BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله...

By BLuthfun

6.9K 525 81

First Book 📚 ♣Diamante Award 2021♣ 🎉Diamante Stunning Cover Book Winner 🎉Diamante Best Teen Fiction Winner... More

WWP
Baba
Ops!
Terasa
Unik
Tetamu
Ilmu
Sewa
Sebenarnya Baik
Musuh
BMX
Puan Aria
Tolong!
Doakan Haura
Content🎞
Ikan Baru
Ekspedisi
Trauma
After 6 Years
Pil
Anak Ummi
Taaruf
Noah
Cringe
Baru Tahu
ماور ماوده
ماور ♥ لوطفان
الصورات
Umi Abi
Someone
Shopping
ميلنكوليك
Qays
Berita Hangat
Vioce Mail
Syukran...
Kritikal
تقدير
Harraz Ibad
MBT

لا تحزن

219 14 6
By BLuthfun


Selepas 7 tahun......

"Abang, tengokkan anak tu. Bahayalah bagi diorang main sorang.", ujar Mawar. Perut yang memboyot menyukarkan pergerakannya. Sejak mengandung anak ketiga, Mawar menjadi cepat penat pula.

"Baik sayang.", akur Luthfan. Tangan kanannya sibuk mendukung Firas iaitu anak kedua mereka. Luthfan yang hanya mengenakan singlet hitam dan seluar adidas bergerak menuju ke arah Harraz dan Fahmi.

Persisiran pantai menjadi destinasi Harraz dan Fahmi bermain pasir. Mawar menasihati mereka agar tidak menghampiri laut selagi Abi tidak turun, maka mereka akur.

"Anak-anak Abi buat apa tu?", soal Luthfan. Sengaja dia bertanya sebagai mukaddimah sahaja. Dia melabuhkan punggung ke atas pasir pantai.

"Abi!!!", jerit Faris. Manakan tidak jika Luthfan telah duduk di atas sebuah rumah hasil binaan Faris.

"Ha! Ops.... Sorry Angah. Abi tak perasan rumah Angah sebab kecil sangat.", ujar Luthfan sambil menutup mulutnya dengan tangan kiri tanda terkejut.

Muka Faris sudah berubah merah. Bukan kerana marah tetapi sedih usahanya dalam membina rumah daripada pasir telah musnah. Penat dia belajar daripada Along nya iaitu Harraz.

"Bagitau Ibu. Huargh!!!" Faris berlari ke arah Mawar dengan tangisan yang hiba. Sayu betul dia. Luthfan dan Harraz melihat gelagat Faris yang sedang mengadu kepada Mawar.

"Abi, along nak baldi tu boleh?", pinta Harraz apabila adiknya sudah tidak menggunakannya lagi. Lalu, Luthfan ambil menggunakan tangan kiri dan serahkan kepada Harraz.

Matahari tidak terlampau menyinar, suasana yang damai menambahkan lagi ketenangan percutian mereka sekeluarga. Luthfan mengusap kepala Firas sambil memerhati Harraz.

"Abi, along nak tanya boleh?", pinta Harraz. Sememangnya, dia sering kali bertanya namun lebih elok jika dia meminta izin terlebih dahulu. Ajarkan adab supaya mereka mengetahui.

Luthfan mengangguk tanda membenarkan tindakan si anak. Senyuman terlakar menandakan kesenangan hatinya menerima segala soalan.

"Tadi kan, along basuh baldi ni guna air laut tapi tapi tapi along tak masuk laut pun. Along cuci je. Pastu, along ketuk sikit baldi tu sampai air tu kena muka along. Along ter-rasa air tu hehehehe. Kenapa air laut masin?", panjang cerita Harraz rupanya dia ingin bertanya perihal air laut sahaja.

"Along nak tahu kenapa?", soal Luthfan. Dia membuat muka suspen agar sifat ingin tahu Harraz semakin tinggi.

"Nak nak nak!", girang Harraz ingin tahu. Anak yang masih kecil pasti punyai sifat ingin tahu yang tinggi.

Firas yang berada di dalam dukungan Luthfan dibetulkan. Boleh tahan berat juga Firas ini.

"Jom", Luthfan mengajak Harraz pergi menghampiri air laut. Dia memimpin tangan Harraz yang menyebabkan Luthfan terpaksa membongkok sedikit.

