CHAPTER 95 | PLAY WITH FIRE

13.8K 714 29
                                    

Leo mengesat bibirnya yang pecah kerana tumbukan Aiden tadi. Berbekas kesan darah di belakang tapak tangan...

'Hurmm...Sial...Kuat jugak mamat serigala tu...' Leo mengomel sendiri sambil berjalan merentasi jambatan kayu. Beberapa kanak-kanak berlari yang berselisih dengan dia, langsung tidak dihiraukan...

Leo menolak pintu pagar rumah agam mewah perlahan-lahan. Merlin kelihatan sedang menghias pokok bunga di halaman rumah sambil bersiul-siul...

'Eh...? Asal ni...? Kau bergomol dengan beruang ke...?' Merlin menyoal apabila melihat keadaan Leo yang selekeh. Cucunya itu menggeleng kepala lalu duduk di pondok kayu...

'Hahaha! Ni bukan beruang! Kau bergomol dengan serigala! Hahahaha!' Merlin tertawa apabila dia tahu apa yang terjadi. Leo mencebik...

'Diamlah atuk...'

'Aku dah cakap...You play with fire...You gonna get burn, kiddo...'

'Play with fire, huh?'

'Yup...Kira ok la setakat lebam macam tu...Tak patah tulang...Kau nak lawan serigala..memang takkan boleh menang..'

'Kenapa pulak!?'

'Puak serigala memang handal berlawan... Dari nenek moyang lagi..Mereka dilatih untuk bertempur...Setakat membunuh..Itu rutin harian...' Merlin menjelaskan sambil memotong ranting pokok bunga di dalam pasu.

'Saya juga boleh berlawan!'

'Haha! Dalam mimpi jelah, Leo... Kau berlatih magic jelah...Kau bukan Hunter..'

'Hurmm...Tak guna...'

'Apa yang kau tak puas hati sangat ni...?' Merlin menyoal selamba. Leo menggosok belakang leher...

'Ermm...I love her...'

'Eara...?'

'Yes...'

'Lupakan jelah...Kau takkan dapat... Gumiho cuma setia pada pasangan dia..Mati hidup balik pun, dia takkan terima kau, Leo... Itu memang sifat gumiho..'

'Walau apa pun terjadi...?'

'Yup...'

Merlin tersenyum melihat Leo tertunduk sedih....

'Leo...'

'Erm..?'

'Cari jelah perempuan lain... Tu ha..Pergi tengok dalam peti surat..Bersepah surat cinta untuk kau...'

Leo melepaskan keluhan lemah mendengar kata-kata Merlin...

'Tak berminat...Saya sukakan Eilya... She's cute.. Adorable..'

'Dia milik Aiden, Leo...'

Leo tidak mengendahkan kata-kata Merlin. Dia terus bangun dan masuk ke dalam rumah...

Merlin tersenyum melihat Leo kelihatan kecewa...

'Dumb kids...'

********************************************

'Urghhh...What the fuck is this...? Smell like shit...'

Aku menekup hidung apabila Eilya menyua ramuan herba kepadaku. Gadis musang tersengih nakal...

'Hihi! Ubat awak! Minumlah!'

'No! Fuckin no! Kau nak aku minum ni!? Bau macam bangkai!'

'Nama pun ubat! Minum cepat!'

'Nope! Dont wanna...'

'Aiden... Minum...Or...'

'What...?'

'Saya tak nak temankan awak tidur malam ni...'

Aku tersentak mendengar kata-katanya. Eilya tersenyum sinis...Dia mengambil sudu dan mencedok ramuan itu. Aku terasa kembang tekak melihat ramuan itu berada di depan muka...

Brrrr... Berlendir...Warna hijau pulak tu! Ni ubat ke kahak!?

'Bukak mulut...'

'Ermm...'

'Aiden! Bukak mulut! Jangan buat saya marah!' Eilya mula naik angin. Aku menggaru pipi...

Perlahan-lahan aku membuka mulut, Eilya menyuap herba tersebut ke dalam mulut...

Meremang bulu roma tatkala cecair lendir itu masuk ke dalam tekak...Gurghh...

'Yuck...'

'Haha! Satu lagi...Bukak mulut...'

'Uh-huh! No!' Aku menolak. Eilya mencebik. Dia meletak mangkuk ke atas meja...

'Degil betul awak ni! Herba ni untuk buang racun dalam darah awak tu!'

'Diamlah! Rasa macam air longkang! Gurghh...'

'Grrr...Macamlah awak pernah minum air longkang...' Eilya membalas geram. Aku merenung dia tajam...

Grrr...Dia ni...

Aku menarik tangannya dan Eilya tersembam di dada aku. Tanpa membuang masa, aku mengucup bibirnya...

Eilya pantas menolak badanku seraya menekup mulut. Dia berlari ke sinki lalu mengumur...

'Hahahahha! Baru kau tahu rasa macam mana!'

'Grrr...Nak kiss..Tunggu awak mandi dulu...! Selagi ubat tu ada dalam mulut awak...Jangan harap nak kiss saya..!'

'Hahahha! Kau sendiri rasa nak muntah!'

'Hurmmm...' Eilya memeluk tubuh sambil mengeram geram. Aku mula terasa takut apabila dia merenung aku...

'Errr...Asal ni..?'

'Awak minum ubat tu...Or saya gigit!'

'Ok-ok...' Aku mengambil mangkuk yang berada di atas meja dan mengacau ramuan neraka dengan sudu...

'Saya nak mandi! Masa saya balik sini...Saya nak tengok mangkuk tu kosong!' Eilya berkata lalu keluar dari bilik...

Aku tersengih...

Haha...!

Jangan harap aku nak minum!

Dengan pantas aku tuangkan ramuan neraka itu ke luar tingkap dan meletakkannya semula di atas meja...

Heh...Its done...

Aku berbaring semula dan menunggu Eilya balik ke bilik...

Mintak-mintaklah dia percaya...

AIDEN, THE SON OF LEGEND™ [C]Where stories live. Discover now