Bab 61

7.7K 496 15
                                    

"Bella."

Gabriella menoleh apabila namanya di panggil.

"Eric. Ada apa?" soal Gabriella.

"Boleh kita bercakap berdua?"

"Bukan ke kita tengah bercakap berdua? Ada orang lain ke?"

Eric tersenyum.

"Kalau macam tu kita cakap dekat rooftop."

"Hm. Okayh."

mereka berdua mula bergerak ke tingkat paling atas. Setelah sampai di rooftop, Gabriella terpegun melihat pemandangan di depannya.

"Bella tak pernah pergi sini ke?" soal Eric apabila melihat reaksi Gabriella.

Gabriella menggelengkan kepalanya.

"Alvin tak bawak pergi sini ke?"

Gabriella memandang Eric.

"Kenapa kena Alvin yang bawak Bella dekat sini?"

"Ini tempat dia. Kalau dia ada masalah ke atau sunyi ke dia akan datang sini. Dan lagi satu kalau nak datang sini kena mintak izin. Kalau tak dia akan marah." kata Eric lalu melihat pemandangan di depannya.

"Ouh." sepatah sahaja yang di kata Gabriella.

"Bella masih lagi marah Eric eh?" soal Eric.

Gabriella menggelengkan kepalanya.

"Eric tahu Eric melampau waktu tu, Eric nak mintak maaf dekat Bella atas apa yang Eric cakap haritu." kata Eric lalu memandang ke arah Gabriella.

"Jangan minta maaf dekat Bella. Minta maaf dekat Clara."

"Dah. Eric dah minta maaf dekat dia."
Gabriella memandang Eric.

"Kalau dah tak ada apa apa, Bella masuk dulu."

belum sempat Gabriella pergi Eric manahan bahu Gabriella.

"Eric ada masalah."

Gabriella memusingkan badannya.

"Eric tak layak jadi pemimpin." katanya lagi.

"Kenapa Eric kata macam tu?" soal Gabriella hairan.

"Yelah Eric suka menuduh orang sesuka hati."

"Dah lah Eric. Benda dah lepas. Bella pun dah tak fikir lagi pasal tu."

"Jadi Bella tak marah? Bella dah maafkan Eric ke?" soal Eric teruja.

"Bella tak marah Eric cuma Bella kecewa je. Lagi pun Bella dah maafkan Eric lama."

Eric tersenyum.

"Terima kasih sebab maafkan Eric."

Gabriella mengangguk kepala.

"Tadi Eric kata ada masalah. Cerita lah. Mana tahu Bella boleh tolong ke."
"Okayh. Macam ni..."

Eric mula menceritakan masalahnya kepada Gabriella.

"Jadi sebab ini lah Eric tuduh Clara?"

Eric mengangguk.

"Hm. Kalau macam tu Bella akan ikut Eric pergi perbincangan tu."

Eric terkejut mendengar ayat Gabriella.

"Tapi Bella, perbincangan tu hanya untuk pemimpin je."

"Eric. Nantikan Bella jadi pemimpin jugak, biarlah Bella nak ikut. Lagi pun dah masanya Bella kena tahu semua ni."

Eric diam sejenak.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now