CHAPTER 27 | JANJI AIDEN

13.2K 833 42
                                    

Kampung Arcarius kelihatan lenggang tatkala kami tiba. Hanya kelihatan beberapa bunian salji dan Yeti berjalan di kawasan lapang.

Cuaca sejuknya mencengkam tulang. Angin gunung yang menghembus kuat membuatkan Eilya memegang baju sejuk berbulunya erat.

Aku mengikat tali kuda di kandang dan mendukung Ciry. Gadis serigala hanya tersenyum kelat ketika kami berjalan ke pintu gerbang.

Setelah 3 jam menuruni anak tangga untuk ke bawah gunung, kami berjalan pula ke jeti. Draligan kelihatan sedang memberi arahan pada pekerjanya.

'Aiden!' Dia bingkas mendapatkan aku apabila menyedari aku datang kepadanya sambil mendukung Ciry.

'Mujur kau tak bertolak lagi, Draligan... Aku perlukan pertolongan kau sekali lagi...' Aku berkata dengan nada tenang. Draligan mengerut dahi melihat Ciry di pangkuan aku.

'Ciry..Lama tak jumpa... Hmm...Kenapa ni...?' Draligan menyoal pelik. Aku terus berjalan ke kapal dagangnya.

'Panjang ceritanya...Sekarang, aku nak balik ke Azeroth.. Boleh aku tumpang kau?'

'Dengan senang hati, Tuan!' Draligan berkata lalu berjalan ke deck dan membuka pintu kabin kayu untuk aku.

Aku terus masuk bersama Eilya. Perlahan-lahan, aku meletak Ciry di atas katil. Eilya menurunkan hood merah dari kepalanya.

'Berehatlah Aiden...Lagi sejam kita bertolak ke Suffolk..' Draligan berkata lalu beredar pergi dari kami. Aku mengusap lembut rambut Ciry....

'Saya pergi ambil air panas...' Eilya berkata lalu keluar dari bilik. Meninggalkan aku bersama Ciry.

Baju sejuk Ciry aku buka butangnya separas dada. Keadaan bahunya aku teliti seketika. Hmmm....Bisanya merebak perlahan. Terima kasih pada Eilya kerana rawatan dia sebanyak sedikit membantu...

'Awak risau....' Ciry menegur tatkala aku asyik meneliti keadaan bahunya itu. Matanya memandang aku sayu.

'Mestilah aku risau... Racun Medussa makin merebak ke jantung kau..' Aku membalas tegurannya. Ciry tersenyum.

'Hurmm... Mesti ada penawarnya...Jangan risau sangat, ok..?' Ciry berkata perlahan. Aku tersenyum hambar kepadanya...

Dia langsung tak berubah...

Sentiasa menenangkan hati aku walaupun dalam keadaan genting macam ni...

Ciryla...

'Aiden, tolong keluar dari kabin ni...? Saya nak rawat Ciry...'

Teguran Eilya membuatkan aku tersentak. Gadis musang meletak air panas di atas meja kayu seraya duduk di sebelah Ciry. Baju sejuk Ciry dia tanggalkan tatkala aku berdiri di depan pintu.

'Rawat dia setakat mana boleh, Eilya..' Aku berkata lalu keluar dari kabin itu. Gadis musang hanya mengangguk...

********************************************

Hmmmm...

Pasti ada penawar, bukan?

Setiap racun pasti ada penawarnya...Aku yakin...

Pasti ada...

Celaka Zidane...

Tergamak dia perangkap aku...

Selepas ni, aku tak boleh percayakan sesiapa sewenang-wenangnya...

Haih...

Aku meraup muka dengan tapak tangan kemudian mendongak memandang bulan yang mengambang indah di langit...

AIDEN, THE SON OF LEGEND™ [C]Where stories live. Discover now