Tuan Zarief Khairil (Complete...

By AinaNabilaAzman

1.4M 66.7K 3.3K

Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjad... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65

Bab 30

19.1K 903 63
By AinaNabilaAzman

"JANGAN malukan diri sendiri dan keluarga, Haikal! Tetamu pun semuanya dah tunggu you untuk mulakan akad nikah terhadap Alma. Pergi masuk dewan tu sekarang." arah Aireen pada Haikal melalui panggilan telefon.

Belum lagi selesai masalah Alma yang sudah tahu dia berkahwin dengan Tuan Zarief Khairil. Sekarang, Haikal pulak buat hal tak nak masuk ke dalam dewan untuk akad nikah.

Naik pening kepala otak Aireen untuk melayan semua ini.

"I tak boleh. I tak nak Alma jadi isteri I." kata Haikal.

"Tak boleh apanya? You dah janji dengan I kan? Haikal, masuk dalam dewan sekarang. Jangan buat hal yang akan memulakan kita semua yang ada di sini."

"Sayang, please? I tak nak kahwin dengan perempuan lain kecuali you. I nak batalkan majlis nikah ni."

"We had a deal, Firdaus Haikal! I want you to marry Alma now!" paksa Aireen dengan nada yang marah.

"Aireen..." rayu Haikal.

"Haikal, dengar sini! Kalau you tak masuk dalam dewan dan nikah dengan Alma sekarang, I akan benci you seumur hidup I dan I akan lari dari sini. You jangan cabar I!"

Aireen menggertak Haikal.

"Okey! I masuk sekarang." akur Haikal.

Aireen terus mematikan panggilan telefon dan kembali pada Tuan Zarief Khairil yang berada di dalam dewan.

Aireen menghampiri ke arah juruacara majlis dan mengatakan pengantin lelaki sudah bersedia untuk masuk ke dalam dewan sekarang.

"Diminta rombongan pengantin lelaki untuk masuk ke dalam dewan sekarang bagi memulakan majlis pernikahan di hadapan jurunikah iaitu Imam Muda Asyraf."

Pengumuman daripada juruacara majlis seraya pembukaan pintu dewan oleh para pekerja hotel. Usai pintu gerbang dewan luas dibuka, rombongan pengantin lelaki mula bergerak masuk secara perlahan.

Kelihatan pengantin lelaki iaitu Firdaus Haikal berjalan menuju ke arah jurunikah dan para saksi yang sudah sedia menunggu.

Haikal juga sempat melemparkan pandangan ke arah Aireen yang berdiri di sebelah Tuan Zarief Khairil. Wanita itu hanya pura pura tidak perasan akan pandangan tersebut.

Dia terus duduk di hadapan Imam Muda Asyraf dan Datuk Kamal Effendi serta dikelilingi oleh tiga orang para saksi.

"Baiklah, jika pengantin lelaki sudah bersedia, boleh jabat tangan saya sekarang." maklum Imam Muda Asyraf.

Haikal berjabat tangan dengan Imam Muda Asyraf. Wajahnya nampak tenang namun sebenarnya langsung tidak rela.

"Bismillahnirrahmanirahim..."

"Firdaus Haikal bin Fadzil, aku nikahkan dikau dengan Alma binti Kamal Effendi yang berwakilwalikan bapanya kepadaku dengan mas kahwinnya sebanyak satu ribu ringgit tunai."

"Aku... terima nikahnya Alma binti Kamal Effendi dengan mas kahwinnya sebanyak satu ribu ringgit tunai."

Seraya itu, para saksi mengatakan sah. Maka dengan secara sah, Haikal dan Alma telah menjadi suami dan isteri.

Terpancar kegembiraan dari wajah Alma setelah akad nikah sudah selamat dilafazkan. Lain pulak untuk Haikal... wajahnya langsung tiada reaksi.

"Sayang, jom kita balik? Diorang pun dah selamat menikah. Nak buat apa lagi di sini lama lama?"

Aireen mengajak Tuan Zarief Khairil balik. Tuan Zarief Khairil mengangguk.

"Okey jom."

