Tuan Zarief Khairil (Complete...

Par AinaNabilaAzman

1.3M 63K 3.2K

Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjad... Plus

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 65

Bab 64

16.1K 791 46
Par AinaNabilaAzman

PANDANGAN Zai yang terserlah mengagumi diri Faryna Aireen yang berada di hadapan matanya membuatkan Rashdan menggeleng beberapa kali. Adiknya itu memang tak reti mengawal teruja apabila berjumpa dengan orang yang dia kagumi.

"Yang pandang muka Aireen sampai tak berkelip mata tu dah kenapa? Eh, Zai tak pernah pun pandang abang macam tu kan? Tak aci betul." kata Rashdan.

Zai mengeluh.

"Nak pandang abang buat apa? Muka abang tu Zai dah tengok dari Zai baby sampai dah besar panjang dah. Zai dah jemu... abang bukan handsome macam Arjun Rampal pun. Baik Zai pandang muka Kak Aireen. Muka Kak Aireen cantik! Mata dia warna coklat keperangan... bundar aje." jawab si adik.

Rashdan mencebik manakala Faryna Aireen tersenyum terhibur. Boleh tahan kuat menyakat juga adik Rashdan ni.

"Rash... memang confirm adik kau boleh jadi geng aku! Kaki membahan kalah kau." maklum Faryna Aireen.

"Hmm... kau! Dah jumpa geng, memang makin galak lah nak bahan aku kan? Ahh... Zai, awak boleh ambil surat berhenti jadi adik abang lepas tu jadi adik Aireen pulak. Hah! Baru Aireen rasa macam mana nak menjaga awak yang semuanya terlebih ni. Terlebih membahan... terlebih petah dan terlebih makan! Abang dah malas nak jaga awak."

Zai menjeling. "Dah tu abang nak cakap Zai gemuk lah? Eh, saiz badan Zai baru mencapai saiz medium. Belum plus size lagi! Abang jangan macam macam eh!" ugutnya.

Faryna Aireen yang berada di tepi hanya tersenyum kerana terhibur melihat gelagat Rashdan dan Zai. Haih... seronok bila mempunyai hubungan rapat dengan adik beradik. Dia juga sempat terfikir sekiranya dia dan Alma sama begitu, sudah pasti mereka akan menjadi rapat dan melakukan semuanya bersama.

Tiada dendam yang terwujud, tiada amarah yang tersisa dan tiada penyesalan yang terbit di saat akhir. Namun... semuanya sudah tertulis di dada takdir. Dia dan Alma berkongsi darah yang sama, berbintikan lelaki yang sama namun mereka tetap tidak bersama sebagai adik beradik kandung seayah yang baik.

Rashdan memandang Aireen kemudian dia memetik jari di hadapan Aireen.

"Weh... kau kenapa? Tiba tiba termenung. Kau fikir apa?" soalnya.

Aireen tersenyum. "Aku terfikir kalau lah aku dengan Alma rapat macam kau dengan Zai sekarang ni. Mesti semua benda buruk yang dulu tak akan berlaku kan? Mesti aku akan lebih bahagia dan gembira daripada sekarang dengan keluarga aku." katanya.

"Semua yang berlaku pada hidup kau dulu, sekarang dan akan datang semuanya dah tertulis takdirnya. Jangan lah kau sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku sebab itu semua bukan kemahuan dan berpunca daripada kau. Mungkin kalau semua ini tak berlaku, kau tak akan kahwin dengan Tuan Zarief Khairil? Kalau kau kahwin dengan orang lain pun mungkin perkara yang lebih dahsyat akan berlaku? Ai... kau berdamai lah dengan takdir ya?"

"Aku dah lama berdamai dengan takdir Rash. Aku dah lama redha dengan semua yang berlaku tapi tulah... kadangkala aku mesti teringat tentang semua ni. Aku tak akan lupakan semua ni sampai aku mati."

Rashdan mengangguk. "Aku suka dengan diri kau yang sekarang ni. Bagus juga kau fikir macam tu. Bertuah Tuan Zarief Khairil sebab dapat isteri yang semakin matang." pujinya.

Baru Faryna Aireen teringat apabila Rashdan menyebut nama Tuan Zarief Khairil.

"Eh, nasib baik kau cakap pasal suami aku! Aku lupa nak beritahu dia yang Tok Ayah suruh kitaorang balik Kuantan malam ni. Tak apa, aku beritahu dia dalam telefon aje."

Faryna Aireen meraba raba poket seluarnya mencari telefon pintar namun tiada.

"Rash... kau ada nampak tak mana telefon aku? Dalam poket ni, tak ada lah."

"Cuba tengok dalam beg tangan kau." kata Rashdan.

"Aku mana bawa beg tangan. Aku bawa telefon dan mini purse aje."

"Hah, dalam kereta aku lah tu. Aku pergi ambil kejap."

Rashdan mahu bangun namun Aireen menghalang. "Hmm... tak payah lah. Biar aku ambil sendiri lagipun tak nak lah cakap telefon depan adik kau. Hal suami isteri ni private and confindential." ujarnya.

"Eleh... mentanglah dia seorang aje yang tengah hangat bercinta dengan kekasih halal." cebik Rashdan.

Aireen tersenyum sinis. "Iri hati bilang bos."

"Dah lah kau!"

Aireen menjelir lidah pada Rashdan. Kemudian dia pergi ke arah kereta Rashdan lalu mengambil telefonnya yang ada di atas tempat duduk penumpang hadapan. Usai ambil,  Aireen terus mendail nombor telefon Tuan Zarief Khairil yang disimpan sebagai Mr. Husband.

"Helo, love." kata Tuan Zarief Khairil.

Aireen tersenyum. 

"Helo, husband. I call ni sebab nak beritahu you yang Tok Ayah suruh kita balik Kuantan malam ni tapi tak pulak dia cakap balik untuk apa. Kita balik eh?"

"Okey, boleh aje. Hmm... sekarang ni you dekat kampung Rashdan kan? Hah... you tunggu aje situ sampai I datang ambil you. Dari rumah Rashdan, kita terus balik ke Kuantan."

"Tapi I tak packing baju lagi." kata Aireen.

"Tak apalah, I packing kan untuk you. I pun dalam perjalanan nak balik rumah kita dari ofis ni. Lepas packing baju di rumah, I datang ambil you di sana."

"Okey juga tu. I tunggu you sini ya?" Aireen bertanya.

"Okey sayang, I love you."

Aireen tersenyum. "I love you more, syurga."

Panggilan dimatikan. Aireen masukkan telefonnya ke dalam poket dan ingin kembali masuk ke dalam rumah Rashdan namun tiba tiba namanya dipanggil dari belakang.

"Faryna Aireen!"

Apabila namanya dipanggil, dia menoleh untuk melihat siapakah gerangan yang memanggil namun setibanya dia menoleh, dia terkejut melihat... Firdaus Haikal.

"Haikal..." katanya.

Haikal datang menghampiri dirinya dengan senyuman sinis di bibir.

"Oh, you masih ingat siapa I? Hmm... ingatkan dah lupa terus dah. Yalah... dah bahagia dengan suami tercinta!" sinisnya.

Aireen bingung. "Macam mana you boleh ada di sini? You buat apa di sini?"

"I ikut kereta Rashdan dari KL sampai sini semata mata nak jumpa you, sayang. Come on, takkan you tak excited jumpa dengan I?"

Faryna Aireen menggeleng. Dia menoleh kembali ke arah rumah Rashdan.

"Pergi balik Haikal. I tak nak tengok muka you lagi." katanya.

"Setapak lagi you melangkah... I tembak you, Aireen!" ugut Haikal sambil mengacukan sepucuk pistol ke arah Faryna Aireen.

Wanita itu terus terkejut dan menoleh memandang Haikal semula. Memang benar lelaki itu sedang mengacukan pistol ke arahnya.

"Haikal, apa benda sampai guna pistol ni? You dah gila ke!?" soal Aireen terkejut.

"Ya! Memang aku dah gila! Aku gilakan kau lah perempuan!" jerkah Haikal yang sudah naik marah.

