CHAPTER 54 | SIASAT

14K 797 7
                                    

Perlahan-lahan kuda aku dan Allucard meredah masuk ke dalam kawasan Stormcloak. Keadaan sekeliling aku perhatikan..

Menurut kata Vlademir...Golem batu menyerang pekan ni...

Agak pelik kerana golem batu bukannya makhluk ganas...Ia lemah lembut...Bahkan, ia jarang buat kacau...

Belum pernah aku dengar golem batu membunuh...

Tapi, kali ni...Ia menyerang pekan... Pelik...Teramat pelik...

Jadi, Vlademir mengarah aku dan Allucard siasat perkara ni...

Kami turun dari kuda dan mengikat talinya pada kayu yang terletak di depan pub. Tanpa membuang masa, kami terus berjalan ke kawasan serangan golem batu dua hari lepas...

Bangunan yang hancur, kelihatan sedang dibaik pulih oleh penduduk pekan. Aku memerhati sekeliling sekali lagi...

Hmmm...

Boleh tahan teruknya golem batu tu mengamuk...Hampir separuh bangunan di pekan ni hancur...

'Ciry...Tengok ni...' Allucard memanggil tetiba ketika aku asyik meneliti kawasan serangan...

'Apa...?'

'Ni...' Allucard menunjuk ke arah seketul batu yang masih bercahaya keemasan yang berada di hujung kasut butnya..

Aku mengambil batu itu dan memerhatinya seketika...

'Golem ni bukan neutral...Ada orang yang hasilkan dia...'

'Hurmmm...Siapa yang tak puas hati dengan Stormcloak...? Pekan ni bukan ada reputasi buruk...' Aku membalas sambil terus-menerus memerhati batu itu.

'Ntahlah...' Allucard membalas ringkas lalu berjalan ke arah seorang penduduk yang leka membaiki kedai makannya yang rosak.

Aku berjalan lalu melompat ke atas bangunan yang berada di kanan....

Hmmm...Aku perasan...Bau Aiden dan Eilya ada di pekan ni....

Kawasan sekeliling aku perhatikan teliti buat kali ketiga...

Bekas serangan golem batu boleh dilihat dengan jelas di atas ni...

Dan, bau Aiden dan Eilya juga semakin kuat...

Ok...Mengikut firasat aku..Aiden yang tewaskan golem ni...Tiada hunter lain yang boleh tumpaskan makluk kuat macam ni...

Cuma Aiden yang boleh lawan makhluk macam ni...

Hmmm....

Tapi, kenapa Aiden berada di pekan ni...? Mungkin dia ambil kontrak hunting disini...?

Mesti dia bahagia bersama Eilya...

Haih...

Shut it, Ciry! Jangan fikir pasal tu!

'Ada jumpa apa-apa petunjuk...?' Allucard menyoal dari bawah. Aku lantas melompat turun dan berdiri disebelah dia.

'Hmmm...Aiden ada disini...'

'Ya...Aku boleh hidu bau dia disini...Hmm...' Allucard mengurut dagu sambil memandang ke depan. Serpihan golem batu dia perhatikan lama...

'Oklah...Kita rehat dulu...Aku nak pergi atas gunung nanti...'

'Atas gunung...? Kenapa...?'

'Penduduk disini cakap...Pada malam serangan tu...Mereka ternampak sekumpulan cahaya berwarna biru di atas gunung...Jadi, aku nak siasat perkara tu...' Allucard berkata lalu berjalan meninggalkan aku di belakang.

Aku bingkas mempercepatkan langkah untuk berjalan beriringan dengannya..

'Cahaya biru...?'

'Yes... Hmmm...Aku rasa tak sedap hati pasal ni...'

'Kenapa...? Allucard...Awak ok tak...?' Aku menyoal resah apabila melihat dia seakan gusar akan sesuatu.

'Aku ok...'

'Habis...? Kenapa monyok je...?'

'Ha...? Ni sebab aku lapar! Tak makan lagi! Haha! Jom makan!' Allucard berkata lalu ketawa berdekah-dekah. Aku mencebik muka...

Ceh...Ingat apa la tadi...

********************************************

Daging rebus aku suap ke dalam mulut dan menguyahnya perlahan-lahan. Allucard meneguk air sejuk kemudian memerhati aku makan. Matanya tertacap pada bibir aku...

Hmmm...Kenapa dengan dia...? Jangan sampai garpu ni melekat pada bebola mata dia nanti...

'Jangan pandang macam tu, boleh? Menyampah la...' Aku menegur dengan nada geram apabila dia terus-menerus merenung aku..

'Asal...? Aku pandang je...Bukan buat apa pun...'

'Rimas!'

'Haha! Aku suka betul bila kau marah macam ni...Buatkan aku geram...!' Dia membalas selamba sambil tersengih sinis. Aku menguyah makanan tanpa mengendahkan dia...

Lantak kau la, Allucard...Malas aku nak layan...

'You know, Ciry...'

'What...?'

'Aku tertunggu-tunggu jugak...'

'Tunggu apa...?'

'Bila kau nak cium aku lagi...?'

Aku tersedak mendengar soalan bodoh yang keluar dari mulutnya. Allucard tersenyum memandang aku...

'Like hell i do!'

'Awww...Tahun lepas kau cium aku dengan beraninya...'

'Itu sebab saya terpaksa! Sebab nak tolong awak!' Aku membidas. Allucard menyandar pada kerusi sambil merenung aku.

'Hmm..Really? But...Aku boleh rasa...Ciuman itu juga disulami perasaan cinta...'

'Fine...Awak nak tahu benda sebenar?'

'Kalau boleh, apa salahnya...?'

'Masa saya cium awak tu, saya bayangkan awak tu, Aiden! Puas hati..!?'

'Really...? Hahah! Habis? Kenapa muka kau merah masa kau pandang aku masa tu...?' Allucard menyoal soalan maut padaku. Aku terus terdiam...

Hmmm... Dia ni...Ada je cara nak menggugat aku...

'Hurmm...Tu sebab...'

'Bla..bla...bla..Cukuplah dengan alasan tu, Ciryla...Aku tahu...Kau sukakan aku...Tak perlu nak berdalih...!'

'Eww...Perasan!'

'What? Aku cakap benda betul, kan?'

'Sudahlah...Jangan nak melebih-lebih...' Aku membidas lalu menyambung makan. Allucard mendekati aku...

'Look at me, Ciry...' Dia berkata seraya memegang pipi aku, memaksa aku mendongak memandang dia...

'Tell me that you hate me...'

Muka aku terasa hangat apabila dia berbisik lembut di depan aku...Jantung aku berdebar kencang...

'Stop it!' Aku menepis tangannya. Allucard tersengih melihat gelagat aku...

'See...? Aku tahu, Ciry ..Tak perlu nak berdalih...' Allucard membalas selamba lalu kembali menyuap makanan ke dalam mulut.

Hmmm...

Aku sendiri tak tahu kenapa aku berdebar macam tu...

AIDEN, THE SON OF LEGEND™ [C]Where stories live. Discover now