Tuan Zarief Khairil (Complete...

By AinaNabilaAzman

1.3M 63K 3.2K

Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjad... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65

Bab 19

17.7K 944 57
By AinaNabilaAzman

KERETA dipandu oleh Haikal laju meluncur jalan raya. Suasana tegang di antara mereka berdua membuatkan keadaan menjadi agak serabut.

"Haikal, bawa kereta perlahan sikit! You nak kita kemalangan ke?" soal Aireen.

"Hah elok lah kalau kemalangan. Kita boleh mati sama sama dan tak ada orang akan jadi penghalang kita dalam muka bumi ni. Bagus!" jawab Haikal dengan sisa marahnya.

Aireen mengeluh dan mula jadi takut. Dia tak suka apabila adrenalin dirinya mula menaik. Dia tak suka keadaan yang menakutkan.

"Stop the car, Haikal. Kita bincang elok elok." kata Aireen apabila semakin lama semakin laju Haikal memandu.

"No! You diam." balas Haikal.

Aireen memejam mata kemudian menjerit. "Stop the damn car now!"

Haikal tergamam dengan jeritan itu lalu dia berhenti di tepi jalan dan tanpa menunggu lama, Aireen terus keluar dari kereta itu.

Haikal turut sama keluar dari kereta itu.

"You dah gila ke Haikal? Dah tak sabar sangat nak mati ke apa? Bawa kereta macam orang gila!" marah Aireen.

Haikal mengeluh berat. "I... I'm sorry."

"I terlalu ikutkan hati dan emosi marah I pada you. I tak sedar yang I..."

"You dengan perangai baran you memang tak boleh dikawal kan? Dari dulu lagi you macam ni. You ingat dengan perangai baran macam ni boleh selesaikan masalah dan I akan baik dengan you ke? Fikir dengan matang!"

"I love you, Aireen. Tolonglah..." rayu Haikal.

Aireen diam. Dia memandang wajah Haikal kemudian dia menggeleng.

"Haikal... you nak I cakap macam mana lagi dengan you ni? Bahasa apa lagi yang I kena guna untuk bagi you faham? I don't love you. Not even once."

"Tapi I tak boleh beri hati dan cinta I pada orang lain selain you. Not even Alma. Hati dan cinta I semuanya untuk Faryna Aireen bukan Alma."

"Okey, kalau you tak boleh nak terima Alma, you boleh aje putus dengan dia tapi bukan dengan memilih I. Kalau you memang yakin yang you tak boleh dengan Alma, you cari perempuan lain. Cari perempuan yang boleh you sayangi dan perempuan tu pun sayang you."

"Perempuan tu bukan I. I tak boleh nak sayang you melebihi seorang kawan, Haikal. Tolonglah jangan macam ni..." pujuk Aireen.

"Kenapa Aireen?" soal Haikal.

"Sebab I sayangkan orang lain. Haikal, lebih baik kejar orang yang sayang kita daripada kita kejar orang yang kita sayang. I dan tunang I sayang antara satu sama lain. Jadinya I tak akan pilih atau sayang lelaki lain selain daripada dia."

"Kenapa lelaki itu bukan I?" soal Haikal.

Haikal memegang bahu Aireen. Pandangan matanya kelihatan sayu.

"Sebab kalau lelaki itu you, I tak akan tolak you semasa waktu pertama kali you beritahu I yang you cintakan I. Ini hal cinta I, Haikal. I yang tahu apa kehendak hati I."

Jawapan yang Aireen berikan sungguh mudah untuk difahami.

~~~

SUDAH empat kali dia mencuba mendapatkan Faryna Aireen di dalam talian. Call sudah, WhatsApp sudah, SMS pun sudah namun sampai sekarang masih tak ada dihubungi. Ke mana Aireen pergi?

"Jeffrey, dah banyak kali saya call Aireen tapi tetap tak dapat." kata Tuan Zarief Khairil.

Jeffrey berfikir. "Mungkin Cik Aireen dalam mesyuarat? Tuan dah cuba WhatsApp dia?"

"Dah cuba semuanya. WhatsApp pun tak balas. Seen pun tidak."

"Cuba call Nely atau Nady. Mesti diorang tahu Cik Aireen di mana." katanya.

Tuan Zarief Khairil berbuat demikian. Dia menelefon Nely lalu bertanya mengenai Aireen.

"Helo Nely, Ai ada dengan awak ke sekarang?" soalnya.

"Helo Tuan, tak. Ai tak ada dengan saya tapi saya ada pegang telefon dia."

Tuan Zarief Khairil hairan. "Eh, kenapa awak pegang telefon dia? Dia mana?"

"Saya tak tahu dia ke mana tapi tadi saya dan Nady nampak dia naik kereta dengan Haikal."

"Naik kereta dengan Haikal?" soal Tuan Zarief Khairil.

"Haah. Saya nampak Haikal macam memaksa Aireen."

Tuan Zarief Khairil mengeluh. Apa Haikal nak buat dengan Aireen ni?

"Okey tak apa, pegang aje telefon Aireen dan apa saja kepunyaan Aireen sampai waktu habis kerja. Kalau lepas waktu habis kerja pun Aireen tak balik ke rumah, telefon saya balik."

Panggilan dimatikan. Tuan Zarief Khairil memandang wajah Jeffrey dengan cemas.

"Kenapa tuan?" soal Jeffrey.

"Haikal dah bawa Aireen entah ke mana. Nely beritahu Aireen pergi dengan dia sehelai sepinggang tanpa bawa telefon pun."

Tuan Zarief Khairil mula risau dengan Aireen. Entah apa yang Haikal akan buat dengan kekasih hatinya itu.

"Jeff, jom buat laporan polis."

"Eh, tak boleh lagi tuan. Kalau kita nak buat laporan polis, kita kena tunggu 24 jam sama ada Cik Aireen hilang atau bukan. Tuan kena sabar dulu." kata Jeffrey.

"Nak sabar macam mana lagi? Aireen mungkin dalam bahaya. Haikal tu gila dengan Aireen dan kalau dia apa apakan Aireen macam mana?"

Jeffrey mengangguk.

"Saya faham, tuan tapi tuan kenal Cik Aireen kan? Dia pandai jaga diri dia. Macam ni lah... kita tunggu sampai habis waktu kerja. Kalau Cik Aireen tak balik ke rumah selepas waktu kerja, saya janji saya sendiri yang akan cari dia dan Haikal."

Tuan Zarief Khairil diam. Kemudian dia bersetuju dengan cadangan Jeffrey. Dalam hal ini, dia harus mempercayai Aireen dan berfikiran rasional. Dia tahu Aireen akan selamat.

"Okey, saya ikut cadangan awak tapi kalau masih tak ada perubahan, awak kena ikut arahan saya."

"Baik, tuan." jawab Jeffrey.

~~~

FARYNA Aireen mengeluh sebal terhadap Haikal kerana mereka sudah berada di tepi jalan ini selama sejam lebih kerana Haikal tidak mahu berganjak pulang.

"Berapa lama lagi kita nak berdiri di sini dan terus bercakap pasal perkara yang sama ni, Haikal? I nak balik ofis. I ada banyak kerja lagi." katanya.

"Tak, I tak nak balik selagi kita tak selesaikan hal kita." balas Haikal.

"Hah, kalau macam tu selesaikan semuanya sekarang. I tetap dengan keputusan I yang I tak akan tinggalkan tunang I."

"Aireen... jom kita lari. Kita lari dari Malaysia ni. Kita bina hidup baru di Cardiff dan kita kahwin. Tak payah lagi kita nak peduli pasal orang lain di sini."

"You dah gila ke Haikal? I tak nak lari ke mana mana dengan you dan lari bukan satu cara untuk semua ni."

"I sayang you, Aireen! I tak nak ada masalah macam ni dengan you."

"You yang jadikan semua ni satu masalah sedangkan tak ada pun. Perkara ni mudah aje... kita hidup dengan pasangan kita masing masing dan lupakan segala perasaan yang pernah wujud di antara kita."

Aireen sudah rimas dengan perkara ini. Haikal saja yang tak reti bahasa tentang hal mereka. Mereka tidak pernah bercinta tapi Haikal buat seperti Aireen yang tinggalkan dia.

