Tuan Zarief Khairil (Complete...

By AinaNabilaAzman

1.3M 63K 3.2K

Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjad... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65

Bab 43

14.5K 874 187
By AinaNabilaAzman

LULUH hati Tuan Zarief Khairil apabila melihat keadaan Faryna Aireen yang terbaring atas katil hospital. Selesai saja derma darah di tingkat lima hospital bersama Nely dan Nady tadi, Jeffrey terus memberitahu bahawa Faryna Aireen sudah dipindahkan ke wad VVIP suite sepertimana yang Tuan Zarief Khairil minta.

Tuan Zarief Khairil memegang tangan Faryna Aireen dengan erat meskipun Faryna Aireen tidak mampu untuk menggenggam kembali.

"It's hard to see you like this, love. It's really a pain to see it. Bangunlah cepat sayang... I rindu you."

Air mata Tuan Zarief Khairil jatuh ke lantai. Dia tak sanggup melihat keadaan Faryna Aireen yang sudah terbaring kaku yang bergantung harap pada mesin denyutan jantung dan oksigen untuk terus bernafas dalam koma.

Aireen tidak layak untuk melalui semua ini. Dia tidak layak untuk disakiti begini oleh manusia yang mempunyai darah dagingnya sendiri.

"Sayang, if only I could be your saviour. Kalau I boleh tukar ganti tempat you, I rela. Biarlah I yang tanggung segala rasa sakit yang you rasa." luluh Tuan Zarief Khairil berkata.

Jeffrey yang menjengah masuk ke dalam wad hanya memandang sayu. Dia menyentuh bahu Tuan Zarief Khairil.

"Tuan... saya dah hantar Tuan Ibrahim dan Cik Elly pulang ke rumah Tuan. Mereka berkata untuk tinggal di rumah tuan seminggu dua untuk melihat keadaan Puan Faryna Aireen."

Tuan Zarief Khairil mengesat air matanya. "Okey. Cakap aje pada Tok Ayah duduk lah di rumah tu berapa lama yang Tok Ayah mahukan. Saya tak kisah pun." katanya.

Jeffrey memandang Faryna Aireen.

"Sabar ya tuan. Insya Allah lambat laun pasti puan ada sedar dari koma. Saya akan doakan puan cepat sedar."

Tuan Zarief Khairil tersenyum seketika. Dia mengaminkan doa Jeffrey dalam hati.

"Insya Allah. Eh, nanti awak ke rumah anak yatim dan tahfiz yang kita pernah bantu dulu tu dan minta mereka lakukan solat hajat dan bacaan Yasin untuk Aireen. Lepas tu ajak sekali seluruh kakitangan syarikat untuk perkara yang sama."

"Baik tuan. Hmm... tapi di luar hospital sekarang ni ramai pihak media datang untuk tahu pasal keadaan puan. Tuan nak saya buat apa?"

Tuan Zarief Khairil hairan. "Macam mana mereka boleh tahu sedangkan saya belum beritahu siapa pun?"

Jeffrey menggeleng.

"Saya pun tak pasti." jawab Jeffrey.

"Tak apa, awak jumpa pihak media lepas tu awak beritahu diorang yang Aireen sakit biasa aje. Selebihnya itu awak tak payah beri jawapan apa apa." pesan Tuan Zarief Khairil.

"Okey tuan. Ni tuan belum mandi lagi kan? Nanti saya bawakan tuan baju dan toiletries sekali."

Tuan Zarief Khairil mengangguk tersenyum. "Terima kasih Jeffrey."

Jeffrey keluar. Nely dan Nady pulak yang masuk berjumpa dengan Tuan Zarief Khairil dan Faryna Aireen dengan wajah yang kasihan.

Nely dan Nady mengusap lembut dahi Faryna Aireen sampai ke rambutnya dengan sayu.

"Tak pernah terfikir yang kau akan lalui perkara macam ni Ai. 10 tahun kita berkawan dan aku tak sanggup tengok kau macam ni. Bangunlah." pujuk Nady.

Nely memeluk Nady dengan erat. Kemudian Nely memandang Tuan Zarief Khairil.

"Kami doakan tuan kuat ya? Kami yakin tak lama lagi pasti Ai akan sedar. Ai kuat. Dia boleh lawan semua ni. Tuan jangan berputus asa."

Tuan Zarief Khairil hanya diam sayu. Hatinya terseksa bila melihat isterinya dalam keadaan begitu. Mereka baru saja hendak hidup bahagia bersama namun ini pulak yang berlaku.

"Terima kasih Nely dan Nady sebab sudi datang melawat Aireen. Kau orang memang sahabat yang baik."

"Sama sama tuan. Tapi kami kena minta diri dulu. Ada meeting dengan klien. Nanti apa apa Tuan beritahu kami ya?"

Tuan Zarief Khairil mengangguk.

"Nanti join majlis solat hajat dan bacaan Yasin di pejabat tau. Saya dah maklumkan pada Jeffrey. Apa apa awak tanya aje dia."

"Insya Allah kami akan join." jawab mereka.

~~~

"AWAK memang tak salah untuk digelar sebagai seorang ayah. Dalam keadaan Faryna Aireen yang macam tu awak masih boleh fikir pasal nama baik awak ya? Langsung tak berperikemanusiaan!" marah Datin Farah.

"Watch your tone, Farah. I'm your husband. " Amaran diberikan kepada Datin Farah daripada Datuk Kamal Effendi.

"Yes, you are my husband but your are not a good father. Abang, berapa lama lagi masa untuk saya tunggu abang sedar kesalahan abang? Abang masih nak bela budak menyusahkan ni dah kenapa?" soal Datin Farah sambil menuding jari ke arah Alma yang diam.

"Alma tak sengaja tolak Aireen. Kenapa nak besarkan cerita lagi? Aireen akan selamat di dalam hospital tu." kata Datuk Kamal Effendi.

"Tak sengaja!? Hei, anak perempuan kesayangan awak ni dah buat Faryna Aireen kemalangan sampai patah anggota badan dan koma terus. Abang ni tak ada otak untuk menilai mana baik mana buruk dengan akal fikiran ke? Kalau Tuan Zarief Khairil tetap nak saman kita sebab tak habis habis nak ganggu isteri dia, abang ingat kita mampu bayar ke? Abang ingat harta kekayaan abang tak akan berkurang ke?"

"Dia tak akan kejam dengan kita. Kita mentua dia. Apa yang dia cakap tadi tu tak ada apa apa maksud pun." jawab Datuk Kamal Effendi.

Datin Farah menggeleng. Dia kesal dengan sikap Datuk Kamal Effendi.

"Tapi itu isteri dia! Dia ada hak atas isteri dia dan kalau dia nak halang kita daripada dekat dengan isteri dia pun dia boleh dan akan buat walaupun kita mentua dia! Abang jangan ambil mudah boleh tak? Haih!"

"Saya tak faham kenapa abang benci sangat pada Faryna Aireen sedangkan dia tu juga anak kandung abang, darah daging abang tapi abang tetap pilih kasih!"

Memang makin membara amarah Datin Farah.

"Mama, sudahlah tu." pujuk Alma.

"Engkau diam!" jerit Datin Farah.

Tersentak Alma dibuatnya.

"Engkau dengan laki kau ni sama aje! Dua dua suka menyusahkan hidup orang, suka berdendam dengan orang. Hah, memang patut pun kau orang ni berkahwin! Aku tak tahulah apa dosa aku bila mengandungkan kau dulu. Habis huru hara hidup aku dengan kau ni. Kalau aku tahu kau akan jadi teruk macam ni, aku buang aje kau di tepi longkang! Ada anak pun selalu memalukan aku."

Kemudian Datin Farah memandang Firdaus Haikal.

"Kau Haikal, jadi suami pun tak berguna. Sama naik dengan bini sendiri. Aku ingatkan bila kau kahwin dengan Alma ni kau boleh didik dia jadi perempuan dan isteri yang lebih baik tapi sudahnya hancur juga! Harapkan pegar, pegar makan padi!"

Haikal hanya diam menunduk.

"Alma, selagi kau tak ubah perangai kau, kau jangan tunjuk muka kau depan aku. Aku nak kau dengan suami kau berambus dari rumah ni hari ni juga! Jangan berhubung dengan aku, jangan cari aku dan jangan panggil aku mama selagi kau tak berubah dan minta maaf dengan Aireen!"

"Ma! Sampai hati mama nak halau Alma!" kata Alma.

"Memang hati aku sampai. Eh, aku lebih rela tak ada anak seumur hidup aku daripada ada anak tapi selalu buat aku kecewa! Lepas ni kau dengan laki kau ni nak buat apa, buatlah. Suka hati lah! Aku tak nak ambil tahu langsung!" tegas Datin Farah.

"Abang pulak jangan nak mengada bagi duit pada mereka berdua ni. Pandai lah diorang nak hidup. Disebabkan harta, perangai diorang jadi hancur musnah macam ni!"

Akhirnya Datin Farah pergi meninggalkan mereka bertiga yang tersentak.

"Papa!" rayu Alma.

"Diam!" jerit Datuk Kamal Effendi.

Dia juga berlalu pergi dengan wajah dan hati yang bengang.

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 48K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
1.5M 64.6K 75
(KARYA KETIGA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [Probook Award:Winner King Of Thriller] [Siri L&D] B3 NO COPY! ⚠️ T...
5.9M 137K 27
(COMPLETED) AIDAN HARIZ "Janji adik akan tunggu abang?" NUR TASNIM "Adik janji" 🌼🌼🌼 Dua insan, Satu janji. Dan disini, kisah Tasnim bermula. "Bil...
517K 18.1K 48
COMPLETE Perkahwinan yang terjalin antara Tengku Hayyan Rayden dan gadis kecil yang bernama Nur Izara Elmira adalah secara rela dari dua dua belah pi...