Sampai di tepi laut, Luthfan membongkokkan lututnya. Harraz hanya mengikut sahaja langkah abinya.

"Cuba along rasa air laut ni", arah Luthfan.

"Erm.... Masinlah abi... Tadi along dah rasa. Bluerk", jawab Harraz. Dia tidak mahu mengulanginya.

"Masin? Kalau masin, maknanya ada apa?"

"Erm..... Garam!"

"Kenapa garam? Kenapa bukan ikan masin? Ikan kan dalam laut. Garam dalam laut ke?" Soalan perangkap telah Luthfan cipta. Dia tahu tahap kemampuan Harraz dalam berfikir.

"Sebab along selalu dengar ibu cakap, 'kalau nak masin letak sikit lagi garam' dan ibu selalu cakap, 'along, makanan ni masin sebab ada garam'. Tak pernah pula along dengar ibu cakap sebab masin ialah ikan masin.", jawab Harraz dengan yakin. Tangannya berada di dagu tanda berfikir.

Luthfan mengusap kepala Harraz.

"Masyaallah! Mumtaz ya Akhi Harraz! Semoga jadi anak dan abang yang mithali. Baiklah, abi bagitahu along.", ujar Luthfan sambil memeluk bahu Harraz dengan erat. Faris hanya memerhati tingkah dan kata-kata yang tidak difahami.

Luthfan membuka seliparnya lalu duduk di atas pasir. Harraz juga begitu. Kaki mereka dibiarkan mengena air laut.

"Dalam air laut ada garam terlarut yang sangat tinggi. Hampir 90% garam terlarut yang ada dalam air laut. Sebab tu along rasa masiiiiiiin sangat.", terang Luthfan.

"Waaah! Banyaknya. Patutlah masin.", angguk Harraz. Ilmu baru pada pagi itu.

"Tapi abi, mana datang garam tu. Siapa bubuh?", comel soalan yang Harraz ajukan.

"Along nampak tak batu kat tepi laut tu?" Luthfun menunjukkan jari telunjuk ke arah batuan yang ada di tepi laut itu. Lantas, Harraz mengangguk.

"Along percaya tak kalau abi cakap batu tu akan berubah bentuk selepas berpuluh tahun, along datang sini semula.", nyata Luthfan.

"Hehehe tak. Mana boleh batu keras tu ubah bentuk. Macam mustahil je.", jawab Harraz. Kenyataan ini seperti tidak boleh di terima oleh akal Harraz.

"Kan. Macam mustahil. Tapi dengan kuasa Allah, batu yang keras boleh berubah bentuk. Ada keterangan Sains.", kata Luthfan dengan senyuman. Melopong mulut Harraz mendengar jawapan daripada abinya.

"Hahahaha. Tutup mulut tu, nanti air laut masuk.", tawa Luthfan melihat reaksi Harraz. Comel betul.

"Apabila hujan turun, air hujan tu akan kena pada batu-batu yang ada kat tepi laut. Jadi, bila batu selalu kena hujan, batu tu akan menghakis. Sama juga dengan ombak. Dia selalu menghempas kat batu. Setiap hari pula tu. Jadi, batu akan menghakis sedikit demi sedikit.", terang Luthfan bersama gerakan ymgaya pada tangan kiri. Firas melihat pergerakan tangan abinya daripada atas ke bawah, ke kiri dan ke kanan.

"Ooooooooooooo'?", bibir Harraz mempamerkan bentuk bulat sebagai tanda faham.

"Tapi apa kaitan dengan garam?", lanjut Harraz bertanya. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.

"Okey macam ni. Abi bagi along faham dalam bahasa mudah. Air hujan bergabung dengan karbon dioksida dalam udara menghasilkan larutan yang berasid. Bila asid ni, mudah menghakis. Batu yang terhakis akan mengalir ke dalam laut. Jadi, ion daripada air hujan dan batu akan melarut dan membentuk garam", terang Luthfan dengan terperinci. Walaupun dia merasakan Harraz mungkin akan sedikit pening.

Kelihatan wajah Harraz cuba menghadam info-info yang baru diterima.