Jerkah Haikal membuatkan Rashdan dan seluruh isi rumah keluar untuk melihat apa yang berlaku. Rashdan terus terkejut melihat keadaan Aireen dan Haikal.

"Haikal! Kau buat apa ni!?" soal Rashdan sambil ingin ke arah mereka berdua.

"Kau duduk diam situ Rashdan sebelum aku tembak mak dan adik kau depan mata kau! Kali ni kau tak boleh masuk campur urusan aku dan Aireen lagi!" jawab Haikal.

Langkah Rashdan terhenti. Dia gusar akan keselamatan ibu dan adiknya yang sudah berpelukan takut. Namun dia turut bimbang dengan Faryna Aireen yang berdiri di hadapan Haikal dengan wajah yang gentar.

"Haikal, letak pistol tu! Jangan jadi bodoh. You nak jadi pembunuh ke?" soal Aireen yang cuba menenangkan keadaan.

Haikal mengangguk.

"I tak kisah jadi pembunuh demi you. I dah tak nak fikir apa lagi dah. I nak you ikut I sekarang."

"Nak ikut pergi mana!? Eh, Ya Allah...! Haikal, you sedar tak apa yang you buat sekarang ni? You... you tak fikir pasal umi ke? You tak kesian pada dia ke? You tak fikir pasal semua orang ke?Tolong lah Haikal!"

"Kenapa I nak kena kisah dan kesian pada orang orang yang musnahkan hidup I? Yang menghalang I untuk bersama dengan you? Lantak lah diorang semua tu! I tak akan peduli apa apa lagi!"

Aireen mengeluh berat. "Haikal..."

"Ai, apa lagi yang I perlu buat untuk you cintakan I? Apa lagi? Dah banyak pergorbanan yang I buat demi you sampai sanggup kahwin dengan Alma semata mata nak buat you happy tapi apa yang I dapat akhirnya daripada you? Tak ada apa apa! You bahagia dengan lelaki lain sedangkan I langsung tak bahagia dengan perempuan tak guna tu!"

"For thousand times, I told you that I can't loved you, Firdaus Haikal bin Fadzil!" balas Faryna Aireen dengan jerkahan.

"Bukannya I tak pernah cuba untuk cintakan you... bukan I tak cuba untuk buka hati I untuk you masa kita di Cardiff dulu. I tried with the whole of my heart but it's still can't! I tak boleh balas cinta you dengan cinta I. Kenapa you susah sangat nak faham sedangkan kita dah bertekak pasal perkara ni berulang kali dari masa kita masih belajar sampai ke hari ini? You nak I cakap macam mana lagi untuk bagi you faham? Macam mana lagi Haikal!?"

Faryna Aireen cuba kekal bertenang namun dia tetap kalah dengan amarahnya pada Haikal. Dia tak takut dengan acu pistol itu. Dia lebih memikirkan cara untuk menyelesaikan semuanya.

"You tak hargai cinta I, Aireen. You biarkan I kahwin dengan adik you sedangkan you tahu I tak suka!" kata Haikal.

"I biarkan you kahwin dengan Alma sebab I tak nak you terus berharap pada perempuan yang tak pernah cintakan you! Haikal... masa I tahu you akan bertunang dengan Alma, I rasa lain. Walaupun I tak cintakan you, you akan jadi sebahagian daripada keluarga I. Kita akan tetap bertemu sebab you adik ipar I. I rasa lain sebab bukan mudah untuk I hadap lelaki yang I pernah kecewakan tapi ini semua takdir. You nak lawan takdir macam mana pun, I bukan milik you."

Sedang itu, kereta Tuan Zarief Khairil melawati perkarangan rumah Rashdan. Haikal menoleh dan terus menarik badan Faryna Aireen dekat ke arahnya bersama pistol yang tidak lepas dari tangan.

Tuan Zarief Khairil keluar kereta dengan wajah yang gusar dan terkejut apabila melihat keadaan yang berlaku.

"Sayang... Haikal..." kata Tuan Zarief Khairil yang terkejut.

Dia memandang Rashdan yang berada di atas tangga rumah bersama ibu dan adiknya.

"Jangan dekat! Kalau kau dekat, aku tembak isteri kau!" 

Amaran diberikan.

"Haikal, apa yang kau buat ni? Lepaskan Aireen!" kata Tuan Zarief Khairil.

Haikal tersenyum sinis. "Lepaskan Aireen untuk kau? Huh, jangan harap!" katanya.

Dia tersenyum sinis memandang Faryna Aireen yang sudah ada di dalam pegangannya.

"How sweet if we can be like this in Cardiff back then, sayang.

Haikal memeluk leher Faryna Aireen dan mencium rambut panjang wanita itu. Faryna Aireen rasa sangat geli dan jijik namun dia tak boleh buat apa apa. Dia terperangkap dalam situasi ini.

"Haikal, jangan macam ni. Letak pistol tu dan lepaskan Aireen. Aireen isteri aku." pujuk Tuan Zarief Khairil.

Haikal menjadi bengis. Dia menghalakan muncung pistol di kepala Faryna Aireen.

"Ceraikan dia sekarang atau kepala otak dia berkecai." arahnya.

Tuan Zarief Khairil menggeleng.

"Tak... aku tak boleh ceraikan dia. Dia isteri aku dan aku sayang isteri aku."

"Aku pun sayang dia tapi kau! Kau rampas dia daripada aku!"

Tuan Zarief Khairil diam. Dia buntu memikirkan cara untuk melepaskan Aireen dalam keadaan begini.

"Ceraikan Faryna Aireen sekarang!" jerit Haikal.

"Aku tak akan ceraikan dia lah bodoh!" lawan Tuan Zarief Khairil yang sudah hilang sabar.

Haikal diam. Dia memandang Faryna Aireen kemudian mengeluh.

"Kalau kau tak nak ceraikan Aireen, tak apa. Aku bunuh kau dan bila kau mati, aku boleh hidup dengan Aireen. Kan sayang?" soal Haikal pada Faryna Aireen.

Dia mengacukan pistol ke arah Tuan Zarief Khairil pulak. "Selamat tinggal." ucapnya.

"No! No, Haikal...! Jangan... jangan bunuh suami I. Okey... okey, I akan ikut you pergi dari sini. Kita balik ke... kita balik ke Cardiff, tinggalkan semua orang di sini dan hidup berdua aje di sana okey? I akan ikut semua cakap you." rayu Faryna Aireen demi menyelamatkan Tuan Zarief Khairil.

Haikal memandang Faryna Aireen meminta kepastian.

"Betul? You tak tipu I?" soalnya.

Aireen mengangguk tersenyum.

"Betul lah. Buat apa I nak tipu you kan? Lagipun you cakap you nak kita sweet bermanja di Cardiff kan? Sekarang lah masanya untuk buat semua tu."

"Tapi macam mana dengan dia ni? You nak tinggalkan dia untuk I?"

"Yes... I akan tinggalkan dia untuk you. I akan tinggalkan dia selamanya untuk you. Kini, masanya untuk kita berdua pulak yang bahagia."

"Sayang...?" soal Tuan Zarief Khairil.

Faryna Aireen memandang Tuan Zarief Khairil. "I don't love you anymore."

Namun pandangan mata Faryna Aireen berkata yang sebaliknya. Pandangan mata yang tertumpu pada Tuan Zarief Khairil dengan penuh sayu.

Haikal memandang Tuan Zarief Khairil. Dia kembali menjadi geram dan marah.

"Tapi I tetap tak akan puas hati selagi dia tak mati!" katanya sambil menghalakan pistol ke arah Tuan Zarief Khairil.

Faryna Aireen yang tidak mahu itu semua berlaku, terus berlari ke arah Tuan Zarief Khairil bagi melindungi lelaki itu dari terkena tembakan pistol Haikal.

"No! Zarief!" jerit Faryna Aireen yang berlari ke arahnya.

Bang!

Tembakan dilepaskan. Keadaan menjadi gema dengan bunyi tembakan. Semua orang yang berada di situ terkejut. Tuan Zarief Khairil memandang Faryna Aireen yang berdiri kaku di hadapannya.

Faryna Aireen berdiri kaku di hadapan suaminya. Kemudian dia memandang badannya yang mula terasa sakit. Dia terihat banyak darah yang kian mengalir keluar dari bahagian rusuk kirinya. Dia kembali memandang Tuan Zarief Khairil sebelum jatuh ke dalam pangkuan Tuan Zarief Khairil yang sempat menyambutnya.

"Sayang..." panggil Tuan Zarief Khairil sambil mendakap tubuh badan isterinya di atas tanah.

Dia rebah bersama Faryna Aireen yang terbaring di atas pahanya. Dia juga mula menangis.

Faryna Aireen hanya tersenyum memandang wajah Tuan Zarief Khairil.

"Baby, please don't cry... I tak suka tengok you menangis sebab... you menangis buruk tau." katanya.

"Rashdan, call ambulans!" laung Tuan Zarief Khairil.

Dia masih lagi mendakap Faryna Aireen.

"Sayang, you tahan ya? Kejap lagi ambulans datang untuk bawa you ke hospital." katanya sambil menahan darah Faryna Aireen dari terus terusan memancut keluar.

Namun Faryna Aireen hanya tersenyum. Dia mengesat air mata Tuan Zarief Khairil yang mengalir di pipi.

"Sayang, you ingat kan apa yang I cakap semalam? I nak you lepaskan I dengan hati yang rela dan redha. I want you... to move on without me."

Tuan Zarief Khairil menggeleng sambil menangis. 

"Tak... tak... sayang, you tak akan pergi mana mana tanpa I. I takkan lepaskan you. You akan tetap dengan I sampai bila bila. No way sayang."

"Maafkan I ya sayang? Tolong halalkan semuanya yang you pernah beri pada I selama ni. I sayang you sampai syurga." ucap Faryna Aireen sambil memegang pipi Tuan Zarief Khairil namun lama kelamaan dia jadi tidak bermaya.

Matanya mula tertutup rapat dan itu membuatkan Tuan Zarief Khairil takut.

"No... sayang, stay with me sayang! Stay with me! Jangan pejam mata you. Jangan sayang..."

Tuan Zarief Khairil menggocang tubuh Faryna Aireen dengan perlahan bagi memastikan isterinya itu kekal sedar bersamanya namun mata Faryna Aireen terpejam jua dan tangannya terkulai jatuh dari memegang pipi Tuan Zarief Khairil.

Faryna Aireen... terkulai kaku di dalam dakapan Tuan Zarief Khairil sekali lagi.

"Aireen!" jerit Tuan Zarief Khairil sambil menangis dan memeluk tubuh itu.

Rashdan yang menjadi saksi Tuan Zarief Khairil mendakap tubuh badan Faryna Aireen sehingga terkulai layu dengan matanya sendiri terus terjah ke arah Haikal yang terkaku mengenangkan apa yang dia telah lakukan sebentar tadi.

Dia terus memukul kepalanya Haikal dari belakang sehingga lelaki itu jatuh ke tanah. Apabila Haikal sudah jatuh, Rashdan terus memijak dan terajang badannya dengan penuh rasa marah.

"Kau bunuh Aireen! Sial kau Haikal!" maki Rashdan sambil memukul Haikal dan menumbuk lelaki itu separuh nyawa.

Haikal makin teruk dipukul oleh Rashdan. Tuan Zarief Khairil masih lagi mencuba mendapatkan Faryna Aireen supaya kembali sedar meskipun kadar nadi isterinya makin perlahan.

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

1M 41.2K 39
Siapa tak gerun bila dengar je 'The Qiz' pasti tiada siapa yg berani mencari masalah dengan mereka lagi² the leader of The Qiz. Dalam dunia Mafia pun...
Dahlia Mikail Par ️

Roman d'amour

12.1M 536K 74
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak ak...
3.5M 162K 61
Ini tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama di...
520K 18.1K 48
COMPLETE Perkahwinan yang terjalin antara Tengku Hayyan Rayden dan gadis kecil yang bernama Nur Izara Elmira adalah secara rela dari dua dua belah pi...