nazrin amsyar : his another h...

Por caramelkaychiato

7K 663 97

Nazrin Amsyar | Aalya Syahmina " Sejak awal sudah diingatkan, risiko besar perlu diambil sekiranya hubungan... Más

amsyar's || 000
amsyar's || 001
amsyar's || 002
amsyar's || 003
amsyar's || 004
amsyar's || 005
amsyar's || 006
amsyar's || 007
amsyar's || 009
amsyar's || 010
amsyar's || 011
amsyar's || 012
amsyar's || 013
amsyar's || 014
amsyar's || 015
amsyar's || 016
amsyar's || 017
amsyar's || 018
amsyar's || 019
amsyar's || 020
amsyar's || 021
amsyar's || 022
amsyar's || 023
amsyar's || 024
amsyar's || 025
amsyar's || 026
amsyar's || 027
amsyar's || 028
amsyar's || 029
amsyar's || 030

amsyar's || 008

237 31 2
Por caramelkaychiato

     " Terima kasih banyak-banyak, Aalya sebab sudi tolong ustazah. " Kata Ustazah Hamidah

Aalya sekadar memberikan senyuman terpaksanya. Bukan dia tidak mahu, namun dia agak sibuk dengan banyak urusan yang perlu diselesaikan di kolej.

Tapi kalau dah orang minta tolong, ikutkan sajalah. Mana tahu esok lusa, kita pula perlukan pertolongan dia.

" Budak-budak datang tak harini? " Tanya Aalya kepada Ustazah Hamidah

" Ada, ustazah paksa datang. Ada dekat bawah sana. " Balas Ustazah Hamidah lalu Aalya mengangkat kakinya keluar dari bilik guru namun langkahnya terhenti setelah matanya mendapati seseorang memperhatikannya

' Salah pandang kot ' mata Aalya memerhati pintu yang sudah tertutup rapat

" Aalya, jom. Semua dah ada dekat bawah. " Kata Ustazah Hamidah, memberhentikan lamunan Aalya

Aalya sekadar menganggukkan kepalanya dan kakinya melangkah satu demi satu turun ke anjung sekolah itu.

" Zahra, kumpulkan semua ahli dekat sini. " Arah ustazah Hamidah kepada seorang gadis kecil yang memakai tudung sekolah berwarna ungu.

Tak lama selepas itu, lebih dari 20 pelajar perempuan duduk di hadapan Aalya dan Ustazah Hamidah. Semua tugas kini diambil alih oleh Aalya.

" Komander kawad, siapa? " Tanya Aalya memerhati setiap seorang dari pelajar-pelajar itu

Mereka hanya mampu memandang antara satu sama lain sebelum seorang dari mereka menjawab pertanyaan Aalya.

" Tadi dia ada, lepastu dia hilang. " Katanya

Mata Aalya mulai tajam. Memandang setiap seorang dari mereka dengan mata helangnya. Aalya memang tak suka sekiranya orang membazirkan waktunya menunggu.

" Ustazah suruh berkumpul pukul berapa? " Tanya Aalya

" Pukul 2:00. " jawab mereka

" Jadi? Perlu merayap? " Tanya Aalya

Sesetengah dari mereka mengenai Aalya. Siapa tak kenal dengan anak pengetua sekolah yang juga merangkap ketua pelajar sewaktu dia di tingkatan lima dulu. Bukan itu sahaja, Aalya juga merupakan ketua kawad bagi pasukan Puteri Islam dan dia berjaya membawa naik nama Pasukan itu hingga ke peringkat kebangsaan.

Tambahan pula, Aalya seorang yang ramah lagi kan tegas. Semua orang yang menegurnya, pasti akan dibalas dengan ceria namun, sekiranya dia diberi tanggungjawab dan amanah, dia akan pikul dengan serius dan tidak bermain sama sekali.

" Ustazah ada kerja. Dengar cakap kak Aalya ye. Kamu semua beruntung sebab dia nak mengajar kamu semua kawad. " Kata Ustazah Hamidah lalu beredar meninggalkan Aalya dengan pasukannya

Aalya menarik nafas dalam…

' Jangan garang sangat, lari budak-budak ni nanti. ' kata Aalya di dalam hatinya

Dia bukan tidak tahu perangai setiap seorang ahli pasukan PPIM. Sudah lima tahun dia menjadi ahli pasukan ini dulu dan setiap tahun perlu dipaksa menyertai kawad kaki.

Aalya yang gemar dengan aktiviti lasak, dia sendiri dilantik menjadi komander sejak dia di tingkatan tiga, dan beberapa anak-anak asuhannya kini, masih menerapkan ilmu yang sama. Menjadi pelapisnya.

" Sementara tunggu komander korang, akak nak perkenalkan diri dulu lah. Macam kurang ajar je main marah-marah korang tadi. " Kata Aalya dan senyuman manis diberikan

Terpancar wajah lega di setiap seorang pelajar yang berada di depannya. Mata helang yang memerhati sudah di ambil alih oleh mata bulat yang tampak ramah dan ceria.

" Nama akak, Aalya Syahmina Syauqi Adam. Alumni sekolah ni dua tahun lepas. Akak komander dan pengerusi waktu di tingkatan lima. Sekarang, akak ditugaskan untuk ajar awak semua kawad. Nampaknya, dah tak ada sesiapa jadi pelapis lepas akak graduate… " kata Aalya

" Memang tak ada pun kak, dah dua tahun kami tak sertai kawad. " Kata Zahra dan Aalya hanya mengangguk

Tengok muka pun, dia dah tahu ada yang terpaksa…

Aalya memandang ke arah dataran yang dipenuhi dengan pasukan lain seperti Polis, Bomba, Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Tidak dapat disangkal lagi, badan-badan beruniform yang disebutkan tadi memang memberikan 100 peratus karisma dan minat dalam aktiviti seperti ini.

" My ground, my rules, and please do obey my it while I'm here, teaching you. " Kata Aalya kembali dengan nada serious

" Peraturan akak tak susah pun. Waktu kita main, kita main. Waktu kita serius, kita serius. Faham? " Tanya Aalya dan mereka mengangguk

Itulah diri Aalya, terserlah ketegasan dalam kelembutan…

Tap Tap Tap Tap

Aalya menoleh kepalanya ke tepi dan dia melihat susuk tubuh dua orang perempuan berdiri di sebelahnya.

" Ya saya, boleh saya bantu? " Tanya Aalya

Mereka berdua hanya mampu mendiamkan diri. Aalya memerhati mereka dari atas, sehingga bawah.

' Aku tak pernah nampak budak ni. Budak baru ke? ' katanya

" Tu Amira, komander kawad. " Ujar Zahra

Aalya sekadar tersenyum melihat gadis yang berpakaian baju sekolah itu.

" Oh awaklah komander? Pergi mana tadi? " Tanya Aalya

" Maaf kak, tak tahu pula akak akan datang. " Balasnya

Aalya meredakan kemarahan, dia tidak mahu berikan ekspresi yang buruk kepada mereka. Tambahan pula, ini kali pertamanya datang mengajar junior di sekolah ini.

" Awak ni, persatuan PPIM ke? " Tanya Aalya kepada kawan Amira yang berada di sebelahnya sejak tadi

" Saya, pasukan pengakap. " Balasnya

" Awak lari dari latihan kawad kaki? Tak nampak, pasukan awak tengah bertungkus Lumus berkawad dekat tengah panas tu? Tak rasa bersalah? " Tanya Aalya bertubi-tubi

Gadis itu mulai mengambil begnya lalu beredar meninggalkan Amira berhadapan dengan Aalya. Boleh menangis dibuatnya sekiranya dia masih berada di situ.

" Jom, kita mulakan. Basic by basic. " Kata Aalya dan mereka bingkas bangun dari duduk lalu menuju ke arah dataran yang terbuka luas.







━━━━━━








   " Skuad! Bergerak ke kanan, kanan pusing! " Bergema suaranya memberi arahan kepada pasukan kawad yang kini mencukupi 18 orang untuk pertandingan yang akan datang

Biarlah sikit untuk permulaan. Untuk pertandingan ini, dia memang tidak memberi apa-apa ekspektasi tinggi untuk menang. Cukuplah sekadar memberi anak-anak muridnya itu satu pengalaman baru.

" Suara kena macam tu, kalau awak pakai suara tekak, sakit nanti. " Kata Aalya kepada Amira, yang merupakan komander pasukan itu

Amira hanya tersenyum senget dan mengangguk. Makin lama, dia makin menguji kesabaran Aalya.

Nasib anak orang je tu, kalau tak, dah lama berlubang badan dia sana sini. Geram!

" Suara akak besar, suara saya? Macam mana nak buat macam akak. " Jawabnya

Aalya memejamkan matanya buat seketika. Makin lama, makin menjawab.

" Kalau awak selesa pakai suara tekak, awak buatlah. Hari kejadian, suara awak hilang, jangan salahkan akak. " Balas Aalya sebelum menuju ke anjung dan membiarkan Amira mengambil alih

Makin lama dia di sana, boleh naik anginnya. Aalya bukanlah seseorang yang penyabar. Sabarnya ada tahap. Dia tidak mahu tunjuk sifat dirinya yang sedemikian kepada anak-anak buahnya itu.

Mata Aalya tercantap pada susuk tubuh dua orang lelaki yang duduk di atas pentas yang terdapat di anjung itu. Pipi Aalya mulai kemerahan dan kakinya automatik terhenti dari terus bergerak.

" Kak! Papa belikan kau air! " Jerit Aayan

Aalya tersentak sebelum matanya beralih kepada seorang lelaki yang berada di sebelah adiknya itu.

" Sinilah, yang kau jadi orang-orang dekat situ tu kenapa? Sawah padi pun aku tak nampak dekat keliling kau tu. " kata Aayan lagi

Bukannya Aayan tidak tahu, sesungguhnya kakaknya itu agak gementar dengan kehadiran jejaka yang tidak disangka-sangka.

Langkah Aalya longlai menuju ke arah Aayan. Tudungnya dibetulkan sedikit agar tidak nampak selekeh. Sudahlah dia baru sahaja balik dari kolej dan terus mengajar kawad di sini. Sudah pasti, mukanya berminyak dan nampak kusam. Alahai… susah betul bila dah ada crush ni…

" Papa beli Starbucks tadi. Kegemaran kau, Mint Choco smoothie. " Kata Aayan

Mata Aalya kemudiannya menoleh ke arah lelaki yang betul-betul berada di sebelah adiknya itu. Senyuman diukirkan sebelum pipi Aalya mulai merah semula.

" Oh, aku lupa nak kenalkan kau. Ni Cikgu Amsyar, guru Bahasa Melayu dan Sastera untuk murid tingkatan lima. " Kata Aayan sebelum sengihan terukir di bibirnya

Bukan dia tidak tahu, kakaknya sudah jatuh cinta dengan gurunya itu.

" Cikgu, ni kakak saya yang garang, banyak cakap, annoying, nyanyuk- "

" Auch!! " Cubitan maut selamat hinggap di lengan Aayan yang terdedah itu

" Assalamualaikum, Adiratna. " kata Amsyar dengan senyuman

Mata Aalya terbeliak memandang Amsyar yang memanggilnya dengan panggilan itu lagi! Panas! Panas!

" W-Waalaikumussalam. " Jawab Aalya

" Adiratna? Macam pernah dengar je. Tapi di mana ya? " Kata Aayan dengan memek muka tengah berfikir

Makin merah pipi Aalya dibuatnya. Bahang dapat dirasai, matanya pula tidak terarah sama sekali.

" Kamu lupa lah tu. Kan cikgu ada terangkan dalam kelas bahagian Bahasa Melayu Klasik. " Kata Amsyar

" Saya lupa lah. Apa maksudnya eh? " Tanya Aayan

' Tiba-tiba pulak lah budak ni ada rasa ingin tahu! Kalau tak, buat tak tahu je. ' kata Aalya di dalam hati. Nampaknya, gadis itu sudah berpeluh peluh

Baru sahaja Amsyar hendak menjawab soalan Aayan, Aalya pantas memintas kata-kata jejaka itu.

" Yan, member kau panggil. Pergilah! " Aalya menarik tangan adiknya lalu dia menoleh tubuh itu terus ke tengah dataran.

Lega…

" Kenapa? Takut Aayan tahu? " Tanya Ansyar lalu ketawa kecil

" Kalau dia dapat tahu apa maksud Adiratna, dia akan ejek saya sampai akhir hayat hidup dia. " Kata Aalya dengan memek muka menyampah. Bukan dia tidak kenal dengan siapa gerangan Aayan Shafiq Syauqi Adam itu

Suasana antara Amsyar dan Aalya kembali sunyi.

" Saya nak tanya sikit boleh? " Kata Aalya

Amsyar memandang wajah putih Aalya yang sudah tercantap mata ke arahnya.

" Tanyalah, kalau soalan itu senang, saya jawab. " Balas Amsyar

" Kenapa cikgu panggil saya Adiratna? " Tanya Aalya

Amsyar tersenyum manis.

" Kenapa perlu disorok kebenaran kalau itulah yang hakikat yang sebenar-benarnya. "






-ℕ 𝔸 ℤ ℝ 𝕀 ℕ 𝔸 𝕄 𝕊 𝕐 𝔸 ℝ-

━━━━━━ ❝ makin lama, aku yang makin blushing ni ha 😭 ❞

Seguir leyendo

También te gustarán

1.1M 39.3K 57
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐖𝐢𝐟𝐞 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚...
4.2M 249K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...
58.6K 6.1K 36
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
22.4K 1.1K 62
2nd Next generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kena...