Bab 87

9K 510 19
                                    

Rossa menyandarkan badannya di sofa. Dahinya di picit. Makin lama makin pening kepalanya. Dia perlu menyelesaikan masalah Tuan Smith secepat mungkin. Namun dia masih lagi belum menemui cara untuk menghantar semula Robert ke tempat asalnya. Tiba tiba dia teringat Nilon. Lelaki yang dia temui di kerajaan Bunian. Entah kenapa dia boleh teringat lelaki itu. Yang penting dia yakin Nilon dapat membantunya. Rossa tersenyum makna. Tapi, ada satu masalah. Macam mana dia ingin berjumpa dengan Nilon sedangkan Nilon sekarang berada di Kerajaan Bunian. Sekali lagi Rossa memicit dahinya. Bunyi pintu di ketuk. Rossa melihat ke arah pintu.

"Masuk."

pintu bilik terbuka. Afendo melangkah masuk ke dalam.

"Maaf menganggu." kata Afendo sambil menunduk hormat.

"Ada apa?" soal Rossa.

"Ada seseorang ingin bertemu dengan Puteri." kata Afendo.

"Siapa? Di mana?"

"Dia kata lelaki yang Puteri perlukan. Dia minta Puteri ke Taman tema."

Rossa diam sejenak.

"Baiklah. Sediakan kenderaan untuk saya."

Afendo mengangguk lalu pergi.

Rossa berjalan sambil melihat sekitar taman Tema. Di taman tema tidak banyak permainan di buka hanya segelintir sahaja. Mungkin nanti malam baru semuanya di buka. Terimbas pula kenangan dia bersama Alvin apabila melihat Roda gergasi. Terasa rindu pula kepada lelaki itu. Entah apa yang di buat lelaki itu pun dia tak tahu. Rossa menggelengkan kepalanya. Dia tak mahu memikirkan tentang lelaki itu. Lelaki itu telah membuat dia menjadi lemah. Dia tak mahu menjadi lemah.

"Oi." tegur seseorang.

Rossa menoleh.

"Ni..lon?"

lelaki itu tersengih.

"Tak sangka kau ingat nama aku lagi."
"Kau buat apa dekat sini? Bukan kau dekat Kerajaan Bunian ke?" soal Rossa.

Tak sangka Nilon akan berada disini.

"Entahlah. Aku rasa ada orang cari aku. Tapi tak tahu pulak siapa. Hati aku terdetik nak pergi dunia ni." kata Nilon selamba.

"Macam mana kau boleh pergi ke dunia ni?"

Nilon ketawa apabila Rossa menyoalnya seperti itu.

"Ada yang kelakar ke?" soal Rossa blur.

"Kau memang tak pernah berubah. Masih lagi sikap lembab."

naik angin Rossa bila Nilon mengatanya lembab.

"Jom ikut aku. Nanti orang pandang kau pelik pula."

"Pergi mana?"

"Jom je lah. Banyak tanyalah budak ni."

Sampai sahaja, mereka berdua turun dari kereta. Rossa melihat rumah yang sederhana besar di depannya.

"Rumah siapa ni?" soal Rossa.

"Rumah aku lah. Rumah siapa lagi." jawab Nilon.

Pintu rumahnya di buka.

"Jom masuk."

mereka berdua melangkah masuk.

"Kau sorang je ke?" soal Rossa.

Kemudian dia duduk di sofa.

"Kau tak nampak ke kita berdua."

Rossa memandang Nilon tidak puas hati.

"Rileks lah. Cuba jangan emosi. Ingat, kau tu kena kawal emosi. Tak pasal pasal rumah aku meletup." katanya sambil tersengih.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now