CHAPTER 19 | DOCAN ISLAND

15.7K 995 7
                                    

Kapal dagang berlabuh di jeti. Sauh dijatuhkan dan titi ditolak ke bawah. Aku dan Eilya terus turun ke pengkalan jeti sambil memerhati sekeliling. Draligan berjalan mendapatkan aku.

'Thanks Draligan...' Aku menyua tangan untuk bersalam dengannya. Draligan pantas menyambut.

'So long, Aiden..Semoga Tuan selamat..' Dia berkata lalu beredar dari aku. Aku tersenyum melihat dia berjalan pergi. Aku mengemas pedang yang tersisip di belakang lalu berjalan ke jeti. Eilya berjalan beriringan denganku.

Suasana di jeti itu agak lenggang. Pulau Docan jarang dikunjungi kerana iklimnya yang sejuk melebihi -20°ç. Eilya menggigil sejuk di sebelah aku. Ekornya disembunyikan di dalam baju sejuk berbulu tebal.

'Kau sejuk...?' Aku menyoal apabila dia menarik tali pinggang aku. Dia tak boleh berjalan kerana angin gunung yang menghembus membuatkan dia kaku.

'Sejuk sangat, Aiden....' Dia berkata dengan bibir yang terketar-ketar. Aku tersengih lalu mendukung dia di belakang. Eilya memeluk erat leher aku.

Gunung yang tersergam megah di depan, aku pandang seketika. Terdapat anak tangga yang menghubungkan gunung itu untuk ke puncak. Haih...Ni yang leceh...Kena daki tangga itu untuk ke puncak memang memenatkan...

'Kena daki gunung tu ke?' Eilya menyoal perlahan. Hawa nafasnya mengeluarkan wap di mulut.

'Yup...'

'Tingginya...'

'Haha! Here we go!' Aku meneruskan langkah untuk mendaki gunung besar itu. Tengkorak naga yang tersadai di lereng gunung bersalji itu memang mengagumkan sesiapa yang melihat.

Aku menapak anak tangga sambil mendukung Eilya di belakang. Gadis musang masih menggigil kesejukan. Angin gunung terus menerus menghembus ke muka. Salji menyelaputi helaian rambut aku.

'Aiden... Awak sejuk...?' Eilya menyoal apabila melihat badan aku diselaputi ais nipis.

'Boleh lah...Kenapa...?'

'Saya boleh panaskan awak...Tapi tak kuatlah...Saya tak pandai sangat guna magic...'

'Cuba jelah...' Aku berkata tenang sambil terus mendaki anak tangga. Eilya mula fokus dan memejamkan mata.

'Elenõr dé héatõ spectö ' Eilya melafazkan kata mentera. Aku tersengih. Boleh tahan dia ni...

Perlahan-lahan muncul dua bebola api di sebelah kiri dan kanan aku. Eilya kembali memeluk leher aku.

'Hebat...'

'Tak...Ini magic level rendah...Maafkan saya...Saya bukan companions hebat...'

'Its ok...Ini dah cukup baik...Aku rasa selesa...'

Eilya tersenyum dan meletakkan kepala di belakang leher aku. Aku meneruskan perjalanan. Bebola api yang Eilya hasilkan tadi sedikit sebanyak membantu aku.

********************************************

Dua jam berlalu, aku baru mendaki separuh anak tangga untuk ke puncak. Fuh...Kaki aku terasa kebas... Damn it...

Aku terus duduk di anak tangga untuk melepaskan lelah. Eilya turun dari belakang aku.

'Rehat dulu...Macam nak tercabut kepala lutut rasanya...Hahah' Aku bergurau sambil menggosok tangan. Bebola api, Eilya letakkan di tengah. Habanya terasa selesa.

'Saya jalan sendiri lepas ni, Aiden...' Eilya berkata sambil menekup pipi. Dia masih menggigil. Haha...Macam aku jangkakan...Dia tak tahan sejuk...

'Kau boleh? Menggigil macam ni..? Macam mana nak susun langkah? Silap langkah boleh jatuh bawah, tahu?' Aku memberi amaran sambil menunjuk ke arah bawah.

Jeti tempat kami datang tadi kelihatan kecil di bawah sana...

Eilya kelihatan takut dan serba salah. Aku mengusap kepalanya.

'Janganlah risau...Kau tak berat mana pun...Musang..Berat manalah sangat..?' Aku cuba menenangkan hati dia yang dilanda rasa bersalah.

'Emmm...Saya rasa bersalah pulak...'

'No need...Aku ok...Jomlah...Lagi dua jam kita sampai...' Aku mengajak seraya bangun.

Eilya turut bangun dan mendaki meninggalkan aku. Aku tersenyum apabila dia terkial-kial untuk menyusun langkah.

Anak tangga gunung itu diselaputi ais..Memang merbahaya...

'Ahh..Jangan mengada! Kau melembapkan aku!' Aku terus mendukung dia semula. Eilya tersipu-sipu.

'Maaf....Emmm...'

'Dah-dah...Tak payah susah hati..Aku ni Tuan kau...Ikut cakap aku...' Aku berkata selamba. Eilya mengangguk dan memeluk leher aku semula..

Aku terus menapak untuk ke puncak. Fuh...Sikit lagi...Sikit lagi...Sabar Aiden...

Akhirnya kami sampai di puncak setelah dua jam aku mendaki gunung tinggi tersebut. Fuh...Aku nak berehat...

Pintu gerbang kampung Arcarius terpampang megah di depan kami. Beberapa ekor makhluk berbulu tebal melintasi kami di depan.

Eilya tersengih teruja. Dia pantas turun dari dukungan aku dan berlari ke depan.

'Jom, Aiden! Saya bau makanan!'

'Ye...Ye...Janganlah teruja sangat...'

'Jomlah...!!' Dia menarik tangan aku dan kami berdua terus masuk ke kampung Arcarius...

AIDEN, THE SON OF LEGEND™ [C]Where stories live. Discover now