Pengawas Gila!

Bởi MyaAmeera

1.8M 97K 8.8K

Cinta? Mengarut semua tu. Tiada lagi perkataan 'cinta' untuk si Pengawas Gila, Sarah Zulaikha. Lagipun budak... Xem Thêm

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Holaa
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Teaser
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bukan update
Bab 53
Bab 54
Attention!! Author Akan Update ASAP
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
S2?

Bab 13

31.8K 2K 108
Bởi MyaAmeera

Let's Marvin Gaye and get it on,
You got the healing that i want,
Just like they say it in the song,
Until the dawn, Let's Marvin Gaye and get it on.

Sengaja aku biar telefon aku berbunyi lama sikit. Kenapa? Sebab aku memang suka dengar lagu ni hahahaha.

"Hello, siapa ni?" Aku memulakan perbualan dengan nada sopan santun. Kalau macik-macik kat luar dengar ni, confirm aku kena cop jadi bakal menantu pilihan! Cewah. Nampak tak perasan kat sana?

"Sarah, aku ni Addrian." Mendengar sebaris nama itu aku sudah rasa menyampah.

"Apa kau nak?" Hilang terus nada sopan tadi.

Senyap.

"Kalau kau call aku tengah malam bulan purnama ni semata-mata untuk diam, baik letak. Buat habis kredit aku jer."

Eh? Bukan dia ke yang call? Dah tu kenapa pulak kredit kau yang habis Sarah oi! Otak aku tak berapa nak stabil pulak malam ni.

"Pasal tadi kat sekolah, kenapa kau terus blah?"

"Dah tu nak buat apa? Bukan ada perkara yang urgent sangat kan."

Aku dengar dia mengeluh.

"Tapi janganlah blah macam tu je." Aih? Bunyi macam kecewa je.

"Habis tu? Kau nak aku bagi goodbye kiss dulu sebelum blah. Camtu?"

"Camtu pun okey jugak, hehehehe." Amboiii gatalnya! Meremang bulu hidung!

"Tak payah nak mengarut lah!" Aku sudah malas nak melayan jejaka idaman malaya ni.

"Sarah, kau... Memang betul tak ingat aku ker?"

Ingat? Jap aku kenal ke dia ni sebelum ni?

"Sorry? Kita pernah kenal ke?"

Aku dengar dia mengeluh lagi. Aih mamat ni, asyik mengeluhhhh je!

"Sk Bandar Baru tahun 2006, kelas 1 anggerik."

Aik? Macam mana pulak dia tahu sekolah rendah aku dulu? Aku bersekolah di Sk Bandar Baru selama sebulan sahaja dulu sebelum berpindah ke Selangor. Bekas classmate aku ke dia ni? Tapi, bukan dia tua setahun ker?

"Apa maksud kau?" Rasa ingin tahu sudah membuak. Siapa dia ni?!

"Akulah budak yang gaduh dengan kau masa hari pertama sekolah."

Aku cuba menghadam kata-katanya.

"What?! Kau?! Kau yang buli aku dulu tu?!" Terkejut gila aku! Addrian ke orangnya?!

"Yeah! Akhirnya kau ingat aku! Yup! Akulah tu. Yang tarik rambut kau dulu."

Tiba-tiba cerita itu berlayar dalam kotak fikiranku. Masa tu ada seorang budak lelaki tarik rambut aku. Gigih tau aku belajar ikat rambut dari mama masa tu! Senang-senang pula dia nak rosakkan!

Sebab aku geram sangat dengan budak lelaki tu, aku terus ambik beg dia bawak lari! Dia pun bawak lari beg aku. Lepas tu kami pun berkejar-kejaran. Budak lain sibuk menangis nak balik, budak darjah 1 lah katakan.

"Bagi beg kita, kita bagi beg awak balik!" Ujar budak lelaki itu.

Aku dengan naifnya menyerahkan begnya. Baru sahaja aku ingin mengambil beg aku, budak lelaki itu cabut lari dengan beg aku sekali. Lepas tu aku menangis teruk dan mula bencikan budak lelaki nakal tak guna tu!

Kemudian sesi pembelajaran bermula. Masa pertama, pendidikan jasmani! Semua orang diarahkan untuk berkumpul di padang. Tiba-tiba seorang cikgu bersuara.

"Hai nama cikgu, Jennifer, semua panggil Cikgu Jennifer ya?" Katanya ceria.

