Kampung Arcarius kelihatan lenggang tatkala kami tiba. Hanya kelihatan beberapa bunian salji dan Yeti berjalan di kawasan lapang.
Cuaca sejuknya mencengkam tulang. Angin gunung yang menghembus kuat membuatkan Eilya memegang baju sejuk berbulunya erat.
Aku mengikat tali kuda di kandang dan mendukung Ciry. Gadis serigala hanya tersenyum kelat ketika kami berjalan ke pintu gerbang.
Setelah 3 jam menuruni anak tangga untuk ke bawah gunung, kami berjalan pula ke jeti. Draligan kelihatan sedang memberi arahan pada pekerjanya.
'Aiden!' Dia bingkas mendapatkan aku apabila menyedari aku datang kepadanya sambil mendukung Ciry.
'Mujur kau tak bertolak lagi, Draligan... Aku perlukan pertolongan kau sekali lagi...' Aku berkata dengan nada tenang. Draligan mengerut dahi melihat Ciry di pangkuan aku.
'Ciry..Lama tak jumpa... Hmm...Kenapa ni...?' Draligan menyoal pelik. Aku terus berjalan ke kapal dagangnya.
'Panjang ceritanya...Sekarang, aku nak balik ke Azeroth.. Boleh aku tumpang kau?'
'Dengan senang hati, Tuan!' Draligan berkata lalu berjalan ke deck dan membuka pintu kabin kayu untuk aku.
Aku terus masuk bersama Eilya. Perlahan-lahan, aku meletak Ciry di atas katil. Eilya menurunkan hood merah dari kepalanya.
'Berehatlah Aiden...Lagi sejam kita bertolak ke Suffolk..' Draligan berkata lalu beredar pergi dari kami. Aku mengusap lembut rambut Ciry....
'Saya pergi ambil air panas...' Eilya berkata lalu keluar dari bilik. Meninggalkan aku bersama Ciry.
Baju sejuk Ciry aku buka butangnya separas dada. Keadaan bahunya aku teliti seketika. Hmmm....Bisanya merebak perlahan. Terima kasih pada Eilya kerana rawatan dia sebanyak sedikit membantu...
'Awak risau....' Ciry menegur tatkala aku asyik meneliti keadaan bahunya itu. Matanya memandang aku sayu.
'Mestilah aku risau... Racun Medussa makin merebak ke jantung kau..' Aku membalas tegurannya. Ciry tersenyum.
'Hurmm... Mesti ada penawarnya...Jangan risau sangat, ok..?' Ciry berkata perlahan. Aku tersenyum hambar kepadanya...
Dia langsung tak berubah...
Sentiasa menenangkan hati aku walaupun dalam keadaan genting macam ni...
Ciryla...
'Aiden, tolong keluar dari kabin ni...? Saya nak rawat Ciry...'
Teguran Eilya membuatkan aku tersentak. Gadis musang meletak air panas di atas meja kayu seraya duduk di sebelah Ciry. Baju sejuk Ciry dia tanggalkan tatkala aku berdiri di depan pintu.
'Rawat dia setakat mana boleh, Eilya..' Aku berkata lalu keluar dari kabin itu. Gadis musang hanya mengangguk...
********************************************
Hmmmm...
Pasti ada penawar, bukan?
Setiap racun pasti ada penawarnya...Aku yakin...
Pasti ada...
Celaka Zidane...
Tergamak dia perangkap aku...
Selepas ni, aku tak boleh percayakan sesiapa sewenang-wenangnya...
Haih...
Aku meraup muka dengan tapak tangan kemudian mendongak memandang bulan yang mengambang indah di langit...
Suasana di atas deck sunyi sepi. Tiada anak kapal yang berjaga. Mereka semua berehat di dalam kabin masing-masing.
'Pasti ada penawarnya...' Aku mengeluh perlahan lalu tunduk memandang laut...
Hmmm....
'Apa awak omelkan tu..?'
Aku menoleh ke belakang apabila mendengar suara menegur perlahan. Ciry tersenyum membalas pandangan aku.
'Ciry...Kau sepatutnya berehat...Bukan berjalan ke sini...' Aku menegur seraya mendapatkan dia. Ciry menolak perlahan badanku ketika aku cuba mendukung dia untuk balik ke kabin.
'I need some fresh air...' Dia berkata lalu duduk di atas birai kayu. Hmmmm....Aku mengerut dahi melihat dia yang sedang memerhati bulan...
Aku berjalan dan duduk di sebelah dia. Gadis serigala itu terus menerus memerhati bulan. Rambut ikal mayangnya yang berwarna putih susu meliuk lembut mengikut deruan angin malam...
'Eilya mana...? Tidur...?' Aku menyoal perlahan. Ciry mengangguk...
Kami berdiam diri seketika...Tidak tahu apa nak dibualkan...
'Cantik bulan malam ni kan, Aiden?' Ciry berkata tiba-tiba seraya menoleh ke arah aku.
'Yes... Cantik...' Aku membalas ringkas. Ciry tersenyum hambar kemudian kembali menatap bulan.
'Is it true...?' Dia menyoal tiba-tiba setelah berdiam diri selama 15 minit. Aku mengerut dahi...
'True...? What...?'
'Apa yang Medussa katakan di gua Proux semalam..?'
'Apa yang dia katakan...?'
'That you love me...?' Ciry menyoal lalu memandang aku. Aku menggosok belakang leher. Hmmm.....
'Tak perlu jawab, Aiden...Saya tahu apa jawapan awak...'
'Apa jawapan aku...?'
'Awak dah ada Eilya... Saya faham...Awak tak perlukan saya lagi...' Ciry berkata perlahan. Nada suaranya berbisik halus. Pandangannya beralih pada laut...
Aku berganjak merapati dia. Bahunya aku tarik perlahan. Ciry tidak mengendahkan aku...
'Aku minta maaf atas apa yang aku cakap hari tu...I'm such a jerk really...'
'Yes...You're jerk... Kata-kata awak tu memang menyakitkan hati..'
'Hmmm....'
'Lagi sakit kata-kata awak tu dari racun Medussa...'
'Ciry...'
'20 tahun saya cari awak... 20 tahun, Aiden.. Awak langsung tak tinggalkan jejak... Setiap kali awak hapuskan makhluk buas.. Saya akan periksa kampung tu... Minta maklumat..Dimana awak berada.. But, still... Cari awak ni umpama mencari jarum dalam jerami...' Ciry mula meluahkan perasaan kecewa kepadaku. Aku hanya tertunduk mendengarnya...
'Saya tahu saya yang salah...Sebab saya hina awak...Tapi...Janganlah menghilang macam tu saja.. Awak yang tinggalkan saya..Bukan saya tinggalkan awak..'
'Ciry...Sudahlah tu...'
'No! Awak layan saya macam ni! Dingin! Terlalu dingin! Saya tak puas hati!' Ciry mula membentak. Kain tebal yang menutup tubuhnya terselak apabila dia mengangkat tangan, terserlah bahunya yang sudah dijamah bisa Medussa...
'Kau patut berehat, Ciry...' Aku menutup kembali bahunya dengan kain tebal. Ciry tertunduk di depan aku...
'Besar sangat ke dosa saya, Aiden? Sampai awak bencikan saya macam ni...?' Dia berkata perlahan seraya menyeka airmata.
'Aku tak bencikan kau...Its just...Aku tak boleh tinggalkan Eilya.. Aku dah tanda dia...'
Ciry terus mendongak memandang aku. Dia mengetap gigi menahan geram. Pipinya merona merah. Kain tebal yang menutup badannya, Ciry selak luas. Butang bajunya dia buka sehingga ke paras dada...
'Ini apa, Aiden?! Em!?' Dia menyoal seraya menunjuk ke arah bekas gigitan di pangkal lehernya...
Aku tergaman...
'Itu...Aku yang buat...?' Aku menyoal dengan nada suara bergetar. Ciry terus menampar pipi aku! Pedih aku rasakan!
'YES! AWAK YANG BUAT! JANGAN BUAT-BUAT LUPA, AIDEN!' Ciry mula menyinga. Aku terpinga-pinga...
'Bila...?'
'Pada musim bunga! 200 tahun dulu! Di rumah tumpangan Rose Inn?! We have sex and you marked me! Don't you dare to forget!!' Ciry memegang tangan aku dan meramas kuat. Aku terkebil-kebil...
Seriously...?
'Errrr....'
'Tak payah nak errrr...! Sudahlah... Saya dah letih...Selamat malam, Aiden...' Ciry terus bangun dan berjalan meninggalkan aku yang masih tergaman...
Langkah Ciry terhenti seketika tatkala dia mahu melangkah masuk ke kabin...
'Awak penipu...Segala janji awak hanya dusta...' Dia berkata lalu menutup pintu. Aku menggaru pipi mendengar kata-katanya...
Damn...
Aku langsung tak ingat...
Hmmm.....