CHAPTER 42 | ANGELSNOW

13.5K 772 31
                                    

ZAPPPP!!

PAKKKK!!

ZUUUPPPP!!

Serpihan patung kayu tercampak sana-sini apabila bilah pedang aku menghiris permukaannya. Aku terus menetak dan melibas pedang bertalu-talu. Patung kayu itu terhuyung-hayang kemudian tercampak ke belakang.

Ha...

Ha...

Ha...

Aku termengah-mengah. Peluh menitis ke pipi dan turun ke dagu...

Fuh...Aku menyeka peluh kemudian duduk di kerusi batu berukir corak kepala serigala.

Air suam di dalam botol aku teguk perlahan . Terasa segar tekak yang kering kerana berlatih dari awal pagi tadi.

Aku mendongak ke atas, menatap langit yang membiru. Nafas aku tarik perlahan-lahan dan menghembusnya keluar...

Aiden....

Apa dia buat sekarang...? Sedar tak sedar...Sudah dua bulan kami membawa diri...

Pasti dia bersama Eilya...

Bermesra...

Ahh...Aku kena buang cemburu itu...Aiden bukan milik aku lagi...Dia milik Eilya...

Aku tak nak ganggu kebahagiaan mereka berdua...

Hurmmm...Lagipun...

Aiden lebih sayangkan Eilya...Aku boleh nampak kasih sayang dia pada musang tu...Cara dia memanjakan Eilya...

Memang tulen...Bukan lakonan untuk menyakitkan hati aku...

Aku mengelap peluh di dahi menggunakan kain putih yang terlilit di pinggang. Angin sepoi-sepoi bahasa memang menyamankan suasana...

'Rajin kau berlatih....'

Aku pantas menoleh ke sisi apabila mendengar suara menegur. Seorang lelaki berambut silver tersenyum memandang aku.

'Ahh...Awak, Allucard...Takdelah...Saya bosan...Berlatih jelah...' Aku membalas lalu menyandar pada kerusi batu.

Allucard berjalan lalu duduk disebelah aku. Armor besinya berkerincing apabila ia berlaga dengan kerusi batu.

'Hmmm...Aku tengok...Kau selalu sesorang...Kenapa..? Kau tak suka join Imperial Wolf...?' Dia menyoal perlahan seraya menyandar bersama aku. Pedang bersaiz gergasinya, dia letakkan di atas riba.

'Taklah...Saya tak biasa dengan ahli group ni lagi...Terlalu ramai...'

'Yup...3500 ahli...Tapi, kau bertuah...Kerana kau terpilih untuk jadi ahli elit...'

'Itu sebab Vlademir sendiri yang jemput saya...'

'Vlad jemput kau sebab kau hebat...Skill kau luar biasa...Tapi, sayangnya...'

'Apa...?'

'The son of Lycans...Dia tak nak join kita... Kalau ada dia...Lagi bagus... Kekuatan dia memang mengagumkan...' Allucard berkata sambil mengurut dagu. Aku tersenyum..

'Aiden memang macam tu...Dia tak suka berkumpulan... Sebab tu dia digelar Lone Wolf... Biarlah dia...Asalkan dia bahagia...' Aku membalas seraya membuka ikatan sanggul rambut. Allucard memandang aku...

'Hurmmm... Ciry...'

'Yes....?'

'Aku tahu kau masih sedih sebab Aiden tak nak terima kau semula...'

'Hmmm...Sejujurnya...Memang saya sedih...Tapi, itu keputusan dia...Saya tak boleh paksa...'

'Bodoh betul...Macam mana lah dia boleh tolak gadis cantik macam kau ni...?' Allucard berkata dengan nada tak berpuas hati. Aku tertawa kecil mendengar kata-katanya.

'Saya..? Gadis cantik...? Mengarutlah...Kalau awak tengok companions baru Aiden...Dia lagi cantik...'

'Ye ke...? Hurmmm...Ciry...' Allucard memegang tangan aku perlahan-lahan. Aku mula terasa janggal apabila dia mula merapatkan diri sehinggakan bahu kami bertembung.