"Baik cikgu!" Semua sudah gembira sebab cikgu itu nampaknya tak garang.

"Baik, cikgu nak semua orang cari kawan ye! Cikgu bagi masa, satu minit je! Kalau lambat cikgu akan pasangkan lelaki dengan perempuan! Jadi, cepat!"

Semua tergopoh-gapah mencari kawan masing-masing. Aku cuma memerhati. Takde siapa nak kawan aku ke ni? Sedih tau! Tadi aku ada berkenalan dengan sepasang kembar, tapi satu kumpulan hanya boleh ada dua orang je! Aku tersisih!

"Baik! Masa tamat! Siapa tak dapat kawan lagi? Oh kamu berdua je ke tak dapat kawan? Kalau camtu, kamu berdua satu kumpulan."

Aku memandang budak yang turut tidak mendapat pasangan itu. Malangnya kami ni.

Tidak! Kenapa dia! Budak ni budak yang tarik rambut aku tadi! Tak nak kawan dengan dia! Mummy! Ikha nak balik!

"Taknak!" Aku menggeleng. Aku benci budak lelaki tu!

Cikgu tidak menghiraukan aku. Dia hanya menarik aku mendekati si nakal itu! Ish benci!

"Ok, semua dah ada pasangan! Cikgu Jennifer ni berasal dari  Sabah tau! Jadi cikgu nak ajar kamu semua tarian Sumazau. Mesti ramai tak tahu kan? Cara dia macam ni..." Kata Cikgu Jennifer sambil menunjukkan cara tarian Sumamau? Sumasau? Sumasuma? Eh! Aku tak tahu lah!

Nak tebeliak mata aku. Aku kena buat camtu ke? Dengan si nakal ni?! Mummy! Cepatlah kita pindah! Tak nak sekolah sini!

Caranya berdiri face to face dengan pasangan pastu menari macam burung nak terbang sambil pusing-pusing. Dekat sangat lah!

Mahu tak mahu, aku menari jugak. Itupun lepas Cikgu Jennifer mendesak.

Menyampah aku menari dengan dia ni! Ikut hati, nak aje aku libas dia ni.

"Sarah?" Suara Addrian mengejutkanku.

"Addrian? Serius itu kau?!" Tanyaku gembira! Aku tak marah. Happy gila bila jumpa balik kawan lama. Eh silap! Musuh lama!

"Yup sweetie, that's me." Katanya senang.

"Bukan kau tua setahun ke dari aku? Kenapa kita sama kelas pula masa tu?" Bingung jugak aku.

"Aku sengaja masuk kelas yang salah. Sebab aku ada ternampak bidadari comel ada kat dalam kelas tu, sebab tulah aku sengaja tersalah masuk kelas darjah 1." Katanya lalu ketawa.

"Really?! Tapi kenapa kau dah tak ada lepas tu? Yang aku ingat, aku jumpa kau masa hari pertama je."

"Aku kena demam campak. Teruk jugaklah. Lepas aku dah sihat pun mama aku tak bagi aku masuk sekolah lagi. Dia suruh aku berehat. Sayang sangat mama kat aku sampai sebulan cuti!"

"Patutlah! Pelik juga aku kenapa kau datang sekolah pada hari pertama je." Tanpa aku sedari, aku semakin selesa berbual dengannya.

"Aku rindu gila dengan kau, tapi bila aku dah datang sekolah balik kau dah tak ada. Sedih aku hanya tuhan sahaja yang tahu bila Cikgu jennifer cakap Sarah Zulaikha dah pindah."
Katanya sedih.

"Kiranya, kau frust lah ni?" Aku mengertawakannya.

"Mestilah! Gila tak frust! Sampai masuk sekolah menengah pun aku masih tak dapat lupakan kau tau!"

"Tipu! Takkan lah!" 9 tahun?! Macam tak pecaya pulak!

"Terserah, tapi lepas kawan aku tunjuk gambar kau kat instagram aku terkejut gila. Lagi terkejut bila tengok username kau, S_Zulaikha99. Masa tu aq happy gila! Menyesal pulak aku sebab tak suka main facebook, instagram, twitter dan segala macam! Aku nekad nak jumpa kau. Aku jumpa satu gambar yang kau tengah pakai tudung sekolah kat instagram. Tengok lencana, SMK Megah. Balik je rumah, aku terus minta papa aku pindahkan aku ke sini."