"Kalau you nak I terus anggap you sebagai kawan, tolonglah jangan cakap pasal ni lagi. Hidup kita dah lain sekarang dan I tak boleh nak terima you sebagai kekasih apatah lagi suami. You kahwin dengan Alma dan belajar untuk mencintai dia sepertimana you mencintai I."

Haikal jadi hampa. Semudah itu saja Aireen berkata kata.

"Jangan buat I benci dengan you Haikal. You sendiri tahu apa yang akan jadi bila I dah benci seseorang itu." pesan Aireen.

Kemudian Aireen kembali masuk ke dalam kereta Haikal. "Balik ke ofis sekarang." katanya.

~~~

SAAT pintu lif terbuka, terpapar wajah Tuan Zarief Khairil yang sedang bermundar mandir dengan wajah yang sangat risau.

"Zarief? Apa you buat depan rumah I ni? Kenapa you mundar mandir?" panggil Aireen yang kehairanan.

"Sayang!" sahut Tuan Zarief Khairil sambil memeluk badan Aireen.

"Sayang, you ke mana? I dah jadi tak senang duduk, tak senang hati bila you tak dapat dikesan tau. Haikal ada buat apa apa pada you tak?" soal pakcik itu dengan cemas.

"Haikal...? Macam mana you tahu I... Haikal...?"

Aireen jadi pelik. Tuan Zarief Khairil menghembuskan nafas lega. Syukurlah Aireen selamat.

"I call you tadi untuk ajak keluar lunch tapi tak berjawab. SMS dan WhatsApp pun sama so I jadi risau. I call Nely dan Nely beritahu I apa yang berlaku."

Aireen memandang Nely dan Nady.

"Kau orang nampak ke Haikal dengan I keluar pejabat tadi?" soalnya.

Mereka berdua mengangguk. "Ya, kitaorang nak panggil kau tapi Haikal dah bawa kereta laju semacam. Lepas tu kitaorang cuba call telefon kau tapi tak berjawab so kitaorang agak telefon kau tertinggal di pejabat. Kitaorang terus pergi pejabat kau dan ambil semua barangan kau, beg tangan, kunci kereta dan telefon sebab takut kena curi dengan staf lain." terang Nely.

Aireen mengangguk faham. Kemudian dia memandang Tuan Zarief Khairil dan dua beradik itu.

"I'm sorry because I make you guys feel worried about me but I'm fine. Hal Haikal dan I selesai."

"Tapi dia tu gila lah sayang. Dia ingat dia siapa, boleh bawa you ke mana saja macam ni? I nak upah bodyguard untuk you nanti." kata Tuan Zarief Khairil.

"Eh, sayang. Tak payahlah sampai nak upah bodyguard semua. I okey dan ini adalah kali pertama dan terakhir Haikal akan buat macam ni pada I."

Tuan Zarief Khairil mengeluh.

"Sayang, ini hal keselamatan you. You tak boleh percaya pada Haikal tu bulat bulat. Kita tak tahu apa yang dia akan buat di waktu akan datang."

"Ya tapi kalau you upah bodyguard untuk I nanti semuanya akan terbongkar dan I tak nak itu berlaku. You kena percaya pada I."

Aireen cuba memujuk Tuan Zarief Khairil. Dia tak mahu hubungan mereka dan status dia terlalu menonjol.

"I janji dengan you semuanya akan okey. You just have to believe me." pinta Aireen.

Tuan Zarief Khairil hanya diam memandang Aireen.

Continue Reading

You'll Also Like

849K 49K 76
awas typo mengisahkan tentang engku aireen mikasya pelajar form 5 yang menyukai Tuan harraz Naufal ketua pelajar form 6 ... mikasya gadis yang canti...
1.5M 64.6K 75
(KARYA KETIGA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [Probook Award:Winner King Of Thriller] [Siri L&D] B3 NO COPY! ⚠️ T...
1M 41.2K 39
Siapa tak gerun bila dengar je 'The Qiz' pasti tiada siapa yg berani mencari masalah dengan mereka lagi² the leader of The Qiz. Dalam dunia Mafia pun...