'Errrr...Kenapa ni...? Janganlah rapat sangat ..Saya berpeluh ni...Nanti melekat dekat awak pulak...' Aku menolak perlahan badannya. Allucard terus-menerus memandang aku.

'600 years....' Dia berkata tiba-tiba sambil merenung aku dengan mata merahnya. Aku mengerut dahi mendengar kata-katanya...

'600 years...? What...?'

'For 600 years, i adore you... Stalking you...'

'Ha...?'

'Kau memang cantik... Aku tak boleh pendam lagi perasaan ni, Ciry...' Dia berkata lalu menekup dahi. Aku terpinga-pinga...

'Apa awak cakapkan ni...?'

'Aku cintakan kau...Sejak pertama kali aku jumpa kau di Azeroth dulu..Aku dah mula gilakan kau...Tapi, masa tu...Kau milik Aiden...Aku tak boleh ganggu...'

Aku tergaman mendengar luahannya. Allucard mendongak memandang aku. Pipinya memerah dan dia bernafas kencang. Bunyi eremannya jelas kedengaran...

'Errrr....' Aku terus bangun dari kerusi batu apabila dia mula mendekatkan bibir denganku..

'Ciry...'

'Maaflah! Saya nak balik! Bye!' Aku terus berlari meninggalkan dia yang kelihatan hampa.

Apa Allucard cakapkan ni...?!

Seram aku mendengarnya...!

********************************************

Suasana di dewan makan kelihatan meriah ketika aku melangkah masuk ke dalamnya. Lampu chandelier tersergam indah di syiling. Ukiran ais berbentuk serigala terpampang di tengah-tengah dewan sambil berpusing perlahan.

Ahli Imperial Wolf berborak mesra sambil menikmati juadah yang disediakan. Ada di antara memberi tunduk hormat kepadaku. Aku membalasnya dengan senyuman.

Pinggan kristal aku ambil dan mencedok beberapa ketul daging lembu panggang. Wain merah aku tuangkan ke dalam gelas kaca.

Hurmmm...Aku memerhati sekeliling apabila aku duduk di meja putih berdekatan dengan beranda batu istana. Alunan muzik violin berkumandang perlahan. Aku makan sambil menikmati alunan muzik lembut itu...

Sungguh...Hidup sebagai ahli Imperial Wolf memang mewah...Maklumlah...Kumpulan elit...Keturunan diraja...

Aku tak tahu pula Angelsnow ada hubung kait dengan keturunan diraja serigala...Jika tidak, aku takkan dapat jemputan mewah macam ni...

'Ciryla Angelsnow...'

Seorang lelaki berpakaian kemas ala putera raja berdiri di sebelah aku sambil menyimpulkan senyuman. Aku membalas senyumannya.

'Vlademir...Duduklah...' Aku mempelawakan dia duduk di hadapan aku. Dia menggelengkan kepala.

'Tak mengapalah...Macam mana..? Kau selesa tinggal disini...?' Dia menyoal sopan. Aku mengangguk.

'Teramat selesa...Mewah...itu lebih tepat...Saya rasa janggal pulak..Haha...'

'Biasakan diri... Kita Imperial Wolf...Bukan calang-calang...Kita memerintah Arastosa...Soo...Just enjoy yourself, alright sweetie..?' Dia berkata dengan nada bangga seraya mengusap kepala aku.

'Ok...Thanks...'

'Welcome...Enjoy your food and see you soon, Angelsnow..' Vlademir berkata lalu berjalan turun ke tingkat bawah sambil diapit dengan dua orang kanannya.

Hurmmm...

Dia baik...Terlalu baik...Sehinggakan aku terasa tidak selesa...

Daging panggang aku jamah semula perlahan-lahan...

Tetiba, kerusi putih di depan aku ditarik perlahan dan Allucard terus duduk seraya memandang aku...

'Kita sambung hal tengah hari tadi...' Dia berkata tegas sambil merenung aku...

Haih...

Ni satu lagi...

Buatkan aku tak selesa...

AIDEN, THE SON OF LEGEND™ [C]Where stories live. Discover now