CHAPTER 62 | DUEL

12.8K 739 9
                                    

Allucard memulakan langkah pertama. Dia meluru ke arah aku sambil menghunus pedang gergasi miliknya! Bunyi derapan tapak kakinya bergema di ruang dewan!

SWOSHH!!

Dia menghayun pedang itu ke arah aku! Aku pantas melompat ke belakang dan mengelak serangannya!

ZUPP!!

ZUPP!!

Shuriken aku melayang ke arah Allucard bagaikan peluru! Si serigala pantas memusingkan badan dan dia menepis semua shuriken yang aku lontarkan tadi!

Damn it! He's fast!

BOOFFF!!

Lantai dewan merekah apabila Allucard menghentaknya kuat! Aku berlari ke kiri dan kanan untuk mengelirukan dia!

Aku pantas menyisip di sisi Allucard dan menumbuk pinggangnya! Allucard tertawa melihat perbuatan sia-sia aku!

'Hiarghh!!' Aku melibas pedang ke arah belakang badannya yang terdedah! Allucard memusingkan badan dan melompat ke sisi! Aku menghentikan langkah dan termengah-mengah...

Hah...

Hah...

Hah...

Dia hebat...Aku kagum...

'Ciry...Takkan dah penat? Semalam bukan main hebat kau 'beraksi'...Takkan fight macam ni...Kau dah semput? Hahaha!'

Muka aku merona merah apabila dia menyindir pedas kepada aku. Grrr...Dia ni...Janganlah ungkit pasal semalam!

'Diamlah!!' Aku menengking seraya menyerbu ke arah dia sekali lagi! Allucard tersengih melihat aku meluru ke arah dia!

'Blink!'

Allucard tersentak apabila aku menghilangkan diri tatkala pedangnya hampir menetak armor besi aku!

'I'm here!!'

Allucard pantas menoleh ke belakang apabila mendengar suara aku! Tanpa membuang masa, tendangan lutut aku hinggap di pipinya!

Dia terhumban ke sisi! Pedangnya terlepas dari tangan! Aku meluru lagi!

'Blink!'

Aku menghilangkan diri dari sekali lagi! Allucard pantas memijak dinding untuk mengelakkan dia tercampak keluar dari dewan!

BAKKK!!

Tendangan aku tepat mengenai belakang kepalanya ketika dia cuba menggapai pedangnya semula!

Allucard tercampak ke depan! Dengan pantas dia menstabilkan diri dan menumbuk lantai untuk menghentikan dia dari terus terseret!

Aku tersenyum melihat dia termengah-mengah...

'Kau boleh blink, Ciry...? Damn it...' Dia berkata dengan nada tak berpuas hati. Bibirnya mengalirkan darah...

'Ya...Maaflah..Ini saja cara untuk saya tewaskan awak...'

'Hurmm...Fine...Aku terpaksa guna kelebihan aku juga...' Dia berkata tenang. Riak mukanya kelihatan seperti dia yakin boleh menang...

Allucard ada kelebihan...?

'Hehe...' Allucard tertawa seraya menghilangkan diri bagaikan angin...

Aku tersentak seraya bersedia dengan serangannya..? Damn it! Dia boleh hilang...!?

Jadi, dia juga tahu magic...Hurmmm...

BOOFFFF!!

Satu tumbukan kuat menghempas perut aku tatkala aku tercari-cari di mana dia! Aku terhumban ke belakang!

'Blink!'

Aku pantas blink ke depan, tapi Allucard tersengih di depan aku...Sejak bila dia ada disitu...!?

BOOOFFF!!

Tumbukan dia sekali lagi menghempas perut aku! Kali ni, aku lembik...

Badan aku tercampak keluar dari dewan...

Suasana sunyi seketika...Allucard berjalan ke arah aku...

'I win..' Dia berkata selamba seraya menyua tangan kepadaku. Aku bangun perlahan-lahan... Rasa senak di perut masih terasa...

'ALLUCARD VENZELLA IS THE WINNER!' Gadis berambut kuning memekik kuat. Orang ramai bersorak kepada Allucard...

Hurmm...

Aku kalah...

Tak guna...

********************************************

Aku mengurut perut yang masih terasa sakit kerana pertarungan dengan Allucard pagi tadi...Hurmm...Aku langsung tak boleh makan.. Setiap kali aku makan, aku terasa nak muntah...

'Aduh...' Aku mengeluh sakit seorang diri di atas katil... Allucard memang tak bagi muka kepadaku...Dia tumbuk aku..Kuat betul!

Pintu bilik dibuka tiba-tiba ketika aku menyeringai menahan sakit...

'Ciry...Kau...ok...?' Allucard menyoal seraya datang kepadaku. Aku memasamkan muka...

'Grrr...Sakit tau tak! Awak tumbuk saya kuat sangat!' Aku memarahi dia. Allucard tersenyum hambar kepadaku sambil menggosok belakang leher...

'Maaflah...Kan aku dah cakap...Aku tak bagi muka...Lagipun...' Dia berkata seraya duduk di katil...

'Apa...!?'

'Kau kuat, Ciry... Kau belasah aku...Boleh tahan.. Skill kau..Aku kagum...' Dia membalas seraya mengambil losyen dari dalam beg pinggangnya...

Allucard menarik pinggang aku supaya mendekati dia... Aku hanya menurut...Baju tidur putih, dia selak sehingga ke dada...

'Hurmmm...Ha..Ha.. Sampai lebam aku tumbuk eh..?' Dia berkata apabila nampak kesan lebam di perut aku. Aku tidak mengendahkan kata-kata dia...

Allucard menyapu losyen tersebut di perut aku kemudian mengurutnya perlahan-lahan... Kami berdiam diri...

Hurmm... Aku masih tidak berpuas hati sebenarnya...Aku tewas di tangan dia...

'Kau marahkan aku ke...?' Dia menyoal setelah 20 minit berdiam diri. Tangannya masih mengurut perut aku...

'Taklah...'

'Ye ke ni..? Habis..? Masa training tadi...Kau tenung macam nak makan aku...'

'Thats my habit...'

'Creepy indeed...'

'Hurmm...' Aku menolak tangannya dari terus menyentuh aku.. Allucard tersenyum melihat aku mula merajuk...

Perlahan-lahan aku berbaring dan membelakangkan dia... Rasa sakitnya masih menyengat...

'Ciry...'

'Em..?'

'Maafkan aku...Ok..?'

'Saya tak marah pun..' Aku membalas ringkas. Allucard mengusap belakang kepala aku...

Hurmm...

AIDEN, THE SON OF LEGEND™ [C]Where stories live. Discover now