CHAPTER 117 | JEJAK

14.3K 693 7
                                    

Seorang lelaki berambut panjang separas bahu berjalan selamba ke arah pintu bercat putih. Dia membuka pintu, Vlademir dan Lycans kelihatan sedang berbincang sesuatu...Merlin pula kelihatan sedang mendengar perbualan mereka sambil memegang dagu...

'King Vlademir....' Lelaki itu menyapa seraya berjalan ke arah mereka. Ketiga-tiga lelaki tadi menoleh ke arah dia...

'Ahh...Theo...' Vlademir membalas sapaan lelaki tersebut. Theo memberi tunduk hormat...

'Aku ada berita untuk Tuanku...' Theo berkata lalu memeluk tubuh. Lycans membalas pandangan Vlademir yang menjeling dia...

'Berita apa, Theo...?'

'Balanar...Aku tahu dia di mana...'

Mereka semua tersengih mendengar kata-kata yang Theo lontarkan...Merlin menepuk bahu Theo...

'Beritahu kami...Dia di mana, Theo...?'

'This...' Theo berkata seraya mengambil sesuatu dari dalam kocek seluar kulit coklatnya...Rantai berbatu merah itu dia serahkan pada Vlademir...

'Rantai reincarnation...Hurmmm...' Lycans mengambil rantai itu dari tangan Theo...

'Kenapa Lycans..?'

'Rantai ini yang seru roh aku...Di gua Olympus..'

'Thats mean...'

'Yes...This chain belongs to that bastard...' Lycans membalas ringkas. Rantai itu dia tatap seketika...

'Mana kau jumpa rantai ni, Theo...?' Vlademir menyoal. Theo tersengih...

'Di gunung Frozen Alley...Berdasarkan maklumat aku...Dia berada di sana...'

'Kenapa dia ada di sana?'

'Balanar perlu tingkatkan kuasa sihirnya...Untuk seru Deathwing...Dia perlu surpass kuasa Merlin...' Lycans membalas selamba...

'Apa maksud kau, Lycans...?' Merlin menyoal....Nada suaranya seakan tidak berpuas hati...

'Simple, aku rasa...Balanar sedang bermeditasi di puncak gunung Frozen Alley...Sekarang, kuasa sihirnya sama dengan Merlin...Jika dia bermeditasi...Dan tingkatkan kuasa...Dia mampu menumpaskan Merlin...' Lycans menjelaskan secara terperinci pada ahli sihir di depannya itu...

Merlin memeluk tubuh...Riak mukanya seakan dia terasa hati dengan kata-kata Lycans...

'But....' Vlademir mencelah seraya mengambil rantai Reincarnation dari tangan Lycans...

'What is it, Vlad?'

'Sekarang rantai ni ada pada kita...Kenapa nak takut..? Dia tak boleh seru Deathwing tanpa rantai ni kan...?'

'No...He can...Bila dia selesai bermeditasi...Dia mampu seru Deathwing tanpa perlukan apa-apa azimat...'

Mereka semua tergaman mendengar penjelasan Lycans...

'Kita kena cari Balanar....'

********************************************

Keadaan di dalam bilik sunyi sepi...Aku duduk di birai katil sambil memerhati Aiden tidur nyenyak...Sesekali dia mengeliat perlahan...

Hurmmm...Aku mengusap perut perlahan-lahan...Sampai bila aku nak berahsia dengan dia...?

Kandungan aku semakin membesar.. Alahan aku makin teruk..Lambat-laun Aiden akan tahu perkara sebenar...

Tapi...

Aku risau jika dia tidak boleh terima...Aku kenal Aiden macam mana...

Maybe dia kuat dan nampak berdikari...But...Dia hanya lelaki biasa...Dia masih trauma akan peristiwa hitam yang menghantui hidupnya...

Biarlah...Hanya masa yang menentukan...Biar Aiden sendiri sedar akan keadaan aku sekarang ni...

'Kenapa ni...? Kau nampak murung je...?'

Aku menoleh ke kanan apabila mendengar suara menegur...

Lycans tersenyum di beranda....Aku bangun dan berjalan ke arah dia...

'Ermm...Nothing...'

'Kau risaukan something...Its written on your face, darling...' Lycans membalas selamba lalu menyandar pada beranda batu. Aku berdiri disebelah dia...

'Hurmm...Kalau saya beritahu...Awak jangan beritahu Aiden...Boleh...?'

'Beritahu apa? Pasal kandungan kau...?'

Aku tersentak mendengar tekaan Lycans...Lelaki berambut putih itu mengukir senyuman manis...

'Awak tahu...?'

'Yes...Merlin yang beritahu...But..Dont worry..Aku tak masuk campur..Ini hal rumahtangga kau dan Aiden...'

'Ermm.. Thanks...'

'Kenapa kau takut nak beritahu dia...?' Lycans menyoal seraya mengusap kepala aku...Hurmmm...

'Awak sendiri dengar kata-kata dia kan...? Aiden masih tidak bersedia...'

'Haha...Macam aku cakapkan...Dia memang macam tu...Dia takkan bersedia selagi benda tu dia tak alami...Sejujurnya...Aiden tu penakut...'

'Ermmm...'

'Jangan susah hati...Aku rasa...Aiden boleh terima berita ni...'

'Berita apa...?'

Aku dan Lycans menoleh ke arah katil. Aiden memerhati kami dengan pandangan curiga...

'Nothing!' Aku bingkas berdalih. Aiden bangun dari katil dan berjalan ke arah kami...

'Aku dah agak...Ada something yang kau sorokkan dari aku, Eilya...'

'Mana ada...!'

'Lycans...Berita apa ni? Beritahu aku! Jangan layan aku macam orang bodoh kat sini!'

'Sorry...Aku terpaksa tutup mulut..Haha! Kau tanya isteri kau sendiri..Not me...' Lycans membalas tenang seraya memeluk tubuh...

Aiden merenung mata birunya...Kemudian, dia menoleh ke arah aku...

'Berita apa ni, Eilya? Tell me...'

'Uh-huh...takde apalah...Haish...' Aku menolak pertanyaannya...Aiden mencebik...

'Fine...Nak berahsia dengan suami sendiri...Whatever...' Aiden berkata dengan nada merajuk...Aku tersenyum kelat padanya...

'Aiden....Vlad mintak kau ikut aku...' Lycans berkata tiba-tiba...

'Pergi mana...?'

'Gunung Frozen Alley...'

'Jauh betul... Ada apa...?'

'Jejak Balanar...'

'Hurmm....' Aiden kelihatan seperti tidak bersetuju dengan permintaan Lycans...

'Kenapa Aiden...?' Lycans menyoal...Aiden memeluk bahu seraya mengucup kepala aku...

'Aku tak boleh tinggalkan musang aku ni, Lycans...Dia asyik sakit...Kalau aku takde...Macam mana?'

'Apa susah? Bawak jelah musang kau tu...'

'Hurmmm...Eilya nak ikut..?' Aiden menyoal lembut padaku...

'Sudah semestinya saya nak ikut...'

AIDEN, THE SON OF LEGEND™ [C]Where stories live. Discover now