Bab 54

8.3K 505 8
                                    

"What?!" jerit mereka serentak.

"Woi. Apahal jerit jerit ni?" soal Alvin yang sedang menuju ke arah mereka bersama Kevin.

Lalu mereka berdua mengambil tempat kosong untuk duduk. Mereka semua tidak melayan pertanyaan Alvin malah mereka menyoal ke arah Benny bertubi tubi.

"Serius Ah?"

"Sejak bila?"

"Asal tak bagi tahu?"

"Macam mana pulak boleh jadi pasangan?"

"Umur Clara berapa?"

Dan soalan seterusnya.

Gabriella yang melihat rakanna hanya menggelengkan kepala sahaja. Benny pula sudah pening kepala mendengar soalan mereka.

"Woi! Satu satu lah! Pening kepala dia." kata Josh yang mula naik rimas.

Mereka tersengih.

"Dah diam. Aku akan cerita dari awal. Macam ni..."

Benny mula menceritanyakan sehingga habis walaupun ada sedikit yang dia tipu. Selesai sahaja berborak dan bercerita, mereka semua meminta diri untuk balik ke rumah masing masing kerana hari sudah mulai senja. Di ruang tamu hanya ada Jessica, Clara, Marsha, Benny, Kevin dan Gabriella. Josh pula pergi menghantar Yora pulang ke kerajaan Yorthan.

"Kak Jess. Eric mana? Tak nampak pun dari tadi?" soal Gabriella.

"Eric dia tengah ronda ronda kawasan larangan. Kejap lagi balik lah tu."

Gabriella menganggukkan kepalanya.

"Hah dah balik pun dia." kata Benny pula sambil melihat ke arah Eric yang sedang menuju ke arah mereka.

Dari jauh Gabriella sudah dapat melihat muka Eric yang tidak berapa ceria. Tiada senyuman pun di bibirnya.

"Semua berkumpul dekat bilik mesyuarat." arah Eric tegas.

Mereka semua tidak bersuara dan mula ke bilik mesyuarat. Jessica juga hanya turut mendiamkan diri dan bergerak ke bilik mesyuarat.

"Mana Josh?" soal Eric.

"Dia hantar Yora." jawab Alvin.

Setelah mendengar jawapan dari Alvin, Eric terus meninggalkan Gabriella dan Alvin. Gabriella mula merasa hairan.

"Eric kenapa?" soal Gabriella kepada Alvin.

Alvin hanya mengangkat bahunya saja. Gabriella mencebik.

"Dah jom. Sini aku dukung." kata Alvin.

Belum sempat Gabriella membantah Alvin sudah mendukungnya dahulu dengan gaya bridal.

"Alvin!" marah Gabriella sambil memukul dada milik Alvin.

Alvin hanya tersengih saja. Sampai sahaja di bilik mesyuarat, mereka semua duduk di meja bulat yang Agak besar.

"Lepas sahaja habis, kalau Josh tak sampai jugak. Aku nak korang bagitahu dia apa yang dia tak tahu. Faham?"

mereka semua mengangguk kepala kecuali Gabriella. Dia hanya mampu memasang muka blur saja. Eric mengalihkan pandangannya ke arah Gabriella.

"Princess Gabriella." panggil Eric.

"Hah? Ye?" jawab Gabriella terkebil kebil.

"Saya nak tahu siapa Clara sebenarnya. Saya nak kamu ceritakan perkara sebenarnya. Saya tahu kamu ada sembunyikan sesuatu. Jadi saya nak kamu ceritakan." kata Eric secara formal.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now