CHAPTER 55 | JEJAK

12.7K 761 7
                                    

Selesai mandi, aku keluar dari bilik air dan memakai pakaian kulit. Pedang aku sisipkan ke belakang kemudian memakai kasut.

Tatkala keluar dari bilik tumpangan, aku terus turun ke tingkat bawah. Allucard sedang menunggu aku sambil memeluk tubuh.

'Maaflah...Lama ke awak tunggu...?' Aku menegur apabila aku menghampiri dia. Allucard tersenyum kemudian berjalan ke arah pintu gerbang belakang Stormcloak. Aku berjalan beriringan dengannya.

'Tak...Kejap je kau mandi...'

'Hurmm...Baguslah..'

'Kau tergesa-gesa ke...?'

'Kenapa awak cakap macam tu...?'

'Sebab ada sisa sabun di kepala kau ni...' Allucard membalas seraya mencalit buih sabun dari kepala aku.

Eh...?

'Errr....Hmmm...Saya tak perasan...' Aku tersipu-sipu apabila Allucard tersengih sinis kepadaku. Aku meraba kepala, buih sabun tercalit di jari...

Macam mana aku boleh tak perasan!?

Langkah Allucard terhenti dan dia memegang bahu aku. Aku termangu-mangu apabila dia mengelap rambut aku dengan kain skaf yang terlilit di lehernya.

Aku mula terasa segan apabila orang ramai memerhati gelagat kami sambil tersenyum...

'Errr...Janganlah buat macam ni, Allucard...Penduduk pekan tengok kita ni...' Aku berkata perlahan seraya menolak tangannya.

'What..? Kau malu ke...?'

'Yela...'

'Haha! Aku suka tengok kau macam ni!!' Dia membalas lalu mengucup pipi aku. Aku pantas menolak kepalanya.

'Allucard! Jangan mengada!' Aku memekik lalu bertukar menjadi serigala putih dan melarikan diri darinya.

'Wohoo...Now im excited...!' Allucard juga bertukar menjadi serigala kelabu dan mengejar aku dari belakang.

Aku memecut keluar dari pekan Stormcloak dan berlari ke puncak gunung.

Allucard ni makin lama makin melampau!

********************************************

'Look at this...' Allucard menunjuk ke arah tapak kaki kuda yang berbekas di lereng gunung setelah kami meninjau keadaan sekitar situ.

'Hmmm...Ada orang datang sini...'

'Bukan tu...Tengok bekas tapak kaki kuda ni...Ada kesan terbakar...Damn, what kind of horse is this...? Ghost Rider..?' Allucard berseloroh. Aku mencebik...Dia ni...Tolong la serius...

'Ghost Rider apa pulak...Jangan mengarut boleh...? Serius sikit...'

'What..? Janganlah emo sangat...Relakslah...' Dia membalas selamba lalu melutut di depan kesan tapak kaki itu. Allucard mengusap kesan itu dengan dua jari.

'Hmmm...Panas...Walaupun sudah 2 hari berlalu...Kesannya masih lagi panas...'

'Really...? Thats weird...Api apa yang panasnya bertahan lama macam ni...'

'Dark blue flame...Api dari kuda Hades...' Allucard berkata seraya mendongak memandang aku.

'Kuda Hades...? Apa tu...?'

'Kau tak tahu...? Kuda lagenda...Bukan calang-calang orang boleh tengok kuda tu... Tak silap aku...Cuma Phantom Assasins yang naik kuda tu...'

'Hurmm...Ni bermakna...Phantom Assasins berada disini...?'

'Yes...Kita kena beritahu benda ni pada Vlad...' Allucard membalas seraya bangun dan menepuk tangan.

'Selesai la tugas kita..? Tak nak cari Aiden...? Sebab Aiden ada disini masa serangan tu...Mungkin dia boleh jadi saksi..?'

'Hurm? Tak payah...'

'Lah...Kenapa...?' Aku menyoal dengan nada berbaur kecewa. Allucard memeluk tubuh memerhati aku.

'Kau nak jumpa Aiden je kan...?'

'Taklah..! Saya nak amik maklumat pasal serangan tu saja...'

'Maklumat apa lagi...?'

'Errr...'

'Jangan bagi alasan, Ciry...' Allucard membalas dingin. Aku menggigit jari.

'Hurmm...Maaflah...' Aku tertunduk. Allucard mengusap kepala aku.

'Its ok...Dengar sini, Ciryla..'

'Em..?'

'Aku akan dapatkan hati kau, Ciry...Aku akan keluar dari area friendzone kau..Mark my word...' Allucard berkata tegas. Aku tergaman...

Allucard memalingkan badan dari aku dan bertukar menjadi serigala. Saiznya yang sebesar lembu itu memang nampak menakutkan...

Mata serigala Allucard memberi arahan supaya aku mengikut dia..

Aku bertukar menjadi serigala juga dan mengikut Allucard dari belakang...

Hmmm...

Ke mana dia nak bawa aku...?

AIDEN, THE SON OF LEGEND™ [C]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora