nazrin amsyar : his another h...

By caramelkaychiato

7.1K 663 97

Nazrin Amsyar | Aalya Syahmina " Sejak awal sudah diingatkan, risiko besar perlu diambil sekiranya hubungan... More

amsyar's || 000
amsyar's || 001
amsyar's || 002
amsyar's || 003
amsyar's || 004
amsyar's || 005
amsyar's || 006
amsyar's || 007
amsyar's || 008
amsyar's || 009
amsyar's || 010
amsyar's || 011
amsyar's || 012
amsyar's || 013
amsyar's || 014
amsyar's || 015
amsyar's || 016
amsyar's || 017
amsyar's || 018
amsyar's || 019
amsyar's || 020
amsyar's || 021
amsyar's || 022
amsyar's || 023
amsyar's || 024
amsyar's || 025
amsyar's || 026
amsyar's || 027
amsyar's || 028
amsyar's || 029

amsyar's || 030

117 5 2
By caramelkaychiato

Aalya bergegas turun dari biliknya menuju ke pintu utama.

“ Dah sampai ke? Awalnya. “ tegur Encik Azri

“ Dia mana pernah lewat, Tok’ki. Lya yang selalu lewat. “ kata Aalya dan Encik Azri sekadar tersenyum. Cucunya itu kalau sudah jatuh cinta, semuanya didahulukan saja

Aalya membetulkan sedikit selendang yang dipakai. Ini namanya, fesyen lilit asal jadi. Asalkan tak nampak tengkuk, rambut, dikira on lah!

“ Siapa datang? “ tanya Puan Azimah yang baru sahaja keluar dari biliknya

“ Kekasih hati cucu kita lah. Kata Syauqi, dia upahkan Amsyar jadi guru tuisyen Aayan. “ terang Encik Azri kepada isterinya

Tahu-tahu sajalah apa yang isterinya itu bakal komenkan. Dia tu, sekali kata tidak setuju, sampai ke penghujunglah tidak akan dia ubah pendiriannya itu.

“ Syauqi upah cikgu tuisyen? Cucu-cucu saya ni dah cukup pandai. Tuisyen tak perlu. Membazir duit saja. “ kata Puan Azimah lalu duduk di sebelah suaminya itu dengan tangan yang disilangkan di dada

Aalya hanya mendengar. Nak buka mulut, tak berani pula dia.

“ Assalamualaikum, Adiratna saya. “ sapa Amsyar yang baru sahaja keluar dari kereta Honda Civic 1.5E hitam miliknya itu

“ Eh? Sorang? Mana Han? “ tanya Aalya yang mula menjenguk-jenguk cermin tinted yang gelap itu, tercari-cari susuk tubuh Farhan yang dirindui.

Eh Eh Eh…

“ Kenapa cari Han? Rindu dia lebih dari awak rindu saya ke? “ gurau Amsyar lalu begnya di ambil

“ Kalau saya kata ya? Tiba-tiba rasa rindu Han dengan Vic lebih. Almaklum, saya jarang jumpa diorang. “ seloroh Aalya

Kalau Amsyar dah keluarkan kad untuk bermain, tak salah kalau dia balas juga kan?

Manja-manja dalam hubungan bukan baik untuk kesihatan ke, kan kan?

“ Jangan nak rindukan Han tu sangat. Dia dah berpunya. “ kata Amsyar membuatkan mata bulat gadis itu terjegil

Biar benar!

“ Awak tak payah nak buat lawak lah. “ kata Aalya. Entah kenapa susah sungguh baginya untuk menerima berita tersebut

“ Tak nak percaya sudah. Awak ingat Han tu nak kalah ke dengan saya? Saya dah berpunya, dia pun nak berpunya juga. “ kata Amsyar

Bibirnya hanya dicebikkan.

Sengaja.

Betul atau tidak info itu hanya dia yang tahu.

“ Jangan lah nak main-main! “ marah Aalya

Amsyar sekadar menjongketkan bahunya lalu menapak masuk ke dalam rumah agam itu. Kasutnya dibuka dan diletakkan di atas rak kasut yang tersedia.

Dirinya sudah biasa dengan selok-belok rumah itu. Nampak sangat dia selalu datang.

“ Assalamualaikum. Oh, Encik Azri dengan Puan Azimah pun ada? “ sapa Amsyar dengan mesra

Aalya yang sudah memuncung sepanjang 15 cm itu hanya dihiraukan.

“ Kan Tok’ki dah pesan, tak payah ber-encik-encik. Kita bakal jadi keluarga juga. “ kata Encilk Azri lalu bangun sebelum salam yang dihulurkan oleh Amsyar itu disambut

“ Bakal jadi keluarga? Apa maksud abang? Dia ni siapa? “ tanya Puan Azimah dengan kerutan di dahinya

“ Saya Nazrin Amsyar Nazri Shah. Guru tuisyen Aayan. “ kata Amsyar, memperkenalkan dirinya

Dia pun tidak pernah bertemu dengan wanita tua itu. Aalya sendiri sudah maklumkan betapa hipokritnya nenenknya itu.

“ Inilah buah hati cucu sulung kita tu. Itulah, hari itu bila kita pergi ke rumah keluarga Amsyar, awak sibuk sangat jumpa orang lain. “ kata Encik Azri

“ Pembetulan ya, abang. Orang lain apanya? Bakal cucu saya juga si Mikhael itu. Saya memang dah lama berkenan dengan dia. “ kata Puan Azimah

Aalya yang mendengar sebrais nama ‘Mikhael’ itu terus membuatkan mood-nya musnah.

“ Dahlah, awak naiklah ke atas dulu. Aayan dah tunggu. Nanti saya bagitahu papa dengan mama awak dah sampai. “ kata Aalya lalu belakang Amysar ditolak sedikit demi sedikit menuju ke lif rumahnya.

Sudahlah pertemuannya dengan Mikhael tempoh hari yang secara tidak sengaja dan tiba-tiba itu masih bermain difikirannya. Tambah pula, waktu itu, Amsyar turut berada di situasi yang tidak diizinkan itu.

Sudahlah mereka tidak berbicara sama sekali mengenai peristiwa itu, sedikit pun salah-seorang antara mereka menanya. Semuanya dibiarkan hilang, lupus begitu sahaja.











━━━━━━









“ Mama bancuh air untuk Naz ke? “ tanya Aalya setelah dia melangkah masuk ke dalam ruang dapur itu

“ Air untuk Naz ada dekat tepi sana tu. Lya bawakkan ya. Mama nak masak untuk tetamu Tok Nek nanti. “ kata Puan Amanina

Tetamu neneknya? Siapakah?

Setahu dia, neneknya itu walaupun lagaknya macam datin-datin, namun dia tidak mempunyai ramai kenalan yang rapat. Tambahan pula, setelah atuknya bersara, kedua-dua mereka menetap di Singapura. Ini pun baru sebulan kembali ke Malaysia.

“ Sejak bila Tok nek ada kawan? “ tanya Aalya dengan mulit tidak ada lesennya itu

“ Mama cubit mulut kamu tu nanti. Apa pula kata Tok nek tak ada kawan. Tak baik. “ marah Puan Amanina

“ Maaf, maksud Lya, Tok nek mana ada kenalan rapat dekat sini. “ ulangnya dengan ayat yang lebih sopan

Puan Amanina hanya mendiamkan diri.

“ Mama fikir apa tu? “ tanya Aalya dengan wajah risau

“ Tak ada apa-apalah. Pergi hantar air tu dekat atas. Kesian Amsyar. “ arah Puan Amanina

Aalya hanya menurut pertintah lalu membawa sedulang air oren ke bilik belajar yang berada di tingkat dua rumahnya itu.

Sebaik sahaja dia tiba di aras itu, dia terdengar suara orang bersmbang-sembang dengan galaknya.

‘ Aik? Tadi macam sunyi sepi rumah ni? ‘ katanya di dalam hati

Mungkin tetamu neneknya sudah sampai. Aidainya.













━━━━━━











“ Kamu tidur ke apa dalam kelas bila cikgu terangkan pasal topik ni? “

Kedengaran suara Amsyar sehingga ke luar bilik belajar itu. Terhenti seketika kaki Aalya.

Marahkah jejaka itu?

Entah apalah yang Aayan dah lakukan sampai jejaka itu mampu menninggikan suaranya.

“ Aayan, soalan ni senang tahu? Soalan bonus! Kalau dibandingkan dengan soalan matematik yang kamu suka, ibarat soalan ini soalan 2 + 2 “ kata Amsyar lagi

Pintu bilik belajar yang terbuka sedikit dijenguk. Aayan yang sudah tunduk ke lantai, dan Amsyar yang mula bercekak pinggang.

Gerun!

“ Naz… “

Sopan sungguh Aalya memanggil nama jejaka itu. Auto sejuk hati.

Cewahh!

“ Adiratna… Masuklah… “

Amsyar yang berdiri sebentar tadi terus duduk di atas kerusi yang bertentangan dengan Aayan.

“ Maaf kalau saya menganggu. Mama suruh hantar air ni. Mesti awak penat terjerit-jerit dekat Aayan kan? “ kata Aalya sempat memperli adiknya itu

Aayan yang dengar namanya disebut terus mendongakkan kepalanya. Satu jelingan maut diberi tapi… Siapa kesah!

“ Jerit? Dengar sampai ke luar ke? “ tanya Amsyar sebelum bismillah dibaca dan air oren itu diteguk laju. Memang kering tekaknya sejak tadi

“ Sikit lah. Tak apa, adik saya ni memang suka buat orang terjerit-jerit dekat dia. “ kata Aalya

Buku latihan Bahasa Melayu SPMadiknya itu diambil. Matanya terarah pada soalan tatabahasa yang boleh dikatakan, hampir semua soalan itu salah dijawab.

“ Yan, ni soalan budak darjah satu kau tahu tak? “ kata Aalya sebelum memandang adiknya dengan kerutan di dahi

Habislah dia. Tadi kena dengan Amsyar, ini kena dengan Aalya pula.

Memamg kuat sungguhlah jodoh mereka berdua itu!

“ Kata adjektif, kata sendi nama, kata kerja, kata nama. Macam mana kau boleh salah? Markah bonus!

Amsyar pula merehatkan dirinya. Badannya disandarkan di kerusi itu.

Biarlah Aalya mengambil alih untuk memarahi pelajarnya itu.

Syabas wahai kekasih hati!

“ Sehebat mana sekalipun markah subjek sains kau, matematik kau, kalau subjek ni kau gagal, tak ada makna. Kalau kau dapat semua A+ sekali pun, kalau subjek ni kau G. Dikira semua gagal! “

Aalya mula bercekak pinggang.

Dia tahu dia tidak sehebat adiknya di dalam mata pelajaran sains dan matematik, namun dia cukup bersyukur dia mahir dalam bidang sastera dan bahasa.

Kalau diikutkan markah SPM-nya, subjek sains dan matematiklah subjek yang paling rendah. Berbanding subjek bahasa dan sejarah, semuanya A+ belaka!

“ Sudahlah, kelas kita sampai sini saja buat hari ini. Kamu mesti letih. “ kata Amsyar lalu mengemas buku-buku dan barang-barangnya.

“ Saya minta maaf, abang. Eh… Cikgu. “ kata Aayan

“ Cikgu faham, kalau kita tak seberapa minat dengan satu-satu subjek tertentu, mita memang akan jadikan subjek itu subjek terakhir untuk diberikan tumpuan. Usah dikatakan kamu seorang, semua orang macam tu. “ kata Amsyar

Begnya digalas sebelum menuju ke Aayan lalu bahu Aayan ditepuk perlahan.