Tiba-tiba aku rasa terharu, dia pindah sini sebab nak jumpa aku je ke? Wah! Sweetnya!

"Jadi kau tinggalkan Michael sebab aku?"

"Bukan sebab kau je. Juga sebab cinta yang dah lama tersemai ni." Romantik sangat nada suaranya! Aku, aku cair!

"Mengarutlah!"

"Betul, aku harap kau percaya. Perasaan aku pada kau dah hidup subur dalam hati ini sepanjang 9 tahun kita terpisah. Kita jumpa hanya sekali, tapi bekas yang kau tinggalkan, sangat dalam!"

Aku berasa terharu. 9 tahun?! Biar betul?! Macam novel pulak! Aku benar-benar terharu.

"Kalau camtu, kenapa kau asyik cari gaduh dengan aku? Kata rindu bagai."

"Dah kau tak ingat aku, sedangkan sekilas je aku nampak gambar kau kat instagram dulu aku dah kenal dah! Lagipun aku cuba nak buat kau ingat kat aku. Yelah, pertama kali kita jumpa dulu pun kita gaduh gak. Sebab tu lah aku nak kacau kau lagi macam dulu. Mungkin dengan cara tu kau akan ingat aku, tapi malangnya tidak." Panjang lebar dia bercakap. Kalah ucapan 'sepatah dua kata' dari YB.

Aku ketawa panjang.

**********************************

"Betul! Masa kita menari tu aku rasa macam nak tampar je muka pelik kau tu. Hahahaha." Aku ketawa.

Tak ramai pelajar yang ada kat astaka hari ni. Cuma ada beberapa orang pelajar yang sedang sibuk berbual.

"Muka pelik? Sampai hati!"

Semenjak semalam, aku dan Addrian sudah berdamai. Genjatan senjata juga telah dilancarkan. Kami dah jadi kawan.

"Hahahaha. Betul! Seingat aku memang muka kau pelik gila masa tu hahahaha."

"Eleh, dulu tu muka budak hingusan, sekarang ni macam mana? Macho kan?" Addrian menolak rambutnya ke belakang. Pergh! Memang juling lah siapa cakap tak hensem!

"Hensem! Wuuu, sebakul sampah untuk anda! Perasan je lebih!" Aku menolak kepalanya menggunakan jari telunjuk.

"Jangan lah tipu, aku tahu aku hensem!" Dia mengenyitkan mata kirinya.

"Bluek! Perasan!" Bibir cakap macam tu, padahal hati sibuk memuji. Alahai sejak dah istihar damai ni aku tengok dia makin hensem pulak! Ahaks! Terserlah gatal aku kat situ.

"Sarah!" Aku terkejut mendengar seseorang menjerit memanggil namaku.

Firdaus berjalan mendekati aku dan Addrian. Kemudian dia pandang aku tajam. Apa? Aku ada buat salah ke?

"Aku call kau semalam kenapa tak dapat?" Nampak macam marah je dia ni? Kenapa? Period ke?

"Kau ada call ke? Sorry, tak perasan pulak. Lagipun semalam aku oncall dengan si biawak ni sampai tengah malam. Sorry!"

Seram pulak aku bila tengok mamat bedua ni. Mana taknya! Dua-dua pandang macam nak telan. Telan lah! Tercekik kang padan muka. Aku ni tak reti nak buat pertolongan cemas.

"Jom, aku nak minta tolong kau kejap." Kemudian dia menarik tangan aku.

"Eh? Eh? Firdaus, jangan lah jalan laju sangat! Addrian, nanti kita sambung sembang." Aku kuatlan sedikit suara supaya Addrian dapat mendengar suara aku.

Firdaus mengheret aku ke dalam bilik disiplin.

"Haritu kau yang save semua senarai nama dalam laptop ni kan? File yang mana satu ni? Aku tak jumpa."

Lah! Minta senarai nama rupanya. Ingatkan dia nak marah aku ke apa.

"Dalam file yang ni." Aku duduk di sebelahnya. Huish! Wanginya! Nak promote minyak wangi ke apa ni.

"Okey, thank you." Ujarnya perlahan.

"Kenapa Medina tak datang hari ni?" Hari ni mummy yang hantar aku kesekolah. Sampai je tadi, Medina tak ada pulak.

"Dia cakap dia pening sikit." Kata-katanya membuatkan aku terangguk.

Kejadian kemarin berlayar di kotak fikiranku. Nak throwback jap.