"Maksudnya abi, kita makan batu ke selama ni?", soal Harraz. Ini bermakna Harraz telah memahami apa yang Luthfan sampaikan.

"Eh! Tak lah long. Tak pe, nanti abi ajar secara terperinci. Along kena faham yang air laut masin kerana garam. Garam datang daripada hakisan batuan yang disebabkan oleh hujan dan hempasan ombak. Okey?", Luthfan membuat konklusi. Jadi cikgu sains sebentar.

"Okey!!! Along dah faham. Nak kongsi dengan Faris lah. Faris! Faris!", jerit Harraz sambil berlari ke arah adiknya yang masih menggedik dengan Mawar.

Luthfan gembira melihat ikatan antara Harraz dan anak-anaknya. Walaupun tiada sedikit perkongsian darah antara mereka namun Harraz tidak pernah merasakan ianya satu jurang perbezaan.

Kelihatan Harraz sedang memimpin tangan Faris ke tepi pantai. Dia menghalang Faris daripada dekat dengan laut kerana bahaya maka, hanya dia saja yang mengambil air laut. Setelah itu, Harraz menyuruh adiknya merasa sedikit air laut. Berubah habis air muka Faris setelah merasa air laut itu. Bermula lah Cikgu Harraz menerangkan seperti mana Luthfan terangkan.

Sungguh comel apabila diperhatikan daripada jauh. Luthfan berjalan semula ke arah Mawar yang sedang enak menikmati jeruk mempelam. Apabila mengidam, anak menangis pun tidak sedar.

"Amboi sayang! Sedap nya.... Nak sikit. Aaaa.", tegur Luthfan. Dia duduk di sebelah Mawar yang sedang menyandar di batang pokok beralaskan karpet mengkuang.

"Firas!! Anak ibu. Meh kat ibu meh.", Mawar menghiraukan Luthfan yang sedang ternganga minta disuapkan sedikit jeruk mempelam. Firas bertukar penjaga.

"Sayang......", merajuk Luthfan. Namun, Mawar hiraukan.

"Sayang.... Kenapa ni? Alooooo. Tadi Faris merajuk gan abang. Sekarang sayang pulak.", kata Luthfan.

"Kenapa abang musnahkan istana Faris?", soal Mawar sambil mendukung Firas. Betul kata Luthfan bahawa Firas makin gebu.

"Hahahahaha. Ingat anak je terasa, maknya pun. Abang tak sengaja lah sayang...", tawa Luthfan. Dia berbaring dia sebelah Mawar sambil memerhati gelagat Harraz dan Faris daripada jauh.

"Kesian budak tu bang.", ujar Mawar dengan suara sayu.

Luthfan yang sedang berbaring memandang wajah isterinya yang mengenakan tudung bawal bewarna peach.

"Abang pun rasa bersalah juga tapi serius abang tak perasan. Alah, nanti Faris okey lah tu. Bila dapat main dengan si Harraz mula la lupa apa dah jadi.", jawab Luthfan.

Mawar hanya membuat reaksi biasa lalu mengambil sepotong jeruk untuk dimasukkan ke dalam mulutnya tetapi ada pula tangan yang menarik menuju ke mulut Luthfan.

"Mmm..... Sedapnya. Bertambah sedap bila tangan isteri yang suap.", puji Luthfan sambil menguyah. Mawar menepuk perlahan bahu Luthfan yang terdedah itu.

"Elok lah tu makan sambil baring. Nanti anak ikut baru tahu.", marah Mawar.

Segera Luthfan meluruskan tulang belakangnya lalu menutup mata Firas. Dia beristighfar dan meniup ke arah mata Firas. Semoga anaknya tidak mengikuti perangai buruk tadi.

Mawar tergelak melihat gelagat suaminya. Sinar matahari mula memancar lantas Mawar meminta tolong Luthfan untuk membawa anak-anak masuk ke dalam bilik. Setelah selesai membawa Harraz, Faris dan Firas ke dalam bilik, Luthfan membantu Mawar pula.

Sejak mengandung, Mawar susah nak bergerak kerana itu dia selalu meminta bantuan Luthfan. Setibanya di bilik, Harraz dan Faris sibuk bermain cikgu dan anak murid manakala Firas menjadi pemerhati setia.