“ Cikgu marah sebab cikgu nak awak berjaya. Kalau nak A, biar semua subjek dapat A. Baru cantik sijil SPM awak nanti. “ sambungnya

“ Kalau tak faham, tanya. Cikgu tahu awak ni pandai. Tapi tak salah kalau bertanya. “

“ Kalau tak tanya, sesat jalan. “ kata Aalya dan Amsyar serentak

Kedua-dua mereka bertentang mata sebelum masing-masing ketawa.

Comel.










━━━━━━










“ Kecut muka Aayan tengok awak tadi. “ kata Aalya, menemani Aamsyar hingga ke pintu depan rumahnyha

Kalau nak ikut balik sekali, risau pula tiba-tiba ada yang kena serbu.

Aish, minta dijauhkan!

“ Awak jangan bertegas dengan dia. Cukuplah saya seorang. Boleh stres dibuatnya nanti. “ pesan Amsyar

Aalya hanya angguk malas. Tegas tak tegas, dia tetap kakak. Sudah pasti dia ingin yang terbaik buat adiknya itu.

Sedang mereka seronok berbual-bual. bermesra-mesra seperti merekalah sahaja pasangan bahagia, tiba-tiba Aalya dikejutkan dengan suara seseorang yang memanggilnya.

“ Lya, tengok ni siapa datang! “

Mata Aalya tercantap pada susuk tubuh Ibu bapanya, atuk neneknya, serta tiga lagi orang tetamu yang cukup dia kenali.

“ O-Oh… Inilah tetamu Tok Nek? “ tanya Aalya lambat-lambat

Aalya meninggalkan sisi Amsyar buat seketika lalu menyalami wanita separuh usia itu.

“ Assalamualaikum aunty, uncle. Lama tak jumpa. Sihat? “ tanya Aalya

“ Alhamdulillah, aunty dengan uncle sihat. “ kata Datin Seroja yang merupakan bekas-bakal ibu mertuanya itu

Ya! Bekas-bakal ibu mertua!

“ Lya, tanyalah khabar Mikhael juga. Tak baik kalau tak tegur. “ celah Puan Azimah

Wah wah, excited sungguh!

‘ Tak perlu tanya, tak tanya pun dah tahu. ‘ balas Aalya di dalam hati

Aalya erdiri di sebelah Puan Amanina. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia lari dari sini!

We meet again.

Mikhael bangun dari duduknya lalu menuju ke arah Amsyar sebelum tangannya dihulurkan untuk menyalami jejaka itu.

Senyuman sinis tidak lepas dari bibirnya.

Nice to meet you, Adam Mikhael Dato’ Mukhriz Mujahid. “ balas Amsyar dengan wajah tenang namun penuh makna!

Told you, I knew you before. I wish I could remember this suspicious guy. “ balas Mikhael

Aalya hanya memerhati.

Suspicious guy? Apa yang dimaksudkan oleh Mikhael?

“ Aunty, Uncle, saya minta izin untuk beredar. Minggu depan saya datang macam biasa untuk ajar Aayan. “ kata Amsyar

Tak ingin dia berlama-lama di sini. Kalau diikutkan hati panasnya itu, sudah lama satu tumbukkan melayang tepat pada wajah kacak MIkhael itu.

“ Eh, Aunty dah masak untuk Amsyar. Kita makan sama-samalah. “ pelawa Puan Amanina namunditolak lembut oleh Amsyar

“ Lya hantar Amsyar. “ kata Aalya

Cepat-cepat dia mengekori duduk tubuh Amsyar dari belakang.

Mikhael sekadar tersenyum kemenangan. Akan dia bongkarkan segara rahsia yang tersimpan kemas oleh jejaka itu.

Baik di luar, tak semestinya baik di dalam bukan?







-ℕ 𝔸 ℤ ℝ 𝕀 ℕ 𝔸 𝕄 𝕊 𝕐 𝔸 ℝ-

━━━━━━ ❝ Risau! Makin lama, Mikhael makin merisaukan! Apa motif dia sebenarnya eh?? ❞

Continue Reading

You'll Also Like

42.8K 3K 55
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
74.9K 8.8K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
3.2M 285K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
70.9K 6.4K 25
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...