nazrin amsyar : his another h...

بواسطة caramelkaychiato

7.1K 663 97

Nazrin Amsyar | Aalya Syahmina " Sejak awal sudah diingatkan, risiko besar perlu diambil sekiranya hubungan... المزيد

amsyar's || 000
amsyar's || 001
amsyar's || 002
amsyar's || 003
amsyar's || 004
amsyar's || 006
amsyar's || 007
amsyar's || 008
amsyar's || 009
amsyar's || 010
amsyar's || 011
amsyar's || 012
amsyar's || 013
amsyar's || 014
amsyar's || 015
amsyar's || 016
amsyar's || 017
amsyar's || 018
amsyar's || 019
amsyar's || 020
amsyar's || 021
amsyar's || 022
amsyar's || 023
amsyar's || 024
amsyar's || 025
amsyar's || 026
amsyar's || 027
amsyar's || 028
amsyar's || 029
amsyar's || 030

amsyar's || 005

246 31 1
بواسطة caramelkaychiato

     " Ni lah kakak Aayan ya? " Tanya Razin tatkala Aalya lalu di sebelah meja yang menempatkannya itu

Kini, mereka sedang dijamu dengan makan tengahari yang dimasak khas untuk para pelajar  yang hadir.

" Ya saya. " Balas Aalya dengan ramah

Senyuman manis diberikan sehingga kedua-dua lesung pipitnya terserlah.

Aalya memandang adiknya yang sedang khusyuk makan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Aayan kalau dah bertemu dengan makanan, kalau gempa bumi pun dia takkan perasan.

" Kawan Aayan? " Tanya Aalya pula dan Razin mengangguk

" Saya nak tanya sikit boleh? " Kata Razin tersipu-sipu malu. Tergelak Aalya dibuatnya

" Tanyalah. Kalau soalan tu tak susah, akak jawab. " Kata Aalya

Razin memandang Aayan yang mencerlung memandangnya. Aalya yang memerhati terasa pelik…

" Korang berdua ni tengah adakan pertandingan lawan mata ke? " Tanya Aalya sebelum kedua-duanya tersentak, kembali ke alam realiti

" Dia nak Instagram kau kak. " Kata Aayan. Membulat mata Razin setelah itu

" Woi! " Jeritnya dan Aalya sekadar menghamburkan tawanya. Comel sungguh

" Kenapa Razin tak minta dengan Aayan sendiri? " Tanya Aalya

" Dah mintak. Tapi dia cakap, kakak aku single but not available. " Kata Razin dengan bibir yang dicebikkan

Single but not available huh?

Aalya tahu, sejak tragedi yang lalu, Aayan sangat mengambil berat tentang dirinya. Tambahan pula dengan siapa dia bergaul. Lagi-lagi lelaki.

Rimas? Sama sekali tidak. Aalya sendiri tahu itu adalah yang terbaik untuknya buat masa ini.

Aalya mengeluarkan telefon pintarnya sebelum membuka aplikasi Instagram. Kalau sekadar berkawan, apa salahnya. Kalau dah melebih, butang block pasti tersedia menunggu.

" Aku dapat! " Jerit Razin kepada Aayan dan Aayan sekadar membuat muka menyampah

" Aalya… "

Pergerakan Aalya terhenti dan kepalanya menoleh ke tepi. Susuk tubuh tinggi Iz telah berada di sebelahnya. Entah bila sampai, salam pun tak diberikan.

" Hm? " Tanya Aalya dengan keningnya yang dijongketkan ke atas

Disebabkan tubuh Iz yang jauh lebih tinggi, dia membongkokkan badannya. Bibirnya betul-betul berada di sebelah telinga Aalya.

" Pentadbir nak jumpa kita dekat ruang makan guru. Jom. " Kata Iz

" Buat apa? " Tanya Aalya

" Let's go. " Balasnya tanpa menjawab soalan yang ditujukan

Kakinya mula bergerak ke ruang makan guru dan tangannya dilambaikan ke arah Razin sebelum dia beredar.

" That kid likes you isn't he? " Tanya Iz dengan muka yang ketat

" It is his own feelings either to like me or not. It's none of my business, Iz. " Balas Aalya dengan professional

Iz hanya diam tidak bersuara.

' Memang sudah betul nak tawan hati dia. ' katanya di dalam hati







━━━━━━








    " Inilah kebanggaan saya dekat kolej ni. Iz dan Aalya. Sepanjang mereka menjadi ketua, Alhamdulillah, banyak perubahan yang telah mereka laksanakan untuk kebaikan kolej. " Kata Puan Hanim, merangkap pengetua kolej tersebut

" Manifesto manifesto yang dijanjikan semuanya sangatlah rasional. Memang tak pelik kalau pilihan raya yang lepas, undian untuk mereka berdua sangat sengit. " Sambungnya lagi

Aalya dan Iz hanya berdiri tegak dengan senyuman yang tidak lepas dari bibir. Siapa saja yang tidak suka bila dipuji.

" Oh. Kalau tak silap saya, Aalya merupakan anak Encik Syauqi, betul? " Tanya Pun Hanim kepada Encik Syauqi yang sedang tersenyum bangga

" Betul Puan. Aalya Syahmina Syauqi Adam. Anak sulung keluarga saya. " Kata Encik Syauqi pula

" What a coincidence! Sekwatu saya pilih sekolah Encik untuk melawat ke sini, saya pilih secara rawak. Tak sangka, salah seorang pelajar saya ada hubungan kekeluargaan dengan pengetuanya! " Kata Puan Hanim dengan teruja

Aalya sekadar tergelak kecil. Dia sendiri tidak menjangka sekolah papanya akan terpilih. Memang kelam-kabut dia membuat persiapan agar segalanya tersusun dengan sistematik dan menarik.

" Oh ya, dalam kesempatan ini, saya nak perkenalkan dua guru praktikal saya. " Kata Encik Syauqi

Aalya memandang papanya. Itulah apa yang mereka katakan pagi tadi.

" Nazrin Amsyar Nazri Shah dan Nazrin Farhan Nazri Shah. " Kata Encik Syauqi

Dua orang jejaka bangun dari kerusi dan menunduk hormat. Mata Aalya terus memandang ke arah kedua-duanya.

' Kembar? ' katanya di dalam hati

" Cikgu Amsyar mengajar Bahasa Melayu. Manaka, Cikgu Farhan mengajar Sejarah. " Kata Encik Syauqi lagi

Mata Aalya tak lepas dari memandang kedua-duanya.

Mana satu Amsyar? Mana satu Farhan? Muka seiras, sedikit perbezaan pun tiada.









━━━━━━









     Aalya menolong anak-anak buahnya menyusun kerusi di dewan agar tampak kemas untuk kegunaan perhimpunan rasmi pada hari Isnin akan datang.

" Patutlah senang you dapat kredit kan. Sekolah tu sekolah ayah you rupanya. "

Tak perlu menoleh, Aalya dah tahu gerangan siapakah yang sedang menyindirnya itu. Bukan kali pertama, dah acap kali dia berhadapan dengan situasi ini.

" Tu sekolah kerajaan. Papa I hanya dipertanggungjawabkan untuk menjadi seorang pemimpin, menjaga dan membawa nama baik serta membanggakan nama sekolah itu sahaja. " Jawab Aalya dengan tenang

" The same shit. " Katanya

" Miss Iman, I guess you should pay more attention in your BM class since there are a lot of differences between an owned property and loaned property. " Kata Aalya lalu meneruskan kerjanya

Gadis yang bernama Iman itu sekadar menjelingnya sebelum kerusi yang dipegang dihempas dengan kuat, tanda marah.

Terkejut? Sama sekali tidak. Sekiranya dia perlu menghadap gadis seperti Iman itu, dia tidak perlu gentar. Kata-kata auta perlulah dibalas dengan fakta dengan berkarisma dan berkeyakinan.

Well, you don't need to lower your standards over people like that.

" Jangan nak berlagak pandai. " Kata Iman lagi

" You ingat dengan you berlagak pandai macam tu, Iz akan tergoda ke. " Tambahnya

Berkerut dahi Aalya. Iz? Tergoda? Perkara gila apakah ini?

" I gave you warnings, Aalya. Once again you let this shitty self of yours close to Izran Azri, I'm not going to let you go. " Kata Iman dengan pandangan yang tajam

Aalya tergelak kecil. Entah kenapa dia rasa lucu sekarang ini.

" Kalau you nak Iz, you ambil hati dia sendiri. For your records, I did nothing. If he likes me, it's him for you to deal with. " Kata Aalya sebelum berangkat pergi

Iz suka terhadapnya? Dah ramai orang katakan perkara tersebut.

Aalya bukan buta, tingkah-laku Iz sudah banyak berubah dengannya sejak dua menjak ini. Namun, Aalya sedikit pun tidak mahu ambil kisah walaupun gosip mengenai dirinya dan Iz sedang hangat dibahas di kolej itu. Bagi Aalya, Iz hanya sekadar teman kerja dan dia boleh berjanji mereka tidak akan ada apa-apa hubungan.

Cukup… Aalya sudah cukup mengongsi perasaan kasih sayangnya dengan mana-mana lelaki.







-ℕ 𝔸 ℤ ℝ 𝕀 ℕ 𝔸 𝕄 𝕊 𝕐 𝔸 ℝ-

━━━━━━ ❝ It seems like ada kisah tersirat. Let's see what will happen next. ❞

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

36.7K 3.5K 21
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...
257K 10.1K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
74.9K 8.8K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
819K 84.2K 71
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...