"Sarah.. aku, aku tak faham. Macam mana pula kau boleh cakap aku suka si Addrian tu pula?" Dia tertawa.

"Habis tu, kenapa kau terus blah?" Aku tak puas hati, mesti dia suka Addrian ni! Nak korek rahsia lah katakan.

"So? Kan dia tengah confess kat kau tu, takkan aku nak kacau daun pulak." Dia hanya selamba tapi dari mata Medina aku tahu dia tipu!

"Tapi kau macam sedih je." Aku masih lagi cuba menekannya.

"Sedih kenapa pula?" Dia menggaru kepala.

"Aku dah tau lah, pasal Merian, tu mesti gabungan nama kau dan Addrian kan? Pastu mestilah kau sedih sebab orang yang kau suka, suka kawan baik sendiri! Medina, I'm sorry. Tak payah lah nak berdalih lagi." Panjang aku berucap.

"Hahahaha!" Medina ketawa kuat. Tangan kirinya memegang perut manakala tangan kanannya menepuk dinding kuat. Hui! Teruk betul cara dia ni ketawa. Dah macam langsuir aku tengok.

"Sarah, aku rasa kau ni dah overdose novel sangat lah! Medina + Addrian = Merian. Hahahaha! Macam manalah kau boleh fikir sejauh itu? Look, aku memang, tak ada rasa sebutir atom pun kat Addrian tu. Kau janganlah risau, aku takkan rampas dia dari kaulah."

"Hish, ingat dia tu barang ke nak rampas-rampas. Fyi, aku bukan serbu kau camni sebab aku suka dia. Yew! Tak! Menyampah! Tapi, kalau kau suka dia, aku boleh tolong." Aku nenjongketkan kening.

"Mengarut! Kau ni tak boleh berhenti merapu ke?"

"Memang tak boleh. Jadi? Confirmlah yang kau tak suka dia ni?"

"Ya Sarah! Confirm!" Katanya dengan yakin.

Kalau orang lain mesti diorang dah percaya. Tapi aku tak! Aku dapat hidu rasa cemburu dia. Aku dapat nampak tulisan kat dahi dia, 'Aku suka Addrian'. Aku tahu dia cuba sembunyikannya! Aku yakin! Aku berani potong ayam kalau dia memang sebesar atom pun takde perasaan dekat Addrian. Nampak tak betapa tingginya keyakinan aku tu?

Throwback tamat.

"Okeylah, aku nak chaw! Bye! Kau tunggu aku eh? Nanti kita pulang sama-sama." Aku menguak pintu bilik disiplin tersebut.

"Tunggu!" Aku berpaling. Dia pandang aku, aku pandang dia. Sweet tak? Serta merta aku teringat tentang cerita Medina.

Firdaus yang tak garang langsung, boleh mengamuk sebab ada orang buat aku menangis. Dia, dia suka aku ke?

"Apa hubungan kau dengan Addrian?" Soalnya. Macam berbaur rasa cemburu. Aku tersenyum.

"Old enemy." Lalu aku ketawa kecil.

"Maksud?" Katanya seperti tidak puas hati.

"Nantilah aku cerita, cerita panjanggg ni!"

"Tapi tak ada special relationship kan?"

Aih? Soalan bukan main. Cemburu ke ni? Kalau cemburu maksudnya dia suka aku. Aku pula suka bila dia cemburu, adakah ini dinamakan cinta? Ahaks! Gurau je lah!

"Nope!" Kataku sambil tersenyum.

"Good! Jumpa kau kat pagar." Hilang terus muka ketatnya tadi. Diganti pula dengan senyuman versi lelaki melayu terakhir edisi terhad.

"Okey!" Aku juga melemparkan senyuman versi perempuan melayu terakhir edisi tak berapa nak terhad.

Bab ni panjang sikit. Hahahaha. Maafkan typo saya ya *^▁^* Komen dan vote amatlah dialu-alukan. Ahaks ≧﹏≦ Komen lah juga kekurangan citer ni agar saya dapat baikinya*cewah* <(@ ̄︶ ̄@)>

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

2M 78.5K 54
Irfan Hakimi. Seorang pensyarah muda yang paling terkenal di kampus atau erti kata lainnya Lecturer Paling 'Hot'. 'Hot' sangat ke? Eleh, semua tu tak...
1M 114K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...
1.6M 120K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
256K 11.1K 81
| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yan...