Bab 68

8.6K 504 13
                                    

Hari ini adalah hari yang di nanti nantikan oleh Gabriella. Semua Raja di seluruh kerajaan telah berkumpul di Kerajaan Ruen. Gabriella melihat sekeliling kawasan kerajaan Ruen. Semuanya terlihat cantik. Cuma tiada orang yang duduk di kerajaan ini. Sampai sahaja di kawasan penginapan, Gabriella masuk ke dalam sebuah rumah yang agak kecil.
"Kau nak duduk sini ke?" soal Alvin yang sedang menemani Gabriella.

Gabriella menganggukkan kepalanya.

"Semua orang pilih sebelah sana. Kau tak takut ke duduk dekat sini?" soal Alvin lagi.

"Tak. Tak takut pun." kata Gabriella sambil meletakkan begnya di sofa lalu melabuhkan punggungnya.

Alvin juga turut melakukan perkara yang sama.

"Siapa yang jaga kerajaan ni?" soal Gabriella tiba tiba.

"Maksud kau?"

"Kerajaan ni kan tak ada penghuni, tapi bila aku tengok tempat ni cantik je."

"Ouh. Raja Fabian dari kerajaan Kristal yang jaga kerajaan ni."

Gabriella mengangguk paham.

"Sebelum berlaku peperangan siapa yang memerintah kerajaan ni?" soal Gabriella lagi.

"Raja Jason. Dia kekanda kepada Raja Fabian."

"Mana Raja Jason? Dia pun ikut menghilang juga ke?"

"Dia dah tak ada."

"Apa? Sebab apa?" soal Gabriella sedikit terkejut.

"Dia di temui mati sebelum berlakunya peperangan. Seseorang telah membakarnya hidup hidup sehingga mayatnya sudah tiada rupa yang jelas lagi. Selepas sahaja peperangan, Raja Fabian menjaga kerajaan ni. Dia yang mengubah tempat ni jadi lebih cantik dan dia juga lah membuat tempat penginapan untuk kerajaan lain yang bersinggah di sini." terang Alvin.

"Masalah kehilangan pengawal atau orang kepercayaan ni sejak bila berlaku?"

"Dah lama. Cuma sekarang je makin teruk."

Gabriella terangguk angguk mendengar Alvin berkata. Setelah itu mereka berdua mendiamkan diri. Setelah beberapa minit mendiamkan diri, Alvin bersuara.

"Lagi tiga hari nak hari kelahiran kau." kata Alvin.

Gabriella tersenyum pahit.

"Lepas je hari kelahiran kau, hidup kau akan berubah. Tak boleh lah aku nak sweet dengan kau." kata Alvin dengan nada sayunya.

"Kenapa pulak?"

"Yelah. Nantikan kau dah jumpa pasangan kau, aku mana boleh dah rapat dengan pasangan orang. Tak pasal pasal kena belasah dengan pasangan kau." kata Alvin sambil tersengih.

"Kita kan kawan. Pasangan aku takkan belasah kau punya. Jangan risau."

"Betul jugak." kata Alvin setuju.

"Tapi..."

Gabriella tidak menghabiskan ayatnya. Dia tidak tahu sama ada ingin jujur atau tidak.

"Kenapa? Kau ada masalah ke?" soal Alvin.

"Tak ada apa lah. Lupa kan."

"Betul ni?" soal Alvin ingin kepastian. Gabriella menganggukan kepalanya.

"Dah lah. Aku nak mandi. Kau pergi lah rumah kau sana." kata Gabriella lalu menolak bahu Alvin.

"Eh dia ni. Halau pulak."

Gabriella tersengih.

"Sebelum tu. Kau pakai loket dari bonda tak?"

Gabriella mengangguk lalu menunjukkan loket yang berada di lehernya.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now