"Comellnya Mawar tengok diorang ni bang.", ujar Mawar. Dia tersenyum sambil menyandar pada katil. Tulang belakangnya agak sakit kerana membawa kandungan yang sedang sarat. Badan Mawar pula kecil.

"Tengok abi dia lah.", kata Luthfan yang sedang menongkat dagunya memandang anak-anak.

"Abang.", panggil Mawar.

"Ya.", sahut Luthfan. Dia mengalihkan pandangan ke arah Mawar.

"Kalau arwah ada lagi, mesti dia happy tengok perkembangan Harraz kan. Anak yang dijaga sejak kecil, disusukan dan ditatang dengan penuh kasih. Sanggup ambil ubat hormon supaya dapat susukan Harraz. Sucinya hati Haura....", ujar Mawar dengan nada yang perlahan. Walaupun sudah 7 tahun berlalu, kenangan bersama arwah masih lagi segar di ingatan.

Luthfan memegang tangan Mawar. Dia tahu jika Mawar sudah mula mengingati arwah pasti rindu yang membungkam sedang dizahirkan.

"Sabar ya sayang. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Balik cuti ni, kita ziarah kubur mereka nak?", cadang Luthfan.

"Abang, esok genap 7 tahun. Kita balik esok boleh?", pinta Mawar. Luthfan mengangguk setuju. Lagipun, mereka sudah tiga hari bercuti di sini.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Kaki Mawar hampir menyembah lantai hospital. Bunyi 'beep' yang panjang menandakan tiada lagi degupan jantung berlaku. Dia menguatkan diri untuk menghampiri katil Haura. Ombakan di dada tidak lagi seperti biasa.

"Hau.... Hau... Haura.", Mawar menggoncang sedikit tubuh sahabatnya.

"Doktor!!!", Mawar segera menekan punat merah iaitu butang kecemasan.

Sedang mereka menunggu ketibaan Doktor Arvish, Luthfan menyedari bahawa Dheos tidak bergerak. Situasi sebegini mustahil untuk seseorang hanya berdiam diri, pasti akan resah dan risau paling kurang.

"Dheos.", Luthfan memegang bahu Dheos yang sedang menunduk memandang cadar katil. Tangan kirinya memegang kaki Harraz manakala terlihat tangan kanannya memegang senaskhah Al-Quran.

"Dheos?", panggil Luthfan buat kali ke dua. Mawar juga melihat akan tingkah Dheos yang agak pelik itu.

"Dheos?", kali ini Luthfan menarik Dheos ke belakang sehingga vertebrata Dheos bertemu penyandar kerusi roda. Al-Quran terlepas daripada pegangan dan jatuh di atas paha Dheos. Mata yang terpejam merisaukan Luthfan dan Mawar.

Akhirnya Doktor Arvish tiba, dia meminta Mawar dan Luthfan tunggu diluar seraya membawa Harraz Ibad bersama.

Luthfan dan Mawar sedang gusar. Baru sebentar tadi Luthfan memberi tahu bahawa Dheos telah sedar dan tampak seperti biasa namun apa yang berlaku sebentar tadi amat kontra.

Mawar pula sedang mendukung Harraz. Dia mundar-mandir di hadapan kaki lima. Saat ini hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui akan kadar degupan jantungnya yang laju.

Selepas beberapa minit, Doktor Arvish dan beberapa orang  jururawat keluar daripada bilik 1650 tersebut.

"Doktor.....", Mawar cuba bertanya namun melihat kepada reaksi muka Doktor Arvish telah dikenalpasti maksudnya.

Mawar hampir pengsan mendengar khabar itu. Lantas, Luthfan mendampingi Mawar lalu mengambil Harraz daripada pengangannya. Dia membawa Mawar duduk di kerusi hospital.

"Doktor, saudara saya macam mana?", soal Luthfan. Sudah pasti dia juga risau akan keadaan Dheos.

"Maaf encik.", ringkas dan padat jawapan Doktor Arvish.

Luthfan tidak dapat menahan air matanya. Pada masa yang sama, Mawar telah bercucuran dengan air mata kesedihan. Harraz yang berada dalam dukungan Luthfan tidak mengerti apa yang sedang berlaku.

