CHAPTER 63 | MEMORI HITAM

13.1K 776 5
                                    

'Hiargh!!'

Aku meluru ke arah lelaki berambut putih dengan pedang di tangan! Dia memandang tajam padaku. Gigi taringnya menyeringai dari bibir apabila dia tersengih sinis kepadaku.

PAKK!!

ZAPP!!

ZUPP!!

Aku menetak dan melibas lelaki itu dengan rakus! Dia hanya mengelak selamba setiap libasan pedang aku!

BAKKK!!

Tendangan padunya hinggap ke muka tatkala aku hilang kawalan! Aku terhumban ke belakang! Pedang terlepas dari tangan...

Darah mengalir dari lubang hidung...Aku menekupnya dengan kedua tapak tangan...Lelaki itu datang kepadaku dengan gaya selamba...

'Kau tak precise..Gerakan kau lembap! Sekali lagi!' Lelaki itu berkata seraya menendang aku sekali lagi. Aku terseret ke tanah...

'Tak nak...' Aku melawan arahannya. Lelaki itu merentap rambut dan aku menyeringai menahan sakit...

'Kau anak aku, Aiden...Jangan malukan aku...' Dia berkata lalu mencampak aku ke tanah...

'Fine! Aku akan jadi hunter terhebat!! Aku akan tewaskan kau, Lycans!!' Aku menengking kepadanya. Lelaki itu tersengih melihat aku berang..

'Arghhh!!' Aku terus meluru ke arah dia...

Dan, petang itu...

Teruk aku kena belasah dengan insan yang bergelar 'Bapa'...

Malam itu, aku duduk di depan pemanas dan menyeringai menahan sakit.... Rasa sakitnya bagaikan menyiat kulit aku hidup-hidup...

Lycans sudah keluar merantau mencari buruan baru...

'Aiden...Sakit lagi...?' Ibu aku menyoal seraya mengusap luka di belakang badan... Aku mengangguk perlahan..

'Ibu...Kenapa dia bencikan aku...?' Aku menyoal ketika dia menyapu ubat di luka aku...

'Aiden... Bapa Aiden tak bencikan Aiden...Dia mahu Aiden jadi kuat...' Suara ibu lembut sahaja menjawab soalan aku...

'Hurmm... Dia tak pernah peluk aku...Usap kepala aku...Bapak apa macam tu...?'

'Aiden... Lycans sayang sangat pada Aiden...Cuma dia tak tunjuk...'

'Bullshit...Dia belasah aku macam nak mati tadi...' Aku merungut tak puas hati. Ibu tersenyum mendengar rungutan aku...

Perlahan-lahan, ibu memeluk aku dari belakang dan mengucup pipi aku...Aku tersenyum apabila dia berbuat begitu...

'Ibu..'

'Em..?'

'Sayang sangat kat ibu... Aku akan jadi kuat..Untuk lindungi ibu...'

'Aiden.. Ibu percayakan Aiden... Aiden akan jadi kuat... Nak tahu apa maksud nama Aiden..?'

'Apa...?'

'Aiden bermaksud 'Harapan' dalam bahasa serigala purba... Aiden ni...Harapan ibu..' Dia berkata perlahan...Aku tersengih...

Pintu dibuka tiba-tiba tatkala aku dan ibu asyik bersembang...

Seorang lelaki berdiri di depan pintu sambil memandang tajam pada kami berdua...

'Lycans...?' Ibu menyoal apabila lelaki itu menghampiri kami. Lycans mengambil pedangnya dari belakang...

'Loralyn... ' Dia berkata seraya menghunus pedang ke arah ibu aku...

Sekelip mata, pedangnya menghiris daging ibuku dari belakang...

Aku tergaman...

'NOOO!!'

Aku terjaga dan termengah-mengah. Peluh dingin menitis ke pipi. Eilya tertidur di sebelah aku...

Fuck...Aku mimpi lagi benda celaka tu...

Gurghh...

Aku menekup muka dengan kedua tapak tangan... Nafas aku masih lagi berdebar...

Damn it..

Sudah 800 tahun perkara itu berlalu...Tapi...Imej ibu aku dibunuh Lycans masih segar dalam ingatan...

'Aiden...Kenapa ni...?'

Aku menoleh apabila mendengar suara menegur lembut di sebelah. Mata kuning kelihatan bercahaya memandang aku..

'Just a bad dream...' Aku membalas pertanyaan Eilya tadi. Gadis musang bangun dan mengesat peluh aku...

'Apa awak mimpikan...?'

'Nothing...'

'Hurmm...Ok...Tidurlah.. ' Dia memujuk dan memeluk aku tatkala aku berbaring semula. Aku membalas pelukannya...

Sial... Dah lama aku tak mimpikan memori tu...Kali ni, ia datang semula...

Fuck it... Aku rasa ada benda tak kena...

Ada benda yang membangkitkan semula memori hitam tu...

Bau musang Eilya menenangkan hati aku...Perlahan-lahan, aku terlelap semula...

AIDEN, THE SON OF LEGEND™ [C]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt