CHAPTER 18 | BURU SI PEMBURU

16.4K 982 3
                                    

5 ekor Batcave terbang melintasi kepala seolah-olah ia sedang menyindir aku. Aku tersengih dan mengambil cangkuk besi yang terlilit di pinggang.

'Aiden....Hahaha! Kau tak mampu terbang!!Hahahahha!' Seekor Batcave mengejek seraya melekat di atas kabin kayu. Gigi tajamnya menyeringai ke arah aku. Air liur pekat menitis ke lantai kayu.

'Haha! Kau fikir aku takut? Come here! Aku layan kau baik-baik!' Aku membalas sindirannya. Makhluk kelawar bersaiz lembu itu memekik ke arah aku! Ia terus menyerbu ke arah aku! Aku menggenggam penumbuk.

Aku menumbuk mukanya dan gigi taring makhluk tersebut terus patah! Ia tercampak ke laut! Aku menghayun cangkuk besi ke arah seekor Batcave yang terbang berlegar-legar di atas kapal untuk menyerang aku!

Cangkuk aku mengenai kakinya dan ia terus terhempas ke atas lantai kayu apabila aku merentap rantai besi! Batcave tersebut menggigit cangkuk besi untuk melepaskan diri! Aku datang sambil memegang pedang.

GRAAAAAA!!

ZAPPPPP!!

Mata pedang aku memancung kepalanya. Darah pekat membuak ke atas lantai kayu. Aku menjeling tajam ke arah tiga ekor Batcave yang akan menyerang aku bila-bila masa.

GRAAAAAAAA!!

Dua ekor Batcave menjunam dari langit dan menyerbu ke arah aku! Aku pantas melompat dan memijak kabin kayu!

ZAPPPP!!

PRAKKK!!!

Seekor Batcave terbelah dua kerana hentaman mata pedang dan seekor lagi dicekak kuat oleh aku. Ia meronta-ronta untuk melepaskan diri.

'Graaaaa!! Graaaa!! Gerghhh! Lepaskan aku!' Ia merayu apabila dia tahu aku bukan hunter sebarangan. Aku berjalan ke tengah deck. Seekor Batcave yang masih lagi berlegar di udara mendarat di depan aku.

'Lepaskan dia, Aiden...Aku minta maaf...' Dia meminta sambil menundukkan kepala. Aku memerhati gelagat dia...

'Kau serang aku....'

'Ya...Aku minta maaf...Lepaskan pasangan aku...' Dia merayu lagi. Aku melepaskan cekakan tangan dari Batcave yang tergapai tadi. Ia terus tersungkur di atas lantai kayu.

'Kali ni aku lepaskan... Pergi dari sini!' Aku mengarah tegas. Dua ekor Batcave itu terus terbang dari situ. Aku menepuk tangan dan berjalan ke kabin semula.

'Kenapa Tuan lepaskan mereka!?' Draligan menyoal tak puas hati. Aku menepuk bahunya seraya masuk ke dalam kabin.

'Mereka dah minta maaf..Aku lepaskan jelah...'

'Tapi...'

'Tiada tapi, Draligan...Mereka takkan datang semula...Aku jamin...' Aku membalas selamba. Draligan mengangguk walaupun riak mukanya masih tidak berpuas hati.

Aku masuk ke dalam bilik kayu dan meletak pedang di atas meja. Kapal itu bergolak kerana ombak laut. Eilya pantas mendapatkan aku.

'Awak ok?!'

'Ok...Alah...Batcave...Bukan kuat sangat...'

'Hmmm.... Syukurlah...' Eilya membalas lalu terduduk di katil. Aku membasuh tangan di paip air yang terletak di luar tingkap. Darah Batcave yang terpalit di dada, aku lap dengan kain putih. Haih... Menyusahkan betul...

Aku memerhati Eilya yang kelihatan resah. Ekornya meliuk perlahan. Hmmm...Kenapa dengan dia...?

'Kenapa ni...?' Aku menyoal seraya duduk di sebelah Eilya. Dia memegang tangan aku.

'Setiap kali awak bertarung...Ia buatkan saya resah... Saya tak tahu kenapa...'

'Eh..? Aku ni Hunter...Setakat benda macam tadi..Biasa sangat la kan...?'

'Hmmm...Itu saya tahu...Tapi...' Dia tertunduk di sebelah aku. Aku tersenyum dan mengusap ekornya.

'Kau macam ibu aku, Eilya...' Aku berkata perlahan. Eilya mendongak memandang aku.

'Ibu awak...?'

'Yes... Dia selalu risau jika aku bertarung dengan makhluk buas...'

'Oh.... Hmmm...'

'Well... Aku sendiri nak jadi Hunter... Sejujurnya..'

'Apa...?'

'Aku sedang buru bapa aku...'

'Eh...? Kenapa...?'

'Dia bunuh ibu aku...Depan mata aku...'

'Ohh...Tapi...Bapa awak lagenda Hunter terkuat...Semua orang anggap dia hero....'

'Hero...? Dia pembunuh tak berhati perut...Dia sanggup bunuh ibu aku sebab mahukan upah lumayan...'

'Tapi...Ibu awak manusia, Aiden..'

'Nope...Ibu aku witcher... Ahli sihir...Dan pada masa tu... Ahli sihir wajib dihapuskan...Aku tak tahu kenapa...Aku dah lupa...' Aku berkata sambil menggaru kepala. Hmmm...Sungguh...Aku dah lupa..Dah lama sangat...Ratusan tahun dulu...

Eilya menolak aku supaya berbaring di atas katil. Aku menurut. Dia naik dan duduk di atas badan aku.

'Aiden Lycans...'

'Yes...'

'Janganlah bersedih...Saya akan teman awak...Ok? Saya kan companions awak...? Berapa harga awak beli saya...?'

'30k gold...'

'Eh...? Murahnya...'

'Murah...?'

'Ada ogre offer 300k gold, tapi si tua tu tolak.... Nasib baik dia tolak....'

'Really..? Mungkin dia mahu kita berdua bersatu...?'

'Maybe? Who knows...By the way...'

'What...?'

'Perjalanan jauh lagi kan..?'

'Lagi 2 hari...'

'Nice..' Eilya berkata sambil menanggalkan plat besi di dada dan lengan aku. Ekornya meliuk menyentuh kulit tubuh aku. Aku tersengih sinis.

'You such a naughty fox...' Aku membalas seraya memegang pinggangnya. Eilya tersenyum manis. Dia berderam manja dan mengigit lembut leher aku.

'Awww...Come here, you!!'

AIDEN, THE SON OF LEGEND™ [C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang