CHAPTER 11 | CEMBURU SI MUSANG ✔

18K 1.1K 12
                                    

Centour eh....?

Makhluk berbentuk seladang dan menggunakan kapak gergasi sebagai senjata.

Ia bukan mudah untuk ditumpaskan. Tapi, mengikut kata Zidane tadi, makhluk tu mengamuk dan membunuh puluhan penduduk kampung Arcarius.

Jadi, aku tak boleh biarkan...

Aduh...

Sakit gigitan Eilya masih berbisa di lengan. Sial la. Ni bukan gigit manja. Ni gigit geram. Pedih betul rasanya...

"Heal me...." Aku menyua lengan pada Eilya yang asyik merapikan bulu ekornya di atas katil. Dia mencebik muka kepadaku.

"Tak nak..."

"Heal me! Ni arahan!"

"Tak nak! Tak nak! Hmph!"

Dia menjuih bibir kepadaku. Aku mengetap gigi menahan geram. Dia tidak mengendahkan aku.

Aku terpandang hujung ekornya. Sudah berubah warna. Dari merah ke warna coklat kehitaman...

"Hujung ekor kau berubah warna...Kenapa?"

Aku menyoal seraya memegang hujung ekornya itu. Eilya pantas menarik ekornya dari genggaman aku.

What the...?

"Kenapa nak sibuk!? Grrrr....." Dia berderam kepadaku. Mata kuningnya kelihatan bercahaya merenung tajam kepadaku.

"Kenapa kau ni...?"

Aku menyoal lembut seraya cuba mengusap kepalanya, tapi Eilya pantas menepis tangan aku. Siung kecil jelas kelihatan tatkala dia mengetap gigi. Lagak gayanya seperti musang yang sedang marah.

Ok, aku kena mintak tolong pada Dylan sekali lagi...

"Aku nak pergi ambil pedang...Kau nak ikut tak...?" Aku menyoal seraya bangun dari katil dan berjalan ke pintu. Eilya pantas mengikut aku dari belakang.

Haha, nak ikut jugak. Tadi bukan main sombong lagi...

Aku dan Eilya terus turun ke tingkat bawah. Penduduk pekan Azeroth memerhati ekor Eilya yang seperti kipas itu melenggok megah. Belakang kepala digosok perlahan.

"Simpan ekor kau tu...Tak perlu menunjuk sangat..." Aku menegur selamba. Gadis musang tidak mengendahkan aku.

"Oi...Dengar tak? Simpan or aku potong ekor kau tu..."

"Berani potonglah...Hmph!" Dia terus berjalan meninggalkan aku. Ekornya meliuk-liuk kuat apabila dia berjalan menghentak kaki.

Apa yang dia marah sangat!?

********************************************

"Ahh Aiden! Bagus kau datang...Pedang kau dah siap!"

Dylan menegur apabila aku masuk ke dalam kedainya dan duduk di depan meja kayu. Eilya juga masuk dan duduk di sebelah aku.

Hurmmm, bukan sebelah aku. Dia selang tiga kerusi dari aku. Darn fox...

"Wah...Ni ke gumiho yang kau cakapkan tu?"

Dylan menyoal sambil memerhati Eilya yang sedang menongkat dagu. Matanya meliar memerhati pelbagai jenis senjata yang terpampang di dinding kayu.

"Yes... Aku tak tahu kenapa...Mood dia teruk hari ni...Dia gigit aku!"

Aku berkata geram seraya menunjuk lenganku yang berbekas gigitan Eilya. Dylan tersengih dan memerhati ekor Eilya. Gadis musang langsung tak endahkan kami berdua. Macam kami ni tak wujud.

Lahanat betul...

"Mesti kau buat apa-apa ni, kan? Hujung ekornya warna coklat gelap...Tu menunjukkan dia cemburu..."

Dylan berkata selamba lalu berjalan membelakangkan aku. Aku memerhati Eilya.

Oh, patutlah dia bad mood...

"Oi....Oi..." Aku memanggil Eilya. Dia menjeling tajam padaku.

"Apa!?"

"Kau cemburu?"

"Kenapa nak sibuk?! Pergilah kat bunian tu!!"

Aku tergelak. Eilya mengetap gigi kerana geram kepadaku.

"Sure...Why not? At least..Those elves have bigger boobs than you..." Aku menyindir selamba. Eilya terus datang dan memegang lengan aku.

NGAP!

Dia membenamkan gigi di lengan aku. Kali ini, di sebelah kanan. Sial...

"Grrrrrrrr......" Dia berderam sambil terus menggigit lenganku. Aku membiarkan saja perbuatan dia.

"Gigitlah banyak mana kau nak...Aku tak kisah...Hah! Malam ni aku nak pergi lagi ke Fairytale! Hahahah!"

Aku cuba menambahkan kemarahan dia. Eilya merenung tajam kepadaku. Matanya mula bertukar merah.

"Haha! Sudahlah tu, Aiden...Jangan sampai ekor dia bertukar hitam...Sakit kau nanti..." Dylan menegur seraya meletak pedang aku di atas meja.

"Asal?"

"Kalau bertukar hitam...Dia bencikan kau sampai mati...Tiada kemaafan lagi..."

Dylan berkata lalu mengusap kepala Eilya. Telinganya bergerak-gerak dek usapan Dylan. Gadis itu melepaskan gigitan dari aku dan mengesat mulut. Dia memasamkan muka.

"Oh..."

Aku perhatikan hujung ekornya. Masih berwarna coklat gelap. Fuh...

"Hmmm...Berapa harganya...?"

Aku menyoal seraya mengambil pedang yang Dylan letakkan tadi. Woah, dah ada upgrade sikit. Pemegangnya dari batu kristal berwarna merah dan besinya dari silver...

"1000 gold..."

"Nice...Nah..."

Aku menyua sebunjut kepingan emas kepada Dylan. Lelaki sasa itu hanya tersengih.

"Tak payahlah...Anggaplah ni hadiah..."

"Serius? Nice, man!"

"Haha! Kau nak pergi mana pulak ni? Siap upgrade pedang lagi..."

"Kampung Arcarius..."

"Oh, jauh jugak tu...Makhluk apa pulak kali ni...?"

"Centour... Haha, oklah...Aku gerak dulu...Thanks Dylan! Kau blacksmith terbaik aku!"
Aku berkata lalu bangun dan mengambil semula bunjut emas tadi. Eilya turut bangun dan mengikut aku dari belakang.

"Goodluck, Aiden..."

Dylan membalas. Aku dan Eilya terus keluar dari kedai besi Dylan.

AIDEN, THE SON OF LEGEND™ [C]Where stories live. Discover now