Bab 48

7.8K 511 3
                                    

Selesai sahaja kelas akedemik, mereka semua mula pergi ke dewan untuk kelas kuasa.

"Korang pergi dewan dulu lah. Aku nak pergi toilet kejap." kata Gabriella kepada Yora dan Marsha.

"Aku teman eh?" kata Marsha.

Gabriella mengangguk.

"Sorry. Aku tak dapat teman. Aku kena masuk cepat." kata Yora pula.

"Sokay. Pergilah."

Yora mengangguk lalu pergi ke dewan manakala Marsha dengan Gabriella pula pergi ke toilet.

Semasa sedang menuju ke toilet, Gabriella merasa tidak selesa. Dia merasakan ada sesuatu mengikutinya. Marsha yang berjalan di sebelahnya mula berasa hairan.

"Kau okayh tak ni? Aku tengok macam gelisah je." kata Marsha.

"Aku....aku okayh." kata Gabriella lalu mencuba untuk bertenang.

Sampai sahaja di toilet, Gabriella terus masuk ke dalam manakala Marsha hanya tunggu di luar. Setelah Gabriella selesai, Gabriella melihat beberapa perempuan sedang bercakap dengan Marsha. Dengan pantas dia pergi ke arah Marsha.

"Woah. Tak sangka kita berjumpa budak baru." kata Sherine kepada Gabriella.

Gabriella memandang ke arah Sherine dengan pandangan kosong.

"Bella jom." kata Marsha lalu cuba untuk pergi namun di halang oleh Sherine.

"Tunggu lah. Aku belum habis cakap ni. Aku bukan nak buat apa apa pun. Cuma nak cakap sikit dekat budak baru ni." kata Sherine sambil menolak bahu Gabriella.

"Jangan berani kau sentuh dia!" marah Marsha.

Sherine, Viora dan Gressa ketawa apabila melihat Marsha marah.

"Wush. Marah. Baru sikit je aku tolak belum lagi aku seksa dia."

"Dah lah sherine. Kau nak apa sebenarnya. Kiteorang malas nak layan orang macam korang ni. Buang masa." kata Marsha.

"Okayh okayh. Aku cuma nak cakap sikit je dekat budak baru ni. Eh budak baru. Kau jangan ingat kau cekek aku kau dah hebat lah? Sikit pun aku tak takut. Aku akan buat kau lebih terseksa daripada apa yang kau buat dekat aku." kata Sherine sambil tersenyum sinis.

"Ohya? Hm. Takutnya. Jangan pandang rendah dekat aku budak. Aku tunggu hari pengseksaan kau tu." kata Gabriella.

Kemudian dia menarik Marsha pergi meninggalkan mereka berempat. Sherine mula terasa bengang.

"Tengoklah nanti."

Habis sahaja kelas kuasa, pelajar pelajar mula berpusu pusu pulang ke rumah. Sampai sahaja di Istana, Gabriella terus masuk ke dalam biliknya lalu mengunci pintu biliknya. Eric yang melihat Gabriella langsung tidak menegurnya mula merasa hairan.

"Korang berempat sini kejap." panggil Eric.

"Ada apa?" soal Benny.

"Bella kenapa? Dia ada masalah ke?"

"Entah lah. Sejak tadi pagi lagi dia memang macam tu. Tak banyak bercakap." jawab Kevin pula.

Eric mengalihkan pandangannya ke arah Alvin.

"Kau gaduh dengan dia ke?" soal Eric.
Alvin menggelengkan kepalanya.

"Hm. Tak apa lah. Nanti aku cuba tanya dia."

"Oh ya Kevin. Marsha mana?" soal Eric pula kepada Kevin.

"Dia dah masuk dulu tadi. Dia pergi cari ibu dia kejap."

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now