nazrin amsyar : his another h...

By caramelkaychiato

7.1K 663 97

Nazrin Amsyar | Aalya Syahmina " Sejak awal sudah diingatkan, risiko besar perlu diambil sekiranya hubungan... More

amsyar's || 000
amsyar's || 001
amsyar's || 002
amsyar's || 003
amsyar's || 004
amsyar's || 005
amsyar's || 006
amsyar's || 007
amsyar's || 008
amsyar's || 009
amsyar's || 010
amsyar's || 011
amsyar's || 012
amsyar's || 013
amsyar's || 014
amsyar's || 015
amsyar's || 016
amsyar's || 017
amsyar's || 018
amsyar's || 019
amsyar's || 020
amsyar's || 022
amsyar's || 023
amsyar's || 024
amsyar's || 025
amsyar's || 026
amsyar's || 027
amsyar's || 028
amsyar's || 029
amsyar's || 030

amsyar's || 021

213 16 6
By caramelkaychiato

   Aalya masih terus dengan misinya untuk mengganggu hidup seorang Victor Daniel. Dia masih tidak puas untuk melayan dan menundukkan 'Mr Arrogant'  itu. Dia ingin membuktikan bahawa dia mampu untuk menjatuhkan sikap Victor yang beku ibarat ais di Antartika.


" Nak kacau Victor lagi ke? " Tanya Amsyar kepada Aalya yang sedang memandang anak-anak muridnya yang sedang menghadiri kokurikulum, perjumpaan sukan dan permainan itu

" Misi tetap perlu diteruskan. " Kata Aalya dengan matanya yang berapi-api

Amsyar sekadar menggelengkan kepalanya melihat telatah Aalya.

" Misi apa hm? Awak tu yang nak kacau dia, bukan main ada misi bagai. " Kata Amsyar lagi

" Shh! Misi ni penting! Awak sokong dari jauh je! " Marah Aalya dengan matanya yang membulat

Amsyar ketawa kecil namun dia cepat-cepat terdiam setelah mata bulat itu kembali memandangnya.

" Jangan gelak! Awak ingat senang ke nak tundukkan lelaki yang beku macam tu? " Kata Aalya lagi

Amsyar hanya tersenyum. Hanya dia yang tahu bagaimana perangai sebenar Victor di rumah. 'Mr Arrogant' yang ditakuti itu terus hapus dengan sekelip mata setelah Victor menjejakkan kaki ke rumah. Dia ibarat ada dua split personality.

Amsyar masih setia di sisi Aalya dan tidak berganjak walau sekali. Sudah banyak gosip dibualkan oleh para pelajar di sekolah itu mengenai keakraban Aalya dan Amsyar namun Amsyar hanya membiarkan saja. Asalkan dia bahagia bersama gadis ini.

Aalya kemudiannya memandang ke arah Amsyar lalu tersenyum lebar.

" Nak sesuatu dari saya lah tu, kan? " Tanya Amsyar lalu Aalya menganggukkan kepalanya seperti burung belatuk

Amsyar menyilangkan tangannya dan keningnya diangkat sebelah. Terserlah wajah tampan itu dengan senyuman sinis yang diberi.

" Victor dekat mana? " Tanya Aalya

Amsyar menjeling. Ingatkan apa tadi namun nama lelaki itu juga yang disebut dan ditanya.

' Aku dekat depan mata ni tak nak pula dia beria. Dengan Vic bukan main dia terkejar-kejar. ' kata Amsyar di dalam hatinya

" Ada dalam bilik guru. Dia tak ada kelas. " Jawab Amsyar berbasa-basi

Alya menepuk-nepuk tangannya lalu kakinya terus diangkat menuju ke bilik guru yang terletak di tingkat dua.

Sebaik sahaja pintu bilik guru itu dibuka, mata Aalya terus melilau mencari susuk tubuh seorang jejaka bernama Victor Daniel.

" Victor Daniel… Victor Daniel… " nama itu disebut-sebut sambut matanya meneliti setiap satu meja yang terdapat di bilik guru itu

Hanya ada beberapa orang guru sahaja yang tinggal disebabkan masa sesi pagi sudah lama tamat dan beberapa guru sesi petang yang lain telah masuk ke kelas masing-masing.

Mata Aalya memandang ke kiri dan ke kanan sehinggalah orang yang dicari-cari akhirnya ditemui.

Cak !!

" Hai ! " Sapa Aalya dengan mesra

Victor memandang wajah Aalya sekilas sebelum matanya memandang ke arah skrin telefon pintarnya.

" Cakaplah hai balik. Sombong. " Kata Aalya

" Bye. "

Alya menarik kerusi di meja sebelah yang kosong lalu duduk berdekatan dengan Victor. Victor memandang Aalya dengan sebelah matanya. Alatan tidak langsung takut mahupun hendak beredar.

" Sibuk? " Tanya Aalya

" Buta? " Jawabnya

Aalya makin lama makin geram dengan cara layanan yang diberi oleh Victor terhadapnya.

" Yes, I am blind. Make me able to see , Mr Victor Daniel. " Kata Aalya yang mula mengorak ayat-ayatnya

Telefon itu terus diletakkan dan kini Aalya mendapat sepenuh perhatian Victor. Victor memusingkan badannya menghadap Aalya lalu kerusiyang didudukioleh gadis itu ditarik dengan tenaga jantannya. Terkejut beruk Aalya dengan tindakan Victor.

" Make you? " Tanya Victor dengan senyuman sinis di bibirnya

Aalya menelan air liur… perit rasanya tatkala dia perlu berhadapan dengan Victor.

" Aku suka perempuan macam kau… berani… " kata Victor lagi

" You ingat semua perempuan lemah ke? Jangan pandang sebelah mata. " Balas Aalya

" I like someone like you… " tambah Victor

Jantung Aalya berdegup kencang. Bukan sebab malu atau gugup tatkala berhadapan dengan Victor tapi dia takut… entah kenapa aura Victor membuatkan dia menggigil.

" Aku suka perempuan yang tak mudah menyerah kalah macam kau… kau tetap nak aku walaupun aku tolak kau. " Sambungnya

Mulut Aalya terkunci.

' Matilah aku… " kata Aalya di dalam hatinya

" Plus, you're pretty… " katanya lagi

Tangannya digenggam erat. Matanya tidak lagi mampu untuk menatap mata Victor seberani tadi.

" Did you lose your words, Honey? " Tanya Victor

Aalya hanya mampu mendiamkan diri. Dia tak sangka Victor akan suka dengan kelakuan yang suka mencabar itu.

" Let out your sweet voice, I wanna hear them. " Sambungnya

Aalya semakin gelisah. Dia berharap sangat ada orang yang mampu menolongnya saat ini.

Victor pula semakin seronok melihat Aalya yang tidak tentu arah. Matanya tidak lepas dari memandang mata bulat itu. Ketakutan dalam diri Aalya dapat dirasai oleh Victor. Itulah, siapa suruh cabar 'Mr Arrogant' ini.

Mata Victor masih tidak lepas dari memandang Aalya. Wajah putih mulus itu kini membahang. Terserlah kemerah-merahan di pipinya.

Such a pretty girl. Just want you to know, when I like someone, I’ll make sure they're gonna be mine. “ kata Victor lalu tangannya menganggam pemegang kerusi yang diduduki oleh Aalya

Mine, at any costs. “ sambungnya

Boom!! Masak lah Aalya kali ini!

Kringgggggg !!

" Masa untuk aku masuk kelas. " Kata Victor lalu dia bingkas bangun dan segala buku-buku yang diperlukan dicapai

Aalya turut berdiri dan dia ingin beredar sebelum langkahnya terhenti tatkala Victor menghulurkan telefon bimbitnya ke arah Aalya.

" Insert your phone number. Jangan sesekali kau nak menipu aku. " Arah Victor

Alya hanya menurut akan kehendak lelaki itu sebelum Victor tersenyum kemenangan.

' I like her, and she will be mine. ' katanya di dalam hati








-ℕ 𝔸 ℤ ℝ 𝕀 ℕ 𝔸 𝕄 𝕊 𝕐 𝔸 ℝ-

━━━━━━ ❝ Hah sudah… Siapa nak tolong Aalya woih! tunggulah sambungan next chap ye byebye 💕 ❞

Continue Reading

You'll Also Like

71.1K 6.4K 25
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
41.6K 5K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
260K 10.2K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
600K 23.7K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...