BONUS 1 | FAMILY

13.1K 687 26
                                    

Suasana di pekan Arastosa kelihatan mendamaikan. Penduduknya sibuk melakukan kegiatan harian. Insiden Deathwing menyerang sudah 12 tahun berlalu, namun ia masih terpahat segar di dalam ingatan penduduk pekan Arastosa...

Di lereng bukit pekan makmur tersebut, tersembunyi sebuah rumah kayu setinggi dua tingkat. Asap putih berkepul naik melalui corong yang terletak di atas bumbung...

Anak serigala dan musang berlari-lari turun ke tingkat bawah. Mereka melompat turun dari tangga kayu dan duduk di kerusi kayu. Eilya tersenyum melihat keletah dua anaknya itu...

'Berapa kali ayah cakap? Jangan lompat...Turun elok-elok tak boleh ke...?' Aiden menegur seraya mengusap kepala si musang cilik. Aeryz tersengih...

'Alah, kami kan cucu lagenda! Setakat jatuh tangga, takkan apa-apalah ayah!' Euryca membalas selamba. Aiden menggeleng kepala...

'Haih...Ayah tak risaukan korang...Yang ayah risau, rosak lantai kayu tu nanti...Dah berapa kali kena repair...Debik nak debik?'

'Ehe, sorry....' Mereka membalas serentak. Eilya meletak daging rebus ke atas meja kayu.

'Well, hari ni hari pertama Aeryz dan Euryca ke Gallowglass, kan?' Eilya menyoal lalu duduk di sebelah Aiden. Sang serigala mencedok daging rebus lalu diletakkan ke dalam mangkuk di hadapan isterinya itu...

'Makan sayang...Hurmm...Abang tengok budak-budak ni macam tak layak je nak belajar situ...' Aiden menduga seraya memberi pandangan sinis pada si kembar.

'Ikut ayahlah nak cakap apa...Ayah bukannya hebat sangat...Lain la Atuk Lycans.. Dia hebat...So cool!!' Aeryz membalas selamba. Aiden menggaru kepala. Euryca menekup mulut menahan ketawa...

'Sayang...Tolong ajar budak-budak ni... Dia tak tau betapa kuatnya abang...Grrrr...'

'Hahah! Janganlah marah! Dengan anak sendiri pun nak terasa ke!?'

'Dia cakap abang tak hebat! Geram betul!'

'Memang tak hebat pun! Hehehe!' Euryca menyampuk. Aiden menoleh ke arah si musang cilik. Euryca tersengih sinis...

'Sini, Ryca!' Aiden pantas menggapai si musang cilik, namun dia pantas mengelak!

'Ayah lembap! Hihi!'

'Grrrr....Sini! Sini!' Aiden mengejar Euryca sehingga ke halaman rumah. Aeryz dan Eilya hanya memerhati gelagat dua beranak tersebut..

'Urmm...Ibu...' Aeryz menegur tiba-tiba setelah dia meneguk jus lemon. Eilya menoleh...

'Ya, sayang...Ada apa...?'

'Semalam...Aeryz ada dengar bunyi pelik...'

'Bunyi pelik...? Bunyi apa...?'

'Bunyi ibu merengek...Ayah pukul ibu ke..?' Aeryz menyoal sambil menggaru pipi. Eilya tergaman...

'Errrr...'

'Ayah pukul ibu? Biar Aeryz belasah dia...I promise! Nobody gonna hurt my mom!' Aeryz berkata dengan nada serius sambil menggenggam penumbuk.

Eilya menggigit bibir...Aeryz menanti jawapan dari dia...

'Ya...Ya.. Ayah 'pukul' ibu...'

'I knew it...!' Aeryz bingkas bangun dan melompat turun dari pelantar kayu. Dia mengejar Aiden yang asyik menggomol Euryca di pondok kayu...

'Haih...Musang dan serigala, duduk satu rumah...Memang huru-hara jadinya...'

AIDEN, THE SON OF LEGEND™ [C]Where stories live. Discover now