CHAPTER 40 | TRAINING

13.5K 829 12
                                    

Aku berjalan ke bilik Eilya sambil mengelap rambut yang basah. Terasa segar selepas mandi di awal pagi macam ni. Pintu kayu aku ketuk perlahan seraya membukanya tatkala aku sampai di bilik gadis itu.

'Eilya...Bangunlah...' Aku berkata sambil terus mengelap rambut. Aku tersentak apabila melihat hanya katil kosong berada di depan mata.

Eh...? Mana dia pergi...?

Aku menutup pintu semula dan berjalan naik ke tingkat atas. Dylan sedang menghirup kopi cainnelle ketika aku berdiri di depannya.

'Kau ada nampak...'

'Eilya ada di luar... Pergilah tengok...' Dylan menjawab sebelum sempat aku menghabiskan soalan.

Hmmm...Aku terus berjalan ke pintu depan dan keluar dari kedai besi Dylan.

PAKKK!!

PAKKKK!!!

PAKKKKKK!!

Eilya kelihatan sedang menetak patung kayu di bawah pokok berdekatan dengan tangga batu. Rambutnya diikat sanggul dan dia menggunakan pedang aku.

Aku memerhati dia yang asyik menetak patung kayu tanpa menyedari aku berdiri di belakangnya.

Haih...Dia ni...Tumpul la pedang aku nanti..Penat aku asah semalam...

'Musang memang degil eh...?' Aku menegur seraya berjalan ke sisinya. Eilya tersentak dan menoleh memandang aku.

'Hmph!' Dia mencebik lalu kembali menetak patung kayu. Langsung tak hiraukan teguran aku tadi.

'Bagi pedang aku....' Aku meminta perlahan. Eilya tidak endahkan aku.

Hmmmm....

Aku memegang tangannya dan tetakan dia terus terhenti. Eilya mengetap gigi memandang aku.

'Janganlah kacau! Saya nak berlatih!'

'Ni bukan berlatih...Ni merosakkan pedang namanya...'

'Hmph! Pergilah lepak dengan Dylan! Jangan kacau saya!' Dia mendengus marah seraya menepis tangan aku.

Aku memeluk tubuh sambil memerhati dia yang kembali menetak patung kayu. Haih...Cara dia salah...

'Tangan kiri pegang ditengah dan tangan kanan pegang di hujung pemegang...'

Eilya terkejut apabila aku memberi tunjuk ajar tetiba. Dia mengikut arahan yang aku berikan tadi.

'Macam ni...?' Dia menyoal sambil menunjuk cara dia memegang pedang. Aku mengangguk.

'Yes... Jangan terlalu grip or terlalu longgar... Bila kau hayun, kau akan terasa selesa dan yakin dengan tetakan kau...'

'Oh...Ok-ok...' Dia mengangguk. Aku tersenyum melihat dia bersungguh-sungguh. Aku berjalan dan berdiri di belakangnya.

Tangannya aku pegang dan mengajar dia cara menghayun yang betul. Eilya hanya menurut.

'Hayun secara melintang kemudian mendatar... Sasarkan kepada bahagian anggota vital... Kepala dan dada...'

'Ohh...Ok...'

Eilya menghayun perlahan mengikut arahan yang aku berikan. Aku duduk di tangga batu sambil memerhati Eilya berlatih mengikut arahan yang aku berikan.

Dylan hanya tersenyum melihat gelagat aku dan Eilya melalui tingkap...

********************************************

'Lenguh lah....'

Eilya merungut apabila kami berehat di tangga batu. Dia mengurut perlahan pergelangan tangannya. Peluh membasahi belakang baju putih yang dia pakai.

'Meh sini tangan...' Aku meminta. Eilya menyua tangannya pada aku dan aku mengurut lembut pergelangan tangan dia.

'Pedang awak berat sangatlah...Hurmm...'

'Mestilah... Aku tak biasa guna pedang yang ringan...'

Eilya tersenyum mendengar jawapan aku. Dia menyeka peluh kemudian menyandar bahu pada aku.

'Thanks....'

'Em..?'

'Thanks sebab ajarkan saya...'

'Kau cakap macam aku ada pilihan..? Kau ni degil...Teramat degil...' Aku membalas selamba. Eilya tergelak mendengar kata-kata aku.

Setelah selesai mengurut tangannya, Eilya bangun dan mengambil semula pedang yang terpacak di tanah. Dia kembali berlatih menetak patung kayu. Aku memeluk tubuh memerhati dia yang mula cekap menghayun pedang...

Dia ni memang cepat belajar...Baru 5 jam berlatih, dia sudah dapat menangkap teknik yang aku ajarkan...

Hurmm...

Aku terus memerhati dia berlatih...

Maybe, just maybe...

Dia boleh menjadi Hunter yang hebat satu hari nanti...

********************************************

Aku terasa selesa apabila air hangat menyentuh kulit tubuh tatkala aku berendam di dalamnya. Badan aku terasa segar. Aku menyandar pada batu sungai dan meletakkan tangan di belakang kepala.

Fuh...Nikmat betul...

Suasana kolam air panas yang terletak di belakang kedai besi Dylan kelihatan tenang. Cuma kedengaran desiran angin malam menghembus lembut...

Memang menyamankan...

Pintu slide kayu diselak tetiba ketika aku merehatkan diri sambil menghayati kehangatan kolam air panas. Eilya yang hanya berkemban tersenyum melihat aku berendam di dalam kolam.

'Bukan nak ajak saya....Mandi sesorang je...' Dia berkata sambil mengikat rambut menjadi sanggul.

Aku tersenyum apabila Eilya melondeh tuala yang menutup tubuhnya dan perlahan-lahan datang kepadaku. Gadis musang berendam di sebelah aku.

'Penat...?' Aku menyoal apabila melihat dia mengurut bahunya. Eilya mengangguk perlahan.

'Emm...Badan saya terasa sakit...'

'Nak berlatih sangat kan..? Basic la tu...Setakat sengal-sengal badan...' Aku membalas selamba seraya menarik pinggangnya supaya mendekati aku.

'Hmmm...Esok ajarkan lagi...'

'Ok...As you wish...'

Eilya tersenyum dan memeluk pinggang aku dari sisi. Aku meletakkan pipi ke atas kepalanya...

'Kenapa tetiba nak berlatih...? Kau cemburukan Ciry...? Sebab dia handal berlawan...?' Aku menyoal perlahan. Eilya menggigit ibu jari.

'Emm... Saya rasa macam tak berguna...'

'Tak berguna..? Eilya selalu rawat aku... Itu tak berguna...?'

'Saya nak bertempur di samping awak... Sebagaimana Ciry buat dulu semasa dia jadi companions awak...'

'Eilya... Ciry lain...Dia berlatih dari kecik...Sebab tu dia pro...Jangan samakan Eilya dengan dia...'

'No! Saya nak setanding dengan dia... Kalau dia boleh....Saya juga mesti boleh...' Eilya berkata lalu mendongak memandang aku. Aku membalas pandangannya.

'Kita bertempur... Merantau...dan..Jika kita mati...Kita mati bersama-sama...' Eilya berkata perlahan lalu mengucup bibir aku. Aku membalas kucupannya.

Setelah seketika, kucupan kami berakhir. Aku mengusap perlahan pipinya...

'Ya...Kita mati bersama-sama...Aku janji...'

AIDEN, THE SON OF LEGEND™ [C]Where stories live. Discover now