CHAPTER 49 | RINDU

14.7K 878 8
                                    

SETAHUN KEMUDIAN

PAKKK!!

ZUPPPP!!

Aku melompat dan mengelak setiap serangan Bogga yang cuba menerkam aku. Ia mengeram bengang sambil memerhati tajam kepadaku. Air liurnya meleleh ke tanah. Cahaya bulan menerangi kawasan.

'Aiden...Kau takkan boleh bunuh aku! Aku bukan bogga biasa! Aku elit...!' Dia berkata dengan suara serak. Matanya menyala merah di dalam gelap.

'Pffft...Elit? Lembap macam tu kau panggil elit!? Meh sini, aku tunjuk apa itu elit!' Aku mencabar dia. Pedang aku pacakkan ke tanah.

Heh...Setakat makhluk macam ni...Tangan kosong pun boleh!

'Cakap besar kau ya!! GUARGHHH!!' Bogga itu terus meluru ke arah aku! Mulutnya ternganga untuk menggigit aku! Genggaman tapak tangan aku mengepal penumbuk!

BOOOKKKKK!!

Bogga itu terkandas ke kanan apabila tumbukan aku singgah ke pipi kirinya! Ia berdengus menahan sakit. Beberapa batang gigi berselerakkan di atas tanah...

Aku tersengih melihat dia terkial-kial untuk bangun...

Guna penumbuk ni lagi puas hati sebenarnya...Feel damn badass...

Aku meluru ke arah Bogga tersebut dan mencekak lehernya. Ia cuba mencakar pinggang aku, tapi aku pantas memegang tangannya!

PRAKKK!!

Tangannya terkulai patah dan Bogga itu mengerang sakit. Nafasnya berdengus kuat. Matanya merenung sayu padaku...

'Gurghhh...'

'Not so tough now, aren't you?'

'Grrrr...Aku merayu...Kali ni...Tolong lepaskan aku...'

'Nah...Game over...' Aku berkata lalu mematahkan lehernya. Ia mengeletak seketika kemudian terus senyap.

Pedang yang terpacak di atas tanah, aku ambil dan memotong kepala Bogga tadi. Kepala itu aku ikat dan lekatkan di pinggang...

Boleh la...300 gold...Aku dah pokai ni...Haih...

Aku menyisip pedang ke belakang dan berjalan meninggalkan kawasan paya itu...

Tapi, langkah aku terhenti apabila 6 ekor bogga berdengus di hadapan aku...Mata mereka merah menyala...

'Grrrr...Kau bunuh abang aku, Aiden...Aku takkan lepaskan kau...' Dia berkata dengan nada geram. Aku tersengih sinis...

Good...More gold...

********************************************

'Tujuh Bogga...'

Aku berkata seraya meletak kepala Bogga di atas meja kayu. Ketua kampung itu terkejut dengan perbuatan aku.

'Tujuh? Wah...Banyak betul...Bukan sekor je ke...?' Dia menyoal sambil memerhati kepala Bogga yang bergelimpangan di depannya itu.

'Ntah...Aku bunuh sekor je...Lepas tu, kaum kerabat dia datang...Aku bedal je la semua...'

'Nice...Lepas ni takde gangguan lagi la nampaknya...'

'Upah aku mana?'

'Nah...' Dia menyerahkan 3 bunjut berisi kepingan emas kepadaku. Aku bingkas mengambilnya dan meletakkannya di beg yang terikat di kuda.

'Oklah...Aku gerak dulu...Kalau perlukan khidmat aku lagi...Just let me know...' Aku berkata lalu naik ke atas kuda putih. Ketua kampung itu tersengih.

'Baiklah...So long, Aiden...' Dia membalas apabila aku mula beredar dari situ. Perkarangan Kampung Milfgard aku tinggalkan dan memecut merentasi kawasan padang.

********************************************

Unggun api menyala marak di depan dan aku mengira kepingan emas sambil menyandar pada batu. Hurmmm...

2100 gold...Boleh la...Nanti aku hunt lagi...Haih...

Susah nak jumpa kontrak bagus...Makhluk buas lain tak buat hal pulak bila aku tengah sengkek macam ni...

Celaka betul...

Aku mendongak memandang awan yang berarak tenang...Malam itu sunyi...Terlalu sunyi...

Sudah setahun aku tak tengok Eilya...Macam mana agaknya dia...?

Hurmmm...

'Rindukan saya ke...?'

Aku tersengih apabila suara Eilya menyapa di dalam kepala... Panjang umur betul dia ni...

Yes...Aku rindukan kau, Eilya...

'Me too...Hurmm...Lagi setahun, Aiden...Sabar jelah...'

Memang aku tengah bersabar ni...Kalau ikutkan hati, aku terus jumpa kau sekarang ni, Eilya...

'Datang jelah...!'

Mana boleh...Kan undang-undang sekolah tertulis yang aku tak boleh ganggu pelajar?

Kalau Eilya kena buang macam mana...?

'Hihi! Janganlah risau! Kita jumpa senyap-senyap!'

Bahayalah...Eilya macam mana..? Ok..?

'Hurmmm...Ok...'

Good...

'Aiden...'

Yes...?

'Please...? Jumpa saya...? I miss you so much...'

Aku tersenyum mendengar permintaannya...

Haih dia ni....

Aku bangun dan mengeliat seketika... Barang aku kemaskan dan ikat semula di perut kuda. Unggun api aku padamkan...

Wait me there...

'Ok! Nanti dah sampai, beritahu saya, ok?'

Ok...

Aku naik ke atas kuda dan memecut ke arah selatan, dimana Pekan Stormcloak berada...

Damn...

Baru setahun tak berjumpa...

Aku dah terlalu rindukan dia...

AIDEN, THE SON OF LEGEND™ [C]Where stories live. Discover now