Tuan Zarief Khairil (Complete...

Από AinaNabilaAzman

1.3M 63K 3.2K

Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjad... Περισσότερα

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65

Bab 39

14.3K 814 42
Από AinaNabilaAzman

MULTIMILLIONAIRE TERMUDA MALAYSIA, TUAN ZARIEF KHAIRIL TELAH SELAMAT BERKAHWIN DENGAN FARYNA AIREEN DATUK KAMAL EFFENDI, PEMILIK DKE MOTORSPORTS MALAYSIA

KERATAN majalah dan akhbar yang menulis artikel tentang perkahwinan Tuan Zarief Khairil dan Faryna Aireen sudah disebarkan kepada khalayak umum.

"Hmm... nampaknya hidup kita selepas ini akan dijadikan sebagai bahan hiburan masyarakat lah." ujar Faryna Aireen.

"Hah? Kenapa sayang cakap macam tu?" soal Tuan Zarief Khairil.

"Yalah... berita dan gambar kita berkahwin dan bersanding dah keluar di majalah dan akhbar serata Malaysia. So mestilah akan ada wartawan yang sibuk nak tahu pasal hidup kita sepanjang masa."

"Di Malaysia ni ada paparazzi ke? Setahu I Hollywood aje ada paparazzi."

Aireen minum air kopi kegemaran di dalam cawan. "Memanglah tak ada tapi sekarang kan zaman media sosial? Bukan wartawan aje yang nak tahu pasal kita, netizen dan kumpulan makcik bawang pun tak tahu juga. Bila dah tahu mulakan reka tajuk dan artikel yang mengundang negativiti." katanya lagi.

"Tak apalah kalau you tak selesa, nanti I beritahu Jeffrey supaya pastikan privasi kita kekal terjaga. I sendiri pun tak mahu dikelilingi populariti tapi apa yang kita berdua ada sekarang ni yang membuatkan kisah hidup kita menjadi tumpuan umum." ujar Tuan Zarief Khairil.

"Boleh ke buat macam tu?"

"Boleh. Mestilah boleh... ini kan hidup kita? Suka hati kita lah nak buat macam mana."

Kemudian Tuan Zarief Khairil melihat pada jam tangannya. "Oh! I dah lambat nak masuk meeting. I pergi dulu tau sayang." katanya.

Dia menghulurkan tangan untuk Aireen bersalam. Kemudian dikucup dahi wanita itu sebelum beredar pergi.

"Eh, lunch time you balik tak?" soal Aireen.

"I don't think so. I ada banyak sangat kerja di pejabat dan luar pejabat hari ni."

"Kalau macam tu boleh tak I keluar untuk jumpa dengan Rashdan? Ada perkara sikit kitaorang nak cakap."

Tuan Zarief Khairil mengangguk.

"Okey pergilah tapi remember to never cross the boundaries. Apa apa nanti you call I tau."

"Okey sayang. I love you!" kata Aireen.

"I love you more, baby!" sahut Tuan Zarief Khairil.

~~~

"KALAU kau dah telefon aku ajak jumpa macam tak ada hari esok ni maknanya penting lah kan?" soal Rashdan.

Aireen tersenyum.

"Tak tahu nak kata penting ke tak tapi aku tahu kau adalah orang yang tepat untuk aku bercakap pasal perkara ni."

Rashdan menggeleng. Dia dah kenal benar dengan Faryna Aireen itu. Lima tahun mengenali Faryna Aireen di bumi Cardiff membuatkan Rashdan mengetahui segala apa yang Aireen alami.

"Aku dah kenal kau sangat, Aireen. Apa saja kau akan kongsi dengan aku kan waktu kita di Cardiff dulu? Sekarang ni bila dah balik ke Malaysia, tak ada apa yang berubah pun antara kita. Kita masih berkawan kan?"

Aireen mengangguk. "Ya, kita masih berkawan dan suami aku pun dah makin rapat dengan kau." katanya.

"Eh, aku dah baca tau artikel kau dengan Tuan Zarief Khairil bersama gambar bersanding kau orang semalam. Fuh! Memang majalah dan akhbar habis terjual bila berita Tuan Zarief Khairil telah menamatkan zaman bujang jadi muka depan. Dalam media sosial pun ramai juga yang puji kau cantik."

Aireen mengangguk.

"Aku tahu." jawabnya.

"Pengikut akaun Instagram dan Twitter aku pun naik mendadak. Di Instagram, daripada dua ribu followers terus naik sampai tiga puluh ribu. Twitter pulak daripada lima ratus followers kepada lima belas ribu followers. Terkejut gila aku! Dah macam selebriti."

Rashdan tersenyum.

"Dah kau kahwin dengan multimillionaire terkenal Malaysia, mestilah kau akan terkenal macam artis. Lagipun kau tu anak Datuk dan kau memang cantik. Orang tak pelik kalau kau tiba tiba dapat populariti." ujarnya.

"Tapi aku tak nak populariti. Kalau aku dapat populariti disebabkan berbintikan Datuk Kamal Effendi, sorry but not interested!"

Rashdan tersenyum sendiri. "Okey, sekarang cakap kau nak apa daripada aku? Kalau aku boleh tolong aku akan tolong."

"Tolong selamatkan rumahtangga aku." jawab Aireen.

"Hah!?" bingung Rashdan.

Faryna Aireen memandang Rashdan dengan serius. Dia benar benar mahukan Rashdan menyelamatkan rumahtangganya.

~~~

"UNTUNGLAH kahwin dengan multimillionaire. Semalam bersanding, hari ini dah keluar majalah. Dapat feeling jadi artis."

Alma meletakkan majalah di atas meja di hadapan Datuk Kamal Effendi dan Datin Farah.

"Tak habis habis nak sibuk hal Aireen ni dah kenapa Alma? Dari dulu sampai sekarang asyik jaga tepi kain Aireen ajelah kamu ni." tegur Datin Farah.

Alma menyilangkan tangannya ke dada.

"Yang mama nak back up Aireen kenapa? Sayang sangat ke pada dia tu?" soal Alma.

"Mama back up dia sebab dia tak pernah pun kisah pasal hidup kamu. Kamu nak buat apa, nak ke mana. kahwin dengan siapa sekali pun, dia tak pernah sibuk nak tahu. Dia sikit pun tak berminat dengan hidup kamu tapi kamu sibuk hal dia macam dia dah ganggu hidup kamu. Kamu dengki apa dengan dia?"

"Ya, memang Alma dengki dengan dia! Walaupun dia tak hidup dalam rumah ni dengan kita tapi nama dia tetap disebut sebut dalam rumah ni. Apa? Bila dia dah graduate dari luar negara... ada kereta dan kondo sendiri lepas tu dapat kahwin dengan multimillionaire, dia hebat ke? Mama dan papa tak payah nak agungkan dia sangatlah."

"Disebabkan itu aje Alma dengki dengan dia? Eh, perangai tu jangan jadi macam budak budak boleh tak? Apa lagi yang tak cukup mama dan papa kasi pada kamu? Kamu nak duit, kami kasi... kamu nak kereta mewah, tu Mercedes-Benz di luar tu apa dia. Even kamu nak kahwin dengan Haikal tu pun kami kasi! Apa benda lagi yang kamu tak puas hati ni?"

"Alma nak lebih daripada apa yang Aireen dapat! Sepatutnya papa kahwinkan Tuan Zarief Khairil dengan Alma. Bukan dengan Faryna Aireen!" bentak Alma.

Terus tersedak lalu ketawa Datuk Kamal Effendi dibuatnya. Cawan teh tarik itu diletakkan di atas piring lalu dia tersenyum ketawa apabila Alma berkata begitu.

"Apa yang kelakar sangat pa? Alma tak buat lawak tau. Alma serius."

Datuk Kamal Effendi menggeleng sambil tersenyum sinis.

"Besar betul kemahuan kamu ya? Eh, kamu ingat Tuan Zarief Khairil tu bakal suami pilihan papa untuk Aireen ke? Dia tu pilihan Tok Ayah. Aireen kahwin dengan Tuan Zarief Khairil tu semuanya kehendak Tok Ayah."

"Lagi satu, kamu ingat Tuan Zarief Khairil tu nak pandang kamu ke? Sebelah mata pun dia tak nak pandang lah." katanya.

Alma mencebik. "How dare you tell me that!? Alma tak seteruk itu!"

"Dah tu jangan salahkan papa atau mama bila Tuan Zarief Khairil jadi suami Aireen. Kami tak ada kena mengena dengan hidup mereka kerana itu semua rancangan dan pilihan Tok Ayah. Kalau kamu tak puas hati, beritahulah pada Tok Ayah."

"Tok Ayah pun satu. Manjakan sangat dengan Aireen. Semuanya yang Aireen nak, Tok Ayah kasi! Apa ni? Alma bukan cucu dia juga ke?"

Datin Farah menggeleng.

"Tok Ayah yang menjaga Aireen dari kecil jadi suka hati Tok Ayah lah nak buat apa pada Aireen. Dia nak kasi Aireen rumah banglo ke dia nak kasi Aireen kahwin dengan orang terkaya dunia ke lantaklah! Siapa Alma untuk pertikaikan? Nama aje cucu Tok Ayah tapi berbaik mesra dengan Tok Ayah pun tak pernah."

"Mama!" cebik Alma.

"Apa?" soal Datin Farah.

"Sekurang kurangnya Tok Ayah manjakan Aireen dengan cara yang betul. Bukan macam..." Datin Farah memandang Datuk Kamal Effendi.

Dia tersenyum sinis. "Faham sendiri sudahlah. Alma dah besar panjang untuk faham apa yang mama maksudkan." ujarnya sebelum berlalu pergi ke laman belakang.

Datuk Kamal Effendi hanya diam membisu. Alma terus tidak puas hati.

Συνέχεια Ανάγνωσης

Θα σας αρέσει επίσης

Dahlia Mikail Από ️

Ρομαντική

12.1M 536K 74
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak ak...
1M 41.2K 39
Siapa tak gerun bila dengar je 'The Qiz' pasti tiada siapa yg berani mencari masalah dengan mereka lagi² the leader of The Qiz. Dalam dunia Mafia pun...
Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Από KS

Μυστήριο / Τρόμου/ Θρίλερ

1.5M 64.6K 75
(KARYA KETIGA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [Probook Award:Winner King Of Thriller] [Siri L&D] B3 NO COPY! ⚠️ T...