*-*-*-*-*-*-*-*

Urusan pengebumian berjalan dengan lancar. Haura dan Dheos dikebumikan di tanah perkuburan yang sama destinasinya. Haura di bahagian muslimat manakala Dheos di bahagian muslimin.

Bakal isteri Dheos juga turut hadir. Dalam masa terdekat mereka bakal menjadi suami isteri namun tidak sempat diijab kabul, ajal menjemput terlebih dahulu.

Puan Arissa pula sedang menguatkan dirinya menerima bahawa Haura Ibtisam telah menjadi kenangan dan bukan masa hadapan. Semoga syurga buat anaknya.

Luthfan memeluk bahu Mawar. Dia merasakan isterinya masih berduka atas kehilangan sahabat tersayang. Dia juga tidak ketinggalan akan rasa sedih atas pemergian Dheos. Allah menarik nyawanya dalam usia muda. Allahhu Akbar.....

Syarat untuk mati bukanlah sakit atau tua tetapi syaratnya ialah hidup. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Kematian ialah suatu takdir yang tidak dapat dinafikan hadirnya perpisahan.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Selesai membaca doa selepas bacaan Yaa Siin, Mawar memegang batu nisan yang tertera nama Haura Ibtisam Binti Arif dan tarikh kematiannya.

"Haura, kita berpisah di dunia kerana takdir. Jalan kita berbeza namun destinasi kita sama. Haura.... Suatu hari nanti, kalau kau tak nampak aku di mana-mana syurga, cari aku di neraka ya. Aku sayang kau lillahi taala. Harraz baik-baik je dan dia budak yang bijak. Nanti ada masa aku bawa dia ya. Assalammualaikum sahabat syurga.", ujar Mawar bersama pilu di dada. Tipu jika perasaan rindu tidak mengisi kekosongan. Hadirnya Harraz ibarat pengubat.

Di bahagian perkuburan muslimin pula, Dheos sedang membersihkan dedaun kering yang berada di atas rumah baharu Dheos. Batu nisan yang terukir nama Daiyan Zulfan Bin Fakhirudin beserta tarikh kematian dipandang lama.

"Aku tahu hati kau murni. Aku tahu kau anak yang baik. Tanggungjawab kau berhenti setakat ini je. Aku doakan kau supaya berada dalam golongan yang baik. Aku sayang kau bro. Tak sempat aku nak menganjing kau dalam majlis akad nikah kau dengan Waheeda. Cari aku kat neraka. Assalamualaikum bro.", tidak semena air mata Luthfan menitis.

Kini, tiada lagi waris bagi keluarga yang bernama Fakhirudin kerana seluruh keluarga telah pergi termasuklah Daiyan Zulfan.

Segala kenangan menjadi memori orang yang masih hidup. Andai noktah hembusan dapat diketahui pasti tidak wujudkan dosa kerana semua mengejar akan masa yang bakal berhenti kelak.

Kereta milik Luthfan bergerak keluar daripada Kawasan Perkuburan Orang Islam Kuala Tinggan. Berpisahnya roh daripada jasad, tiada lagi perkara dunia yang dibawa kecuali amalan lillahi Taala.

 
~TAMAT~

"TIADA YANG LEBIH INDAH MELAINKAN SYURGA MENJADI KEDIAMAN HAKIKI"






Continue Reading

You'll Also Like

128K 5.6K 55
ငယ်ငယ်ကတည်းကတစ်ယောက်နှင့်တစ်ယောက်မတည့်တဲ့ကောင်လေးနှစ်ယောက်ကအလှလေးတစ်ယောက်ကိုအပြိုင်အဆိုင်လိုက်ကြရာက မိဘတွေရဲ့အတင်းအကြပ်စီစဉ်ပေးမှုကြောင့်တစ်ယောက်အပေါ...
4K 161 24
Aleesya Qaisara seorang yang degil,keras kepala dan sebagainya. Walaupun Aleesya bersifat begitu Aleesya masih ada bersifat lemah lembut dan peramah...
60.9K 2.7K 64
[COMPLETED✔] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan orang sekeliling, atau dalam erti kata lain...
300K 7.5K 108
In which Delphi Reynolds, daughter of Ryan Reynolds, decides to start acting again. ACHEIVEMENTS: #2- Walker (1000+ stories) #1- Scobell (53 stories)...