Aireen dan Tuan Zarief Khairil pergi ke arah Datuk Kamal Effendi dan Datin Farah yang sedang duduk menjamu selera di meja VIP seiring dengan Tok Ayah dan Elly.

"Papa, Zarief dan Aireen balik dulu. Kami ada hal lain pulak lepas ni." ujar Tuan Zarief Khairil.

"Nak balik dah? Haikal dan Alma baru aje akad nikah. Bergambar dengan keluarga pun belum lagi. Tunggulah dulu. Tunggu sampai tetamu balik dan kita bergambar satu keluarga sekali dengan Ai dan Zarief."

Tuan Zarief Khairil diam.

"Tak payahlah bergambar bagai. Kita bukannya keluarga bahagia pun. Pengantin perempuan kan anak kesayangan Datuk? Datuk dan Datin ajelah yang bergambar dengan dia. Kenapa nak ajak saya dan suami saya bergambar sekali pulak? Kami tak ada kena mengena."

Tuan Zarief Khairil memegang tangan Aireen kemudian dia menggeleng.

Datuk Kamal Effendi mengeluh kecil.

"Ai... please? Tunggu sekejap aje lagi untuk sesi bergambar. Ai tak pernah bergambar dengan papa kan? Sekurang kurangnya biarlah ada sekeping dua."

"Penting ke? Hari tu masa saya kahwin Datuk tak terfikir pulak nak bergambar tapi tiba tiba hari ni di majlis anak kesayangan Datuk, Datuk nak ajak saya bergambar. Tak payahlah Datuk... nanti anak kesayangan Datuk tu mengamuk pulak tengok saya ada bergambar dengan dia."

Aireen tidak berminat langsung untuk bergambar bersama.

"Ai... tunggu kejap ya? Jangan balik lagi. Tok Ayah nak bergambar dengan Ai di atas pelamin tu nanti." kata Tuan Ibrahim pada cucunya.

"Tok Ayah..." rungut Aireen.

Aireen tahu Tok Ayah sengaja buat begitu.

"Tunggulah sekejap. Kan kita dah lama tak bergambar berdua? Tok Ayah nak simpan gambar dengan Ai lagipun bukan selalu Tok Ayah dapat tengok Ai berbaju kebaya moden cantik macam ni."

Tuan Ibrahim sengaja mahu mengambil hati Aireen.

Akhirnya Faryna Aireen mengangguk setuju.

"Okeylah Tok Ayah. Ai dengan Zarief tunggu sampai sesi bergambar."

Tuan Ibrahim tersenyum. Aireen dan Tuan Zarief Khairil kembali ke arah meja mereka.

"Love, tak baik tau you cakap macam tu dengan papa tadi. Salah."

"Betul apa I cakap? Eh, tak pernah nak bergambar keluarga... tiba tiba nak bergambar keluarga. Dah buang tabiat ke apa?" soal sinis Aireen.

"Tapi bila Tok Ayah yang ajak you setuju aje? Apa bezanya?"

"Ada beza, sayang. I tak pernah bantah cakap Tok Ayah sebab dia yang bersusah payah untuk I. Tok Ayah nak I stay sini sebab dia nak bergambar atas pelamin dengan I, I setuju sebab I sayang Tok Ayah dan bukan sebab papa."

Setelah beberapa minit menunggu, sesi bergambar bersama ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan bermula. Usai mereka bergambar di atas pelamin, lokasi bergambar seterusnya adalah di tepi kolam renang.

"Sayang, apa benda nak bergambar di tepi kolam renang pulak ni? Tak cukup lagi ke berbelas gambar yang photographer atas pelamin tadi sampai nak bergambar di tepi kolam renang? Aduh... macam macam lah perangai perempuan tu!"

Aireen mula rimas.

"I tak tahu sayang tapi tak apalah kita ikut aje. Ini kan majlis bahagia diorang." kata Tuan Zarief Khairil.

"Tahu majlis bahagia diorang tapi dalam banyak banyak tempat yang cantik dan sesuai untuk bergambar dalam hotel you ni, kolam renang juga dia pilih. Tak pelik ke pengantin bergambar di tepi kolam renang?"

Tuan Zarief Khairil tersenyum. "Kenapa banyak sangat you merungut ni? You cemburu ke masa kita nikah dulu, kita tak bergambar di tepi kolam renang?" soalnya.

Aireen ketawa kecil.

"Eh, helo! I bersyukur sangat gambar kahwin kita tak ada scene kolam renang. Gambar kahwin kita semuanya klasik dan sopan ya? Tak heran langsung dengan kolam renang ni."

"Tak apalah, you tunggu aje waktu sanding kita nanti. I akan suruh photographer kita ambil gambar kita sebagai raja sehari dalam laut. Hah... baru rare!"

"Tuan..." panggil Jeffrey.

Tuan Zarief Khairil dan Faryna Aireen menoleh.

"Hmm... sayang, tunggu kejap ya? Ada phone call untuk I."

Aireen mengangguk. "Okey."

Tuan Zarief Khairil pergi menguruskan halnya bersama dengan Jeffrey.

Aireen kekal berdiri di situ sambil bermain telefonnya sementara menunggu suaminya kembali.

"Hai, sayang." sapa Haikal.

Aireen menoleh kemudian mengeluh kasar. "Dah jadi suami Alma kan? Apa benda sayang sayang laginya? You patut panggil isteri you sayang."

"Sekarang ni I dah tunaikan kemahuan you. I dah kahwin dengan Alma. I nak you tunaikan janji you pulak."

"Janji apa lagi? Eh, kita berjanji untuk you kahwin dengan isteri you aje tau. Bukan janji lain. You tak payah nak mengarut."

Haikal tersenyum.

"Rapat betul I tengok you dengan Tuan Zarief Khairil tu. Tak takut tunang you marah ke?" soalnya.

Aireen diam. Alma tak beritahu Haikal yang dia dah tahu aku kahwin dengan Tuan Zarief Khairil ke?

"Suka hati I lah. Sama ada tunang I marah atau tak... itu hal I. You tak payah sibuk." jawab Aireen.

"Tak adalah... I cuma pelik aje. Ini bergambar sesama keluarga tapi kenapa dia ada sekali? I tahu ini hotel dia tapi perlu ke dia bergambar sekali?"

Aireen memandang Haikal kemudian tersenyum sinis.

"Eh, memang perlu pun dia ada di sini sebab dia tu suami I! Dia pun menantu Datuk Kamal Effendi macam you juga."

Aireen terus beritahu Haikal perkara yang sebenar. Dia tidak mahu terus menangguh lagi. Lagipun Alma sendiri sudah tahu.

"Apa!?" soal Haikal terkejut.

Tuan Zarief Khairil datang menghampiri Faryna Aireen lalu memeluk pinggangnya.

"Sayang, jom? Giliran keluarga kita pulak nak bergambar ni." kata Tuan Zarief Khairil.

Aireen mengangguk. "Kenapa Jeffrey panggil you tadi? Hotel okey ke?"

"Eh, hotel okey aje. Tadi ada klien dari Japan nak set appointment dengan I so sebab tulah I jawab call."

Aireen mengangguk tersenyum. "Okey, jom bergambar."

"Eh, pengantin! Jom lah kita bergambar?" ajak Tuan Zarief Khairil.

Tuan Zarief Khairil memimpin tangan Faryna Aireen untuk berdiri sebelah Alma dan Haikal. Saat mereka semua berdiri dan melakukan mimik muka dan gerak tubuh yang menarik untuk bergambar, tiba tiba Alma dengan sengaja telah membentis kaki Aireen sehingga menyebabkan Aireen terjatuh ke dalam kolam renang itu.

"Sayang!" jerit Tuan Zarief Khairil.

Continue Reading

You'll Also Like

390K 23.6K 64
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...
6M 312K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
2.2M 62.2K 58
𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓸𝓯 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵 𝓪𝓷𝓭 𝓐𝓮𝓲𝓼𝔂𝓪 🌺 Aydan yang telah kematian kekasihnya kini dipaksa berkahwin dengan pilihan mummyny...
1.2M 57K 63
Ku Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak du...