CHAPTER 14 | AMARAN MISTERI ✔

18.6K 980 13
                                    

BAKKKKKKKK!!

Tumbukan padu aku tepat mengenai batang hidung penduduk kampung yang cuba menyerang menggunakan kapak! Dia terhumban ke belakang dan memecahkan dinding kayu pub!

"ARGGGGHHHH!!"

Seorang lagi datang sambil memegang cangkul ke arah aku! Dua lagi cuba menyerang dari arah kiri dan kanan!

Aku pantas melompat dan menendang kepala lelaki yang memegang cangkul! Dia terhumban dan menghentam lelaki yang berada di sebelah kanan! Mereka berdua tercampak keluar dari pub!

BAKKKKKKK!!

Aku menumbuk perut lelaki yang berada di sebelah kiri! Dia tercampak ke belakang dan menghamburkan darah di mulut.

Penduduk lain yang berada di dalam pub itu kelihatan takut apabila empat orang tumpas begitu sahaja di tanganku. Aku berjalan selamba ke arah mereka.

"Come...Fight me!"

Aku mencabar sambil merenung tajam wajah mereka satu persatu. Mereka semua meletakkan senjata dan mengangkat tangan sebagai tanda menyerah diri.

"ARRRGHHH!!"

Salah seorang dari mereka yang masih tidak berpuas hati datang menyerbu ke arah aku sambil memegang pisau pemotong daging.

PRAKKK!!

Dengan mudah aku mencekak lehernya dan dia terawang di udara. Pisau pemotong daging terlepas dari tangan. Lelaki itu tercungap-cungap.

"Aku ni pemburu raksasa... Setakat manusia macam ni...Bukan lawan aku...Kau nak aku bunuh kau...?"

Aku berkata dingin. Dia mengetap gigi seraya memegang tanganku. Aku mencampak dia ke depan dan dia menghentam meja kayu. Meja kayu itu terus patah. Lelaki itu tidak sedarkan diri.

"Aku nak makan...Sesiapa kacau aku...Aku takkan bagi muka lepas ni..."

Aku memberi amaran lalu duduk semula di kerusi kayu. Penduduk kampung tadi terus berlari keluar dari pub. Eilya datang berlari semula ke arah aku. Dia memeluk lenganku dan menarik aku supaya bangun dari kerusi.

"Kita pergi dari sini, Aiden!"

"Kejaplah...Aku nak makan..."

"Mereka nak bunuh awak!"

"So...? Relaks...Aku selalu kena macam ni...Dah lali sangat... Duduklah..."

Aku membalas selamba seraya menunjuk ke arah kerusi di sebelah. Eilya menggigit bibir dan merenung tajam kepadaku. Aku memandang kosong kepadanya. Eilya duduk semula di kerusi. Aku meramas perlahan ekornya.

"Cute tail..."

"Aiden! Jangan main-main! Kenapa mereka nak bunuh awak..!?"

Eilya menyoal tegas. Aku tersenyum sinis kepadanya. Si musang menanti jawapan dariku dengan muka masam.

"Hmmm.... Biasalah...Bila kau semakin terkenal...Akan ada orang yang cuba menjatuhkan kau... Itu lumrah.."

Aku menjawab tenang. Eilya tertunduk dan menekup pipi. Aku tersenyum melihat dia begitu.

"Takut betul saya tadi..."

"Mana lagi menakutkan? Jadi umpan Griffin or kejadian tadi?"

"Dua-dua..."

Aku tergelak mendengar jawapannya. Eilya memasamkan muka. Haha! Comel betul dia ni! Geram pulak aku!

Seketika kemudian, makanan yang aku pesan tadi tiba. Perempuan itu hanya memerhati selamba keadaan kedainya yang bersepah.

AIDEN, THE SON OF LEGEND™ [C]Where stories live. Discover now