Bab 79

9.3K 528 23
                                    

Penduduk di kampung Bahtera berlari bertempiaran akibat serangan dari musuh. Ada yang menjerit meminta tolong dan ada yang menangis akibat kehilangan ahli keluarga. Keadaan kampung itu musnah. Semua rumah habis terbakar. Eric dan Raja Hendri membantu penduduk di situ keluar dari perkampungan itu manakala Mark dan Romeo cuba memusnahkan Ahli sihir yang cuba menghancurkan tempat tinggal penduduk kampung itu.

Rossa, Alvin, Benny, Kevin dan Josh yang baru sahaja sampai di kampung Bahtera terkejut melihat keadaan kampung itu.

"Benny, Kevin. Aku nak korang tolong Eric dan Raja Hendri keluarkan orang kampung. Josh pula aku nak kau keluarkan naga dan padamkan semua api ni." arah Rossa.

Mereka bertiga mengangguk lalu bergerak menyelamatkan orang kampung.

"Alvin, kau ikut aku musnahkan musuh."

Alvin mengangguk. Mereka berdua melangkah ke arah Mark dan Romeo.

"Berhenti." arah Rossa kepada Mark dan Romeo.

Penutup kepalanya di tarik ke depan sikit. Romeo dan Mark berhenti berlawan setelah mendengar suara Rossa.

"Apa yang kamu semua nak? Kenapa menyerang perkampungan ini?" soal Rossa kepada ahli sihir itu.

Ahli sihir itu tersenyum sinis.

"Siapa kau? Perlu ke kami menjawab soalan kau?" kata salah satu ahli sihir.

"Soalan di balas dengan soalan. Bagus. Baiklah kalau kau tidak mahu menjawab soalan aku. Tapi, aku takkan membiarkan kamu semua hidup setelah apa yang kamu lakukan. Takkan ada satu pun yang terlepas dari aku." kata Rossa dingin.

Semua Ahli sihir itu ketawa mengejek.

"Takut sungguh aku mendengar ugutan kau. Hei! Kau jangan ingat kami ini senang di kalahkan! Kami ini adalah Ahli sihir. Dari jauh kami boleh menyerang kamu semua tanpa menyentuh!" kata salah satu ahli sihir dengan angkuh.

"Baiklah. Tunjukkan aku kalau kau boleh mengalahkan kami dengan tanpa menyentuh." cabar Rossa.

Ahli sihir itu mula merasa geram.

Ahli sihir itu mula membaca manteranya sebelum menyerang. Manakala Rossa pula menyuruh Mark, Romeo dan Alvin merapat ke arahnya. Muncul satu Aura hitam yang telah di hasilkan oleh ahli sihir itu lalu menyerang mereka berempat.

"Sinaran bulan!" kata Rossa lalu muncul cahaya putih dan menghalang aura hitam itu.

Sekelip mata sahaja aura hitam itu hilang. Anak mata Rossa sudah bertukar menjadi warna grey.

"Mark! Keluarkan kuasa tujuh Bintang!" arah Rossa.

Mark mengangguk lalu mengeluarkan kuasanya. Muncul tujuh Bintang di sekeliling badannya. Tangannya mengarahkan ke depan lalu tujuh Bintang itu berada di atas ahli sihir itu dan mengelilinginya.

"Romeo! Dinding kaca!" arah Rossa pula kepada Romeo.

Romeo terus sahaja mengeluarkan dinding kaca yang sangat tinggi di sekeliling ahli sihir itu sehingga mereka tidak dapat keluar. Sedikit pun Rossa tidak memberi peluang kepada mereka untuk menyerang semula dan Rossa tersenyum sinis.

"Cubalah kau keluar jika kau mahu mati." kata Rossa kepada ahli sihir itu.

"Tak guna! Siapa kau sebenarnya?!" marah salah satu ahli sihir itu.

"Mungkin kau tak perlu tahu siapa aku. Aku cuma ingin tahu kenapa kau menyerang perkampungan ini?"

"Nampaknya kau mahu sangat mengetahuinya. Baiklah. Aku akan memberitahunya. Kami menyerang perkampungan ini hanya suka suka. Sudah lama kami tidak melihat kerajaan ini musnah. Jadi sebab itu kami menyerang." jawab salah satu ahli sihir sambil ketawa jahat.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now