Cewah.

"Ni lah perempuan. Duduk rumah je pun nak dandan lebih-lebih. Kau tau tak semua orang dah tunggu kat bawah nak makan malam. Kalau aku lah kan, nak je makan dulu. Malas nak tunggu kau yang lembab ni."

setelah dia berkata seperti itu, dia terus pergi meninggalkan aku yang sedang ternganga dengan katanya itu. Hati aku bagaikan di cucuk beribu-ribu pisau.

Haish kau ni Gabriella lemah sangat lah kau ni. Dia baru je kata macam tu, kau dah nak nangis. Ni baru sikit. Aku mengelap air mata aku dengan kasar. Kau tunggu lah mamat annoying. Dengan kau aku tak boleh duduk diam. Kau nak lawan dengan aku kan? Okayh. Kita tengok sapa yang kalah.HAHAHA. Over lak. Aku pun mula melangkah turun satu persatu anak